PUTERI SARAH TAK NAK BERLAKON ?
Pelakon jelita Puteri Sarah mengumumkan yang dia ingin berundur dari dunia lakonan kerana mahu menumpukan perhatian dalam kerjaya disamping langkah persediaan sebelum bergelar isteri kelak.
Jelas pelakon berusia 28 tahun itu, keputusan yang diambil itu adalah kerana memikirkan masa depannya dan bukan disebabkan kontroversi yang melanda.
Tambah Puteri Sarah lagi yang kini tampil dengan imej berhijab, hatinya sudah ditawan oleh seseorang namun enggan mendedahkan identiti jejaka yang berjaya mencuri hatinya
kerana menunggu waktu yang sesuai.
"Cukuplah saya katakan hati saya sudah dimiliki. Setiap pasangan kekasih memang berharap dapat bersama dalam ikatan yang sah, tidak terkecuali kami, doakan saja hajat kami dipermudahkan," ujarnya seperti dipetik dari Berita Harian.
"Kalau saya sebutkan siapa orangnya, tentu saja tidak manis kerana saya ini wanita. Antara kami juga belum ada apa-apa ikatan. Tunggulah apabila tiba harinya nanti, tentu saja saya perkenalkan."
Pada masa masa, walaupun sudah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan, bekas kekasih Ammar Alfian ini masih lagi terlibat dengan tugasan belakang tabir.
"Apa pun, saya masih terbabit di bidang belakang tabir termasuk menjadi model peragaan butik Muslimah, itu pun hanya pada hujung minggu, Antara lain, saya turut membekalkan persalinan ini untuk sesi fotografi atau penggambaran."
Sementara itu, pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memohon agar peminat tidak keliru dan faham dengan situasinya jika menonton lakonannya di kaca TV ketika beliau masih belum bertudung.
"Memang ada penonton yang tertanya-tanya melihat saya tidak bertudung di kaca TV. Saya jelaskan, itu dulu ketika saya belum berhijab. Mujur mereka faham dengan situasi berkenaan."