BUKAN TAKNAK BERUBAH, TAPI AKU PERLUKAN SOKONGAN
Assalamualaikum. Selamat malam sahabat bloggers. Allahu rabbi. Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat dan syukur Ahamdulillah dengan segala nikmat pemberian dari Allah SWT. Kita tak perlu jadi kaya untuk hidup bahagia. Kita tak perlu harta yang banyak untuk tambah Iman dan Ilmu kita. Sentiasa bersyukur dengan segala yang kita miliki.Semua orang nak berubah jadi baik kan? Tapi untuk berubah dan tetap Istiqamah ni bukanlah perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi jika orang sekeliling kita tak sekepala dengan kita dalam meraih cinta Allah. Bukan diri ni taknak berubah. Saya nak sangat-sangat. Tapi bagi orang yang bukan berlatar belakangkan pendidikan sekolah agama, ia sedikit susah bagi saya.
Tapi saya akan berusaha untuk tetap dengan niat baik yang dipendam ini. Tak semua orang suka bila kita nak berubah. Saya ada juga mendengar suara-suara yang mengatakan saya ni seorang yang hipokrit dan berpura-pura baik seperti Ustazah. But is okay lah. Saya bukan manusia sempurna yang tak ada masa lampau dan bukan juga manusia teruk yang tidak ada masa depan. Sekarang, saya sedang berusaha meninggalkan beberapa perkara yang melalaikan saya seperti couple. Kadang kala couple ini salah satu sebab mengapa anak muda sekarang susah untuk berubah disebabkan susah hendak melawan hawa nafsu. Tetapi saya bersyulur, kerana hawa nafsu yang membawa saya kepada zina hati dapat saya jauhi.
Orang kata, bila kita buat benda macam ni kat pasangan kita itu tandanya kita dah tak sayang kat diorang. Tapi saya tak setuju. Malah sebaliknya. Saya buat semua ini disebabkan rasa sayang itu. Disebabkan rasa sayang itu lah saya taknak membiarkan diri dikuasai nafsu tanpa ikatan yang halal. Kita nak berubah ni bukan terus berubah 100%. Saya perlu berubah dari benda yang kecil-kecil sehinggalah perkara yang besar.
Salah satu kesukaran yang saya hadapi juga, kat Sabah ni saya tak tahu kat mana tempat yang sesuai untuk saya mendalmi Ilmu Agama selain dirumah. Saya perlukan sahabat-sahabat yang sehati sejiwa dengan saya untuk mendalami Ilmu ini. Banyak benda yang saya perlu terokai. Terasa jahinya diri ni. huaa :(
Semoga kelak kita kembali kepada Allah daam keadaan bersih dan suci seperti mana sewaktu kita dilahirkan ke dunia. In sha Allah. Muhasabah diri sama-sama.
1 Comments:
Write Commentsrabbuna yusahhil, :)
Reply