LEMAK TEPU DAN TIDAK TEPU?
Perkataan lemak seringkali digeruni oleh ramai orang terutamanya bagi kaum wanita. Lemak pada dasarnya adalah perkataan yang sering ingin dijauhi bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan. Tapi, adakah kita tahu apakah fungsi lemak, atau apa sebenarnya definisi dan kandungi lemak ini.
Selalu kita mendengar perihal lemak tepu atau lemak tidak tepu. Dapatkah kita membezakan diantara kedua-dua jenis lemak ini?
Sumber kandungan lemak tepu adalah datangnya dari kebanyakkan sumber haiwan dan segelintir sumber tumbuhan seperti santan atau minyak kelapa sawit. Lemak tidak tepu pula adalah datangnya dari sumber tumbuhan. Ianya lembut atau cair walau dalam keadaan bersuhu sejuk.
Walaupun badan anda memang memerlukan lemak di dalam badan untuk berfungsi dengan baik, anda seharusnya mengelakkan dari pengambilan lemak tepu yang banyak. Lemak tepu berpunca dari makanan seperti lemak pada daging, mentega, susu, keju, dan pelbagai lagi jenis makanan yang lain. Walaupun sesetengah lemak tepu itu boleh dimakan, tetapi terlalu banyak lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol yang mana akan menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, dan serangan jantung.
Pada kali ini, kita akan membincangkan berkenaan tentang lemak tepu. Kajian menunjukkan bahawa kaum lelaki harus makan tidak lebih daripada 30g lemak tepu sehari, manakala kaum wanita secara purata boleh makan tidak lebih daripada 20g lemak tepu sehari. Kajian lain pula mendapati lemak tepu boleh diambil lebih kurang 7 peratus daripada jumlah kalori harian. Bagi saya ianya haruslah tidak melebihi kalori harian dan elakkan atau kurangkan makanan yang mengandungi lemak tepu ini.
Akan tetapi, jika dilihat tren pada masa kini, kebanyakan kita makan terlalu banyak lemak tepu. Hampir lebih kurang 20 peratus lebih daripada jumlah maksimum yang disyorkan.
Kesan sampingan?
Makanan yang mengandungi lemak tepu akan meningkatkan tahap kolesterol didalam darah anda. Jika ianya berlaku, peningkatan tersebut boleh menyebabkan penyakit yang digeruni oleh ramai orang iaitu penyakit jantung dan strok. Bahaya bukan? Oleh itu, marilah bersama-sama menjaga kesihatan kita dan tahu agar bagaimana menjaga pemakanan dalam kehidupan seharian.
Tips mudah mengelakkan makanan yang mengandungi lemak tepu:
• Menggantikan makanan yang tinggi nilai lemak tepu dengan makanan yang mengandungi lemak monotaktepu dan / atau politaktepu.
• Menggantikan minyak sayuran atau minyak zaiton dalam masakan
• Elakkan makan berproses dan beku
• Kurangkan makan daging merah
• Menambah supplemen omega-3