Showing posts with label Youth Ladership Programme 2014. Show all posts
Showing posts with label Youth Ladership Programme 2014. Show all posts

KEM KEPIMPINAN BELIA (YLP) PART 2

Sambungan dari part 1 disini.

Cerita part 2 ni lagi best dari part 1. Haha. Em disebabkan kami surrender handphone masa day 1, so kenalah kerjasama bangunkan roomates kan. Ni antara sweet moment jugak ni bila kawan2 bilik kasi bangun. Ahaks.

Tepat jam 6 pagi kami pun berkumpul di hadapan tiang bendera mengikut grup masing masing utk nyanyian lagu negaraku and STA, morning exercise, and breakfast.

Time exercise tu lah saya boleh nampak and rasa kekuatan stamina diri yg berada ditahap rendah ni. Huhu. Ada yg stamina power ada yg biasa2 jak ada yg lemah hahaha.

Jam 9 am, kami ada lecture ttg Tun Fuad Foundation sebab TTF ni lah yg telah sponsored kami 40 orang untuk join programme Leadership ni. Thanks TFF😚.

Masa lecture ni banyak jugak info yang kami dpt. Memang best lah sebab proram Kepimpinan ni bukan di fokuskan utk aktiviti lasak ja tapi ia juga d fokuskan dengan pembelajaran di dalam kelas selama 2-2 setengah jam.

Pastu macam biasa lah lunch jam 12.30pm.. and rehat.. Time rest ada yg ambil masa untuk tidur and ada yg cuci kain. Kalau ada yg ambil masa mengurat tu ntah lah pulak kan. Hakhak. No no no 😜 !

Jam 2 kami ada lecture seterusnya iaitu Public Speaking. Time ni lah paling best. Kami belajar banyak ttg berucap di khalayak ramai. Kebanyakan orang bila bercakap akan ada Pause Filler macam 'emmm', 'uhhhhh', 'ahhh', 'ummm', 'k' and lain2. Hahahaha.

Tapi paling kena ingat si Fera lah. Bercakap dari hati ke hati. I can feel u fera 😌.

Petangnya pulak kami redah hutan. Ni memang mencabar stamina kami diperingkat awal.. Bukit pun boleh tahan tinggi and curam and jauh!!

Tapi paling penting kami sempat bergambar sebentar di atas bukit tu. Haha.

Team FOREST ANTS.
Masa ni yang saya ingat, si Angkol aka Darrence yang tu naaaaaa pakai tag tali hijau tu haha. Dia kuat menguluk. Dia panggil Fera dengan nama Miss Wong. Wong tu nama ayah Fera. Apa lah angkol ni. Hehe.

Tapi apapun, kami tetap semangat. Senyum tu penting haha. Penat memang penat tapi enjoy lah. Yang baju oren tu adalah instructor kami yg baik, si bryan.

Pas tu sampai jak di OBS banyak yg kepenatan termasuklah diri saya sendiri. And kami dinner pastu mandi bersiap semua.

Jam 7.30 pulak ada communication exercise. Part communication ni memang fav saya lah sebab saya dapat improve communication skill saya.

Aktiviti yang telah kami lakukan ni sedikit sebanyak membantu menaikkan semangat dan keyakinan diri kami. Ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara peserta.

And yeahh part yang paling saya suka adalah part sharing yg kami lakukan setiao malam before tidur.

Apa yg saya dapat daripada group sharing ni kan, saya dapat dengar and cuba fahami perasaan teammates saya. Fokus dengan apa yang mereka share. Belajar mendengar. And dalam masa yang sama kita boleh belajar berkata jujur.

Rasanya kalau tiada group sharing ni, group kami susah nak memahami antara 1 sama lain. Susah nak trust antara 1 sama lain. Paling penting melalui group sharing ni saya dpt belajar improve diri melalui komen-komen dua instructor kesayangan kami iaitu Miss Ira and Bryan.

Yalah. Ada masa kita perlu mereka2 yg kita percaya bagi kritikan membina agar kita tahu apa yg perlu kita perbaiki dalam diri.

I really love to listen when our instructor sharing and said something to our grup. And also i love to listen when my friends say something *meluah* bila ada yg tidak kena ataupun rasa happy. Hehe. Penting sebenarnya semua ni.

And saya kurang fokus dengan group lain sebab saya terlalu fokus dengan group saya. Hehe. Tapi apa yang saya ingat adalah saya hanya mengingat kesemua peserta perempuan yg joined program ni.

Manakala peserta lelaki hanya segelintir jak yg saya igt. Yg saya ingat tu mungkin antara mereka yg menonjol. Mungkin kan. Sebab masing2 pun ada kelebihan.


Coming together is a beginning. keeping together is a progess. working together is success. -fit-

 Dan paling penting, team work! Sebab the nice thing about team work is we always had others on our side to support us.

Together we achieve more!



KEM KEPIMPINAN BELIA (YLP) PART 1

Assalamualaikum. Haha. Berapa bulan dah tak hapdet entry dalam blog kesayangan gue ni. Broadband takdak. Tak dapat nak hapdet. Lagipun mood M menjelma. 

So hari ni gue muncul kembali. Nak sharing dengan kawan kawan tentang pengalaman saya menyertai program Youth Leadership Programme 2014 yg lalu.

Cerita bermula masa saya sampai di Outward Bound Sabah Kinarut. Masa tu belum lagi ada org. So saya diberi kunci dorm dan ditempatkan dibilik Helang. Memang excited lah masa tu sbb saya boleh pilih katil yg saya suka. Tak payah rebut-rebut dengan peserta lain. Haha.



Hahaha. As a reward sebab paling awal sampai kan, so lemme take a selfie. Ni dalam bilik Helang. Hehe. Mmg puas hati sebab cermin besar.

Dipendekkan cerita, tidak lama kemudian peserta lain pun datang. Semua pun try to know each other. Cerita cerita. Tanya nama umur and tinggal mana. Hehe. 

Pas tu....... 




Kami pun selfie lah.. hahhaha. Diorang ni semua adalah roomates saya selama 15 hari di OBS. Saya sorabg jak yg Muslim dalam bilik ni tapi tu bukan masalah. Sebab kami Sabahan sangat baik dan sporting.

Pas tu kan.. semua kelaparan.. haha. Kesian betul. Tapi tepat jam 12 kami diarahkan ke dewan makan untuk lunch. Time ni lah saya dapat nampak semua muka muka peserta YLP. Ada yg muka ganas ada yang muka mulus dan macam macam lah. Hehe.

Pas tu kan,lepas lunch kami dibenarkan berehat. Jam 2 macam tu, kami pergi dewan untuk berkumpul. 

Pas tu buat aktiviti ice breaking di padang depan dewan. Macam macam aktiviti and game kami main sebelum dibahagikan kepada 4 kumpulan. Tidak lupa jugak, jerry berjaya dilantik sebagai Penghulu.


Ni lah aktiviti Kami before dibahagikan mengikut kumpulan.
Kena briefing and lain2.
Game ayam dan kandang. Haha. Game ni lucu.
Antara peserta lelaki yg joined kem ni. Ni masa aktiviti
Apa ntah. Ice breaking kot.
Selesai jak semua game tu, kami diasingkan mengikut kumpulan. Nahhh sini lah ni rasa nervous and ada sikit tidak seronok sebab masa ni saya dapat group pertama. Tiada seorang pun yg saya kenal dalam group saya.

Tapi apa saya buat? Saya try tegur. Tapi perempuan jak lah saya tegur. Fera dan tasha. Haha. Yang lelaki saya belum berani tegur lagi. Sebab muka ganas sangat lah brader. Hehe.

Ohh yaa.. Ada 4 kumpulan dan setiap kumpulan ada 10 orang. 

Lepas kena bahagikan ikut group and kami kenal dah siapa instructor kami, so kami pun buat aktiviti ice breaking dalam group. 


The girls in Forest Ant team.
Buat bentuk segi empat guna tali tu dengan mata tertutup.
So guna deria sentuh lah.
Memang syoklah. Situ saya dapat tahu nama and serba sedikit tentang ahli group saya..

Nama group kami pulak masa 1st tu adalah slice of pizza. Tapi miss ira macam kurang setuju and kami pun fikir balik nama group kami.

Finally, kami dapat idea *lupa sudah idea siapa sebenarnya* untuk namakan group kami dengan nama FOREST ANT iaitu Semut Hutan.

Sebab kami pilih nama tu adalah kerana semut kan kecil tapi semut terkenal dengan kerajinan dan kerjasama. So sesuai lah tu lagipun kami tinggal dalam hutan jugak..

Secara keseluruhannya, memang bestlah.. Walaupun saya ada sedikit kerisauan tentang ahli group saya yang hanya mempunyai 3 girls termasuk saya. And 7 boys tapi saya yakin lelaki dalam group saya baik dan sopan. Hehehe.

Part 2 akan bersambung kemudian. In sha Allah.