Showing posts with label CopyPaste. Show all posts
Showing posts with label CopyPaste. Show all posts

Najib umum 11 langkah kurangkan perbelanjaan sektor awam mulai 1 Jan


KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan.

Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.


SUMBER

MAKAN- SEBELUM ATAU SELEPAS BERSENAM??


Senaman dan makan adalah dua perkara yang seiring. Seringkali timbul persoalan bilakah waktu yang sesuai untuk kita makan apabila kita ingin bersenam. Dan apabila kita ingin makan, pasti timbul pula persoalan lain iaitu makanan jenis yang bagaimanakah yang sesuai untuk diambil. Hal ini disebabkan, makanan yang diambil akan mempengaruhi prestasi kita. Artikel kali ini akan membincangkan serba sedikit tentang waktu dan jenis makanan yang harus diambil apabila kita ingin bersenam.
WAKTU
Waktu anda bersenam memainkan peranan penting kerana ia menentukan makanan yang bagaimanakah harus anda ambil sebelum atau selepas senaman. Kebiasaannya, makanan yang diambil selepas senaman adalah sama. 

Anda memerlukan makanan yang mengandungi protein seperti telur rebus dan segelas susu coklat kerana ia penting untuk pemulihan dan pertumbuhan otot badan anda. Kuantiti protein yang perlu diambil pula tidaklah terlalu banyak. Hanya dalam sekitar 10-20 gram sahaja. Dan ia boleh diambil sebaik sahaja anda selesai bersenam.


JENIS MAKANAN
Jadi, bagi menentukan makanan yang perlu diambil sebelum bersenam, anda perlu melihat waktu bila anda ingin memulakan senaman;
i. Pagi – Sekiranya anda ingin memulakan senaman di waktu awal pagi, maka anda memerlukan makanan yang kandungan karbohidratnya tinggi. Makanan seperti bijirin, roti dan sayuran segar adalah contoh yang sangat sesuai. Hindari makanan yang mengandungi fiber dan fruktosa yang tinggi seperti buah kerana boleh menyebabkan anda mengalami cirit-birit selepas bersenam. Akan tetapi, sekiranya anda bersenam selepas mengambil sarapan yang berat, pastikan jarak masa antara sarapan dan senaman anda dalam 2-3 jam. Ini untuk mengelakkan anda daripada mengalami kekejangan, sakit perut dan juga cirit-birit.


ii. Tengah hari – Apabila anda memilih untuk bersenam pada waktu tengah hari (1:00-3:00pm), anda tidak perlu mengambil sebarang makanan selagi mana anda sudah bersarapan ataupun makan tengah hari. Mungkin anda hanya perlu minum sedikit air untuk mengelakkan tubuh anda dari terhidrat.


iii. Petang – Jika anda bersenam lewat petang, makanan ringan seperti yogurt, ataupun roti sudah memadai. Ini kerana jarak senaman anda dari waktu makan tengah hari sudah agak jauh. Jadi anda memerlukan makanan dari karbohidrat untuk membekalkan tenaga.


iv. Malam – Bagi yang suka bersenam pada waktu malam, sekiranya anda bersenam selepas makan malam maka anda perlu jarakkan masa antara waktu makan dan senaman bergantung pada makanan yang anda ambil. Jika anda mengambil terlalu banyak makanan atau makanan yang berat, maka anda memerlukan masa yang lebih lama sebelum memulakan senaman.

Kesimpulannya, makan sebelum atau selepas bersenam, kedua-duanya mempengaruhi prestasi senaman dan prestasi tubuh badan anda berfungsi. Ingat! Jangan bersenam dalam kadar yang segera selepas mengambil makanan yang berat atau dalam kuantiti yang banyak. Minum banyak air dan jalani kehidupan yang sihat!



sumber

TEMPAT TRAVEL MENCABAR !!!


MAYAT PELAJAR U SINGAPURA DITEMUI MATI !


KUALA KRAI, (Bernama) -- Mayat pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang hilang selepas tergelincir dari tebing Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, malam tadi, ditemui pasukan penyelamat hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat Lee Jun Jie, 23, pada 9.50 pagi di dalam sebuah lubuk di kawasan Air Terjun Stong, kira-kira 100 meter dari Kem Baha yang dijadikan tempat perkhemahan mangsa bersama 22 lagi rakannya.  

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Dalam kejadian itu, Lee, yang sedang melihat pemandangan waktu senja semasa berhenti untuk berkhemah di Kem Baha, tergelincir dari tebing disebabkan keadaan tanah yang licin akibat musim hujan lalu terjatuh ke dalam Air Terjun Stong. 
Mangsa bersama rakan-rakannya tiba di Dabong, Kuala Krai petang semalam dengan menaiki kereta api, dan mendaki Gunung Stong untuk berkhemah di situ.  

Lapan belas anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Jeli dan Kuala Krai serta polis (10), Jabatan Pertahanan Awam (7), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (7) dan Renjer Hutan (3) terlibat dalam operasi mencari mangsa.  

Gunung Stong mempunyai ketinggian 1,422 meter dan Air Terjun Jelawang yang terletak di gunung tersebut merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara.  

Kem Baha terletak kira-kira 400 meter dari kaki Gunung Stong merupakan kem pertama yang perlu disinggahi pendaki sebelum meneruskan pendakian ke Puncak Ayam yang terletak di Gunung Stong. 

sumber

ZIZAN GEMBIRA EMMA MAEMBONG BERTUDUNG

Pelakon dan pelawak Zizan Razak yang mempunyai hubungan rapat dengan pelakon cantik Emma Maembong mengakui bahawa dia berasa bangga dengan Emma kerana sudah berhijrah untuk terus bertudung.

Bagaimanapun, Zizan memberitahu yang tidak tidak pernah menyuruh Emma bertudung dan kehendak itu datang daripada dalam diri Emma sendiri.

“Bapa saudara Emma ada hubungi saya untuk bertanya tentang perkara itu dan sama ada saya yang menyuruhnya bertudung, namun ketika itu saya pun tidak tahu tentang dia mahu bertudung.
Emma Maembong Bertudung Zizan
 “Dia baru mencuba-cuba untuk pakai tudung, bagi saya itu perkara yang baik dan membanggakan bagi seorang wanita” jelas Zizan.

Menurut Zizan, sebelum ini Emma sudah lama memberitahu niatnya untuk bertudung dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk berubah. Tambah Zizan yang juga Pengarah Urusan Wire Fame Entertainment lagi, dia masih belum mengetahui perancangan kerjaya artis di bawah naungannya itu selepas berhijab.

“Buat masa ini dia (Emma) sedang menjalani penggambaran drama yang memang memerlukannya bertudung iaitu Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!.

“Untuk projek seterusnya saya tidak tahu lagi sama ada dia terus mengambil watak bertudung sahaja atau tidak,” katanya.

sumber

TIADA AMARAN TSUNAMI DI LAHAD DATU !







KOTA KINABALU, (Bernama) -- Jabatan Meteorolgi Malaysia tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu, yang dikaitkan dengan fenomena ribuan ikan tamban terdampar di pantai Kampung Tambisan Tungku, pagi semalam. 

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah Abdul Malek Tussin berkata berdasarkan sistem amaran awal tsunami, keadaan dasar laut di kawasan berkenaan juga seperti biasa. 

Bagaimanapun jabatan ini tetap memantau pergerakan kerak bumi terutama di dasar laut di kawasan terbabit, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sementara itu Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Datuk Rayner Stuel Galid berkata kejadian tersebut merupakan kali pertama berlaku di Sabah. 
"Selalunya ikan tamban ini berada di tengah laut, jarang di tepi pantai," katanya.  

Beliau berkata pihaknya telah menghantar pegawai ke kawasan berkenaan bagi melakukan siasatan. Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Mat Shamsuddin pula berkata pasukan keselamatan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana alam. 

Dalam kejadian 8 hingga 9.30 pagi itu, ribuan ikan tamban seolah-olah naik ke darat dan menarik perhatian masyarakat setempat dengan ada antara mereka menganggap fenomena tersebut sebagai petanda bencana alam seperti tsunami. 

sumber

YANA SAMSUDIN NAFI BUAT PEMBEDAHAN PLASTIK


Pelakon dan penyanyi Yana Samsudin menafikan dakwaan sesetengah peminat yang mengatakan dia telah membuat pembedahan plastik selepas melihat ada perubahan di wajahnya ketika menghadiri Anugerah Skrin 2013 baru-baru ini.

Jelas aktres berusia 28 tahun itu, perubahan wajah dan penurunan berat badannya  adalah disebabkan baru pulang menjalani penggambaran program realiti "Fear Factor" di Afrika Selatan bulan lalu yang meyaksikan penurunan empat kilogram selepas melakukan pelbagai aktiviti lasak.


Malah jelas Yana yang pernah berduet bersama Shaheizy Sam menerusi lagu "Begini Caranya" ini turut menegaskan  hidungnya yang kelihatan lebih mancung  adalah hasil daripada solekan dan bukannya disebabkan pembedahan plastik.


Tambah pemilik nama sebenar Norliana Samsudin ini, dia tidak menyorok atau melarikan diri daripada sesiapa sebaliknya sedang berehat seketika daripada melakukan aktiviti seni.

"Saya bukan melarikan diri atau bersembunyi. Saya ada saja muncul dan tak pernah gagal menghadiri majlis-majlis hiburan. Cuma saya berehat seketika daripada penggambaran buat masa ini," ujarnya seperti dipetik dari Harian Metro.


Sebelum ini,menerusi sekeping foto yang dimuat naik di Instagram miliknya, ramai peminat telah memberi komen merasakan wajah Yana semakin pelik, tua dan tidak comel seperti dulu.



sumber.