Tanggungjawab kita menjelaskan kepada mereka tentang diri kita...
November 13, 2020 by ✗ fifiyfitrianiee ✗ 0Komen disiniA+ a-
ITS OKAY NOT TO BE OKAY... KENAPA?
November 11, 2020 by ✗ fifiyfitrianiee ✗ 1Komen disiniA+ a-
Ada yang salah kalau kita tidak pernah merasa ada yang salah dengan diri kita.
Tiada yang sempurna. We are human. Kita manusia biasa. It is okay not to be okay. Namanya juga manusia kan, Allah beri kita deria bau dan rasa. Nikmati.
Ketika kita merasa tidak okay dengan perasaan kita -- sedih, kecewa, down, marah, atau apapun perasaan yang tidak menyenangkan kita, kita hanya perlu akui dan menerima. Ada masa, kita hanya perlu membiarkan perasaan seperti ini ada. Just let it be😀. Let the feelings be.
Tapi kenapa kebanyakan dari kita susah untuk melakukan itu semua?
Kerana kita hidup di tengah budaya/culture masyarakat yang menganggap kita lemah kalau kita mengakui kita lagi sedang berada dalam keadaan bingung, kita tertekan, kita sedih, kita menangis, kita stress atau kita tersinggung.
Mereka yang meng-ekpresikan rasa terluka dan perasaan 'ini' semua di label lemah & negatif seperti tidak memberikan contoh yang baik kepada orang lain atau sekelilingnya.
Sementara itu,mereka yang dilihat selalu baik-baik ja macam tidak punya masalah, tidak punya kekurangan dikagumi dan dijadikan contoh yang semua orang mahu ikuti.
RINDU ITU BERAT. HANYA BUAT MEREKA YANG KUAT
November 07, 2020 by ✗ fifiyfitrianiee ✗ 0Komen disiniA+ a-
Assalamualaikum. Sekarang jam menunjukkan jam 2.40 subuh. Aku masih lagi duduk berhadapan dengan laptop dalam suasana bilik yang gelap. Hanya ditemani dengan cahaya laptop.
Aku lama sebenarnya mau tulis tentang rindu ni. Tapi aku fikir banyak kali. Banyak benda aku fikir untuk tulis tentang rindu ni. Aku bukan nak cerita tentang Sinetron Dilan. Aku cuma mahu bercerita tentang rasa hati aku yang selalu merasakan rindu. Perspektif rindu terlalu besar. Ikutlah alur cerita kehidupan kita masing-masing.
Perasaan rindu ni, semua makhluk Allah dekat dunia ini akan merasa, mungkin?
Hanya saja mungkin berbeza keadaan & cara. Iya kan? Dan untuk aku, diri aku. Rindu yang selalu hadir menghantui aku adalah rindu pada insan-insan terdekat aku yang telah pergi menghadap Allah.
Untuk bahagian aku, aku kehilangan aunty yang sangat-sangat aku sayangi ketika aku berumur 16 tahun iaitu pada tahun 2009. Dan kemudian diikuti dengan pemergian 2 orang adik aku yang telah terkorban dalam kebakaran rumah kami juga pada penghujung tahun 2009.
Faham tak perasaan waktu itu, sedih dengan tragedi pertama. Kemudian ada tragedi kedua lagi. Nanti aku ceritakan bagaimana kronologi kejadian rumah kami tu terbakar, in sha Allah next posting aku..
Aku rindu sangat sebab semua berlaku ketika itu dengan tiba-tiba. Sangat cepat! Aku selalu terbayang moment terkahir dengan kedua-dua adik aku tu. Petang terkahir sebelum malam tu Allah jemput mereka, kedua-dua adik aku teringin mahu ikut aku pergi pasar malam.
Tapi aku minta diorang stay dirumah saja. Itupun atas permintaan mama juga waktu itu.
Cuma aku pun tidak faham kenapa ya, aku selalu membayangkan moment-moment ketika mereka masih hidup & moment terkahir mereka hari itu. Itu kejadian tahun 2009, tapi sampai sekarang pun masih fresh dalam ingatan aku. Aku selalu rindu...
Aku selalu terfikir, "rindu ni akan habis atau tidak. Aku bukan jenis menangis teriak-teriak. Aku nangis cuma airmata yang mengalir tanpa meraung. Termasuklah ketika kejadian itu pun, aku tidak meraung. Aku diam ja tapi airmata aku sangat laju mengalirðŸ˜ðŸ˜. Berbanding abang & 1 lagi adik lelaki aku, menjerit meraung ketika kejadian tersebut depan mata melihat rumah habis terbakar. Tinggal lah kami sekeluarga sehelai sepinggan.
DI MASA PANDEMIK NI KAMU BUAT APA?
November 03, 2020 by ✗ fifiyfitrianiee ✗ 0Komen disiniA+ a-
Assalamualaikum uols. Waalaikumussalam ~ ya dijawab yaa. haha.
Sebenarnya untuk pandemi di Malaysia, ni mungkin almost 8-9 bulan kalau saya tak salah pengiraan.
Untuk kamu semua, apa saja aktiviti yang kamu lakukan semasa pandemi ini berlaku, selain bekerja ?
As for me, aku duduk dekat rumah. Dan tidak pernah keluar pergi mall sudah beberapa bulan. Maklumlah, aku ni ada paranoid so memang seram jugak bila bayangkan virus-virus corona tu. huhuhu~
I dont know about you guys macam mana. hehe.
For Sabahan macam saya, kes covid makin kesini semakin meningkat sehingga ke 3 angka sehari. sedih jugak membayangkan nasib-nasib peniaga kecil. Terjejas teruk. Bahkan yang bisnes owner besar pun, tumbang jugak kan.
So, for now.. aktiviti setiap hari sama ja lah.
Kemas-kemas rumah.. Main game. Tengok youtube. Main game #pubgmobile. haha. Kadang tu, ada lah jugak sesekali keluar pergi rumah sepupu yang dekat area rumah ni. Lain-lain, memang most of the time duduka rumah sahaja. grrrrr
Carilah nama pubg aku RRQffr. hahaha. Masih noob!
Sebenarnya, ramai yang rindukan travel kan?
Dah lama sebenarnya tak travel. huhu.
Rindu kat kampung nenek di INDONESIA.
In sha Allah soon semoga Allah ambil balik makhlukNya bernama corona ini. Kita dijauhkan dari virus-virus & penyakit-penyakit berbahaya. AAAAMIN.
Ada kah geng pubg dekat sini? hahhaaa. Kalau ada, nanti kita mabar hokeyyy.
See you in next posting. Take care dan jaga diri. Jaga kebersihan diri.
RUMAHKU TERBAKAR! 2 ORANG ADIKKU TERKORBAN
April 23, 2020 by ✗ fifiyfitrianiee ✗ 0Komen disiniA+ a-
MASALAH PADA AKAUN NUFFNANG!
April 23, 2020 by ✗ fifiyfitrianiee ✗ 1Komen disiniA+ a-
Hope you guys doing well ya musim PKP ni.
Punya lama saya tidak menulis dalam blog ni sampai bersawang sudah haha.
Sebenarnya malam ni, tiba-tiba teringat mahu contact pihak Nuffnang tentang isu akaun Nuffnang saya tak dapat login sebab email yang saya daftarkan juga sudah lama saya tidak gunakan sampai lupa password email tu. aduh!
Dah selesai contact pihak Nuffnag. Hopefully diorang akan secepatnya respond and bantu. Sebab saya pun dah bertahun-tahun setia dengan Nuffnang. Tak pasang selingkuhan lagi ahahaha.
Anyway, salam ramadhan dan please stay at home ya.
Semoga Allah selalu beri kita kesihatan, dan Allah ambil semula makhlukNya bernama Covid-19 ni secepatnya :(.
Sungguhlah dalam Surah Ar-Rahman, Allah dah kata, "Nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan."
Rupanya memang betul, nikmat aman dan sihat ni takkan boleh kita tukar ganti dengan wang ringgit. Salam sayang peeps. Enjoy ur ramadhan and PKP ya. stay at home. stay safe. Jangan melepak!!!
TUAN RUMAH
PENGIKUT BLOG
PENULISAN TERBAIK!
-
Krik krik krik~ Assalamualaikum semua. hahahaha~ mak engko. lama tak hapdet entry kat blog ni :3 ! Malas nak menaip dah. Idea tu ada tapi ...
-
Senaman dan makan adalah dua perkara yang seiring. Seringkali timbul persoalan bilakah waktu yang sesuai untuk kita makan apabila kita i...
-
klik untuk tumbesaran. haha Assalamualaikum.. Curi tulang kejap hapdet entry blog I. haha :P . Now kat kelas ni tapi memandangkan kolej ...
-
Assalamualaikum... Hai uolls... Kali ni GT nak berkempen. Sambil berkempen rase nak bersedekah sikit pada blogger yang baik hati yang li...
-
KUANTAN, (Bernama) -- Banjir baru-baru ini mengakibatkan sebanyak 41 buah sekolah di enam daerah di Pahang mengalami kerosakan membabitkan k...