Gadis Berhijab Kesayangan Ramai di Instagram...
Sejuk mata memandang gaya fesyen dan telatah comel bersama anak kecil milik dua wanita jelita ini. Siapa yang saya maksudkan? Siapa lagi kalau bukan pemilik Fashion Valet, Vivy Yusof dan Atita Haris. Tetapi bukan sekadar mereka berdua sahaja yang bijak menggayakan busana Muslimah dengan cita rasa moden, malah gadis-gadis berikut, Indah Novianti, Azura Liyana, Azwa Elena dan Shahila Amzah juga pintar memikat hati kami!
Atita Haris (@atitaharis)
Jika berdiri di sebelah gadis kesayangan Malaya, si Hanis Zalikha dah macam adik beradik kembar. Bezanya Atita Haris sudah beranak satu. Sekiranya anda juga gemar melihat telatah Instagram Atita Haris bersama anak dara comel beliau, Opi.
Vivy Yusof (@vivyyusof)
Shahila Amzah
Buah hati Malaysia ataupun Malaysia’s true sweetheart. Mengapa dibilang begitu? Setiap kali melihat wajah Shahila, sukar untuk tidak jatuh cinta. Muka beliau memang manis dan ada tarikan penyejuk hati kerana biar buat muka masam dalam gambar tetap tidak rasa menjengkelkan. Lagi satu yang kami suka tentang Shila adalah beliau penyokong fesyen baju yang murah dan mudah didapati online. Siapa yang nak bergaya seperti Shila tidak perlu mengeluarkan belanja melampau!
Indah Novianti (@novierock)
Si gadis berhijab yang sangat quirky, kami suka kerana kelainan gaya beliau!
Azura Liyana dan Azwa Elena
Adik-beradik pereka fesyen hijab kesayangan saya, takkan saya lupa untuk senaraikan mereka! Dua-duanya berjiwa pelancong, jadi seronok berangan sambil menatap gambar mereka di United Kingdom. Bukan sekadar melihat inspirasi untuk berpakaian, malah dapat menikmati pemandangan suburban UK yang indah belaka.
sumber