DENGAN ORANG LICIK, KITA MESTI LEBIH BIJAK.

Ingatkan dalam drama melayu saja ada cerita macam ni. Rupanya dalam real life pun ada 🤦.

Dalam drama melayu kan ada cerita cinta 3 segi. Cerita perselingkuhan suami isteri. Cerita tiba-tiba anak jadi CEO syarikat papa dia. Cerita tiba-tiba eh terjumpa ex dan cinta bersemi kembali. Cerita gold digger. Eh macam macam lah cerita melayu yang kita tengok dekat tv kan.

Terjumpa pulak kisah begini dalam kehidupan nyata.. Ntah macam mana nak menghadapinya.. pening kepala juga kan?

Kalau terjumpa macam ni punya drama dalam kehidupan nyata, mereka yang sangat licik.. Kita juga harus lebih licik dan bijak daripada orang orang itu..

Berkuli takpe. Jangan batu api. Susah. Rezeki pun tersekat. Hehe.


BERUSAHA MEMBUAT KEBAIKAN WALAUPUN DIRI TIDAK BAIK SEPENUHNYA~


Assalamualaikum.

Saja lah Harini mau share sikit cerita tentang ada orang yang memaki, menghina dan merendahkan aku dihadapan orang lain.

Sumpah! Sikit pun aku tidak membalasnya. Bukan kerana aku baik. Tapi kerana waktu itu, mood aku dalam keadaan baik dan sabar.

Dan aku pendekkan cerita....

Suatu hari, orang yang memaki aku ini tersesat dalam hutan.. Dan dia sudah menghubungi semua kawan-kawannya, bahkan 1 daripada kawannya itu tiada yang boleh membantunya..

Dan ketika itu juga, battery hp nya sudah hampir mati. Senang cakap, lowbat lah.

Setelah meminta bantuan kesemua temannya, tapi tiada seorang pun yang boleh membantunya, dan orang terakhir yang dia cuba hubungi adalah aku.

Dan aku hairan, kenapa orang ini tiba-tiba whatsapp aku. Eh ternyata, dia minta bantuan..

Tidak perlulah aku bagitau bantuan apa. Tapi dia merayu-rayu agar aku membantunya. Kerana dia sudah hampir putus asa.

Aku pun tanpa berfikir panjang..
Ya sudahlah. Aku bantu..
Dan akhirnya dengan bantuan kecil aku itu.. dia pun selamat dan dapat pulang lagi ke pangkuan keluarga nya. 

Hikmah daripada bantuan kecil aku terhadap dia itu..

Dia akhirnya menangis-nangis minta maaf dan dia cakap, "ternyata kau orang baik. Aku terlalu mendengar kan kata-kata orang lain yang bilang kau jahat. Tapi rupanya, sebaliknya. Kau bahkan telah membantu aku di saat tiada 1 pun kenalan ku yang membantu ku. Terima kasih fifiy. Mulai saat ini, aku tidak akan memusuhi kau lagi. Aku boleh mendengar kata orang lain yang mengatakan kau orang jahat. Tapi aku tidak akan percaya dengan semudah itu. Maafkan aku fifiy."

Padahal, aku membantunya itu semampu aku. Tapi ya aku percaya kalau ini jalan Allah. Ini pilihan Allah. Ini ketentuan Allah..
Allah yang bantu. Bukan aku.. Aku hanya perantara.

Aku bantu orang, bukan kerana aku baik. Tapi kerana mereka sedang memerlukan bantuan itu. Dan Alhamdulillah, aku diberi kemampuan sedikit untuk menolong..

Tapi selalu percaya hikmah dibalik ujian. Masha Allah. TQ Allah. Alhamdulillah

KAU DI FITNAH? DIBULI? BACA KISAH INI..

Assalamualaikum. Based on the title. Here you go. Brother and sister.

Saya tahu, manusia siapa yang didunia ini yang tidak pernah melalui kejatuhan dan fitnah. Bahkan semulia-mulianya Baginda Rasulullah pun, tetap diuji oleh Allah.

Bahkan ada kisah, ketika Baginda Rasulullah sedang solat, ada kaum Quraisy yang meletakkan najis unta 🐫 di antara bahu Rasulullah SAW.

Siapakah mereka? Mereka adalah Abu Jahal dan kawan-kawannya. Dan yang berdiri dan pergi meletakkan najis unta tersebut pada Rasulullah, adalah Uqbah bin Abu Mu’aith.

Uqbah bin Abu Mu'aith menunggu dan memerhatikan Nabi Muhammad saw yang sedang solat. Bila Baginda sedang sujud dia meletakkan kotoran itu di antara bahu Rasulullah SAW.

Abu Jahal dan kawan-kawannya yang tengok kejadian itu pun ketawa terbahak-bahak sambil saling tunjuk menunjuk antara satu sama lain. Boleh bayangkan tak?

Baginda Rasulullah SAW terus sujud & tidak dapat bangun dari sujudnya, sehinggalah puterinya datang dan membuang kotoran yang terdapat di antara bahu Nabi Muhammad saw. Aku imagine ini pun boleh sedih nangis.

Kemudian, barulah Baginda dapat bangkit dari sujud dan mengangkat kepalanya. Setelah itu, baginda Rasulullah saw berdoa kepada Allah;
” Ya Allah, Hukumlah Orang-orang Quraisy ini!"

Baginda tidak membalas kejahatan kaum tersebut dengan tangannya. Sebaliknya hanya memanjatkan doa kepada Allah setelah solatnya.

Kemudian Nabi Muhammad saw menyebut nama-nama mereka dalam doanya,

"Ya Allah hukumlah Abu Jahal, hukumlah Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah, al-Walid bin Utbah, Umayyah bin Khalaf, Uqbah bin Abu Mu’aith."

Demi yang diriku di tanganNya, aku telah melihat sendiri orang-orang yang disebutkan oleh Nabi Muhammad S.A.W bergelimpangan di lembah Badar. ( Imam al- Bukhari, kitab al-Wuduk ).

Pengajarannya, doa itu adalah senjata.
Ketika kita di fitnah. Diperlakukan secara kejam. Dibuli dan sebagainya. Tapi tidak mampu untuk menjelaskan, tidak mampu untuk melarang. Tidak mampu untuk mencegah. Tidak mampu untuk membela diri. Maka berdoa lah pada Allah.

Allah sebaik baik pelindung. Allah mampu cipta langit dan bumi bahkan seisi alam pun Allah yang cipta. Allah Maha Besar. Maha Tinggi. Maha Agung. Maha Mengetahui.

Tidak mustahil bagi Allah untuk melindungi kita. Menjaga kita. Menolong kita. Bahkan ketika kita mengadu dalam keadaan menangis teresak-esak pun, tidak sesekali Allah merendahkan kita. Allah boleh angkat darjat kita anytime. Anywhere.

Kita solat. Kita baca AL Fatihah. Tahu maksud surah Al-Fatihah? Kalau tidak tahu, boleh start cari tau dan fahamkan. 

Kita solat pun, kita baca bacaan dalam duduk antara dua sujud. Tahu apa maksudnya?

Ya Allah, ampuni aku. Rahmati aku. Cukupkan lah aku. Angkatlah darjatku. Berilah aku rezeki. Berilah petunjuk. Berilah kesihatan. Dan maafkanlah aku.

Nampak macam hek elehhh, yalah tu..
Tapi jangan cuba cuba meragui kekuasaan Allah, walau senakal apa pun kita. Kau yakin dengan kuasa Allah. Hehe. U never know the power of doa untuk u try😄❤️.

Kita dari tanah liat pun boleh jadi manusia. Apatah lagi doa kita.. I go thru these. So i know it.  Lagi sedih? Difitnah? Dibuli? Nobody help u? Nobody back-up u?

Tell Allah. Tell Allah. Tell Allah. Allah knows everything. Jangan malu. Jangan ragu. Ok?