RINDU ITU BERAT. HANYA BUAT MEREKA YANG KUAT
Assalamualaikum. Sekarang jam menunjukkan jam 2.40 subuh. Aku masih lagi duduk berhadapan dengan laptop dalam suasana bilik yang gelap. Hanya ditemani dengan cahaya laptop.
Aku lama sebenarnya mau tulis tentang rindu ni. Tapi aku fikir banyak kali. Banyak benda aku fikir untuk tulis tentang rindu ni. Aku bukan nak cerita tentang Sinetron Dilan. Aku cuma mahu bercerita tentang rasa hati aku yang selalu merasakan rindu. Perspektif rindu terlalu besar. Ikutlah alur cerita kehidupan kita masing-masing.
Perasaan rindu ni, semua makhluk Allah dekat dunia ini akan merasa, mungkin?
Hanya saja mungkin berbeza keadaan & cara. Iya kan? Dan untuk aku, diri aku. Rindu yang selalu hadir menghantui aku adalah rindu pada insan-insan terdekat aku yang telah pergi menghadap Allah.
Untuk bahagian aku, aku kehilangan aunty yang sangat-sangat aku sayangi ketika aku berumur 16 tahun iaitu pada tahun 2009. Dan kemudian diikuti dengan pemergian 2 orang adik aku yang telah terkorban dalam kebakaran rumah kami juga pada penghujung tahun 2009.
Faham tak perasaan waktu itu, sedih dengan tragedi pertama. Kemudian ada tragedi kedua lagi. Nanti aku ceritakan bagaimana kronologi kejadian rumah kami tu terbakar, in sha Allah next posting aku..
Aku rindu sangat sebab semua berlaku ketika itu dengan tiba-tiba. Sangat cepat! Aku selalu terbayang moment terkahir dengan kedua-dua adik aku tu. Petang terkahir sebelum malam tu Allah jemput mereka, kedua-dua adik aku teringin mahu ikut aku pergi pasar malam.
Tapi aku minta diorang stay dirumah saja. Itupun atas permintaan mama juga waktu itu.
Cuma aku pun tidak faham kenapa ya, aku selalu membayangkan moment-moment ketika mereka masih hidup & moment terkahir mereka hari itu. Itu kejadian tahun 2009, tapi sampai sekarang pun masih fresh dalam ingatan aku. Aku selalu rindu...
Aku selalu terfikir, "rindu ni akan habis atau tidak. Aku bukan jenis menangis teriak-teriak. Aku nangis cuma airmata yang mengalir tanpa meraung. Termasuklah ketika kejadian itu pun, aku tidak meraung. Aku diam ja tapi airmata aku sangat laju mengalirðŸ˜ðŸ˜. Berbanding abang & 1 lagi adik lelaki aku, menjerit meraung ketika kejadian tersebut depan mata melihat rumah habis terbakar. Tinggal lah kami sekeluarga sehelai sepinggan.
Aku jadi teringat kenangan-kenangan kami waktu masih kecil. Tinggal dirumah-rumah kampung. Kecil dan hidup lebih sederhana berbanding sekarang, Alhamdulillah ya. Aku anak perempuan sulung. Aku punya seorang abang. Dan 4 orang adik-adik dibawah aku. Nahh! Tanggungjawab sebagai anak perempuan sulung ketika itu sangat besar, aku harus bersekolah dan juga harus mengurus rumah serta adik-adik aku 4 orang ketika orang tua aku pergi berjualan jauh.
Kadang aku marah dengan adik-adik aku.. Kita juga bergaduh hanya kerana permainan kampung dulu-dulu seperti guli, tapak, getah dan sebagainya. Kita main rumah-rumah pakai bantal sofa kayu tu. Arwah adik lelaki belajar masak nasi goreng sampai hangus. Aku terpaksa belajar memasak untuk mereka waktu itu. Takut makanan aku tidak sedap, eh tapi ternyata sedap pulak sampaikan licin piring adik-adik minta tambah lagi😂. Masha Allah rindunya kenangan lalu..
Permainan legend anak zaman dulu |
Antara permainan yang selalu buat kami bergaduh/berantem |
Dulu, aku umur 12 tahun, aku selalu pergi main dekat kilang kayu yang jaraknya sedikit jauh dari rumah kami. Aku angkut adik aku yang ada pada ketika itu, pergi bermain. Demi aku nak main dengan sahabat kecil aku masa tu, aku sanggup buatkan adik-adik aku ni susu botol dan bagi diorang kenyang. dari rumah aku prepare semua supaya bila aku main dengan kawan-kawan aku, adik-adik aku ni tidak menangis kelaparan.
Aku suka main dekat situ kerana berdekatan area tersebut ada sebuah bukit dan anginnya sejuk, best main dekat situ. Hahaha.
Nahh! Ini antara permainan yang aku suka main dekat area bukit kilang kayu tu. Dari atas bukit tu aku meluncur kebawah. HAHAHA! Keseronokan yang abadi waktu itu. Main tarik-tarik. |
Tapi, aku bawak adik-adik aku ni main dekat kilang kayu tu tanpa sepengetahuan orang tua aku. Hahaha. Dulu-dulu mama bapa aku selalu sibuk berjualan sampai kadang 3-7 hari bepergian, barulah mereka pulang lagi ke rumah.
Dan bila aku kedapatan bawa adik-adik aku pergi main dekat kilang kayu tu, aku selalu kena rotan guna batang paip/tali pinggang/hanger/penyapu dan lain-lain. Sakit dia jangan ceritalah Tuhan ja tau. Adik aku selamatlah tidak kena pukul waktu itu. Yalah kan diorang cuma tau ikut ja kalau aku bawa pergi main😂.
Seiring berjalannya waktu, aku punya 4 orang adik. 2 lelaki & 2 perempuan. Mereka inilah yang ketika kecilnya selalu ikut dengan aku. Jadi aku punya banyak kenangan manis dengan adik-adik aku.
Tidak banyak sebenarnya gambar/foto ketika kami masih kecil. Kerana semuanya telah pun habis dimakan api dalam kejadian kebakaran rumah ketika itu. Yang aku ada pun CUMA INI SAHAJA SEBAGAI TATAPAN..
So apa yang aku tulis disini, kebanyakannya hanyalah memori bayangan yang Allah masih pinjamkan dekat aku. Aku abadikan dalam bentuk penulisan disini agar tidak perlu aku bersusah payah bercerita secara verbal pada manusia lain. Penat!
Paling tidak, hati aku sedikit tenang setelah meluahkan rasa ini disini. Mungkin berbeza dengan cara orang lain. Tapi ini cara aku. Aku lebih senang meluahkan rasa dalam bentuk penulisan. Mungkin buat yang membaca penulisan aku ini, dia juga pernah merasakan hal yang sama seperti aku. Yang kuat ya?
Aku bukan saja rindu pada sosok 2 orang adik aku yang terkorban tu. Tapi juga rindu pada kenangan kami bersama-sama suatu ketika dahulu. Apa lagi moment terakhir siang itu. Sebelum malamnya, Allah jemput adik-adik aku.
Aku paling ingat, adik perempuan minta aku dengar lagu ST12 - Saat Terakhir.
"Kau cubalah dengar lagu ST12 ni, kau hayati. Ni lagu aku untuk kau," kata arwah adik perempuan aku siang itu. Tanpa aku tahu, malam itu Allah nak jemput dia. Sampai sekarang pun, kalau ada orang pasang lagu ni, aku boleh nangis sebab aku rindu.
Nanti aku share antara petanda lain sebelum adik adik aku pergi. Juga kronologi kejadian tersebut.
Kalau diorang masih hidup sekarang, umur adik lelaki lebih kurang 25 tahun & adik perempuan 20 tahun. Masha Allah.
Aku bukannya tak redha pada takdir Allah. Tapi aku cuma rindu. Seperti yang Dilan katakan kepada Milea, "Kamu jangan rindu. Rindu itu berat. Kamu pasti takkan kuat. Cukup aku saja yang rindu."
Betul! Bagi aku rindu itu berat. Sememangnya hanya buat mereka yang kuat. Apatah lagi rindu pada mereka yang telah tiada didunia ini. Semoga roh mereka dicucuri Rahmat Allah, dijauhkan dari siksa kubur dan azab api neraka. Aaamin Ya Rabb~