KERANA MANISNYA PERSAHABATAN

July 22, 2013 0Komen disiniA+ a-






Assalamualaikum. Salam Ramadhan. Good morning. Lepas sahur jam 3 tadi langsung tak tidur until now. Fuh tahan mata. hehe. Sebenarnya selepas sahur, kalau boleh saya elak nak tidur semula sebab takut terlajak subuh. Yelahh kat Sabah ni solat subuh awal sikit berbanding kat Semenanjung. Dalam jam 4 lebih dah masuk subuh. So tahankan je lah mata. Sementara menunggu masuk waktu tu, boleh lah cuci-cuci kain, cuci piring, kemas-kemas dapur kann. hihihi.

Alhamdulillah Allah beri idea untuk menghapdettt entry kali ini. Sebelum ni bukan tak dak idea cuma idea tu lebih selesa saya tulis dalam dairi berbabnding dalam blog ni :) ! *Amboii, ada diari ye* . Ehh ofcoz lah ada. Penting sangat dairi tu. Penuh dengan luahan perasaan dan kata-kata. ahaks.

Ohh ya. Sebenarnya saya nak cerita tentang Manisnya sebuah pershabatan tu. Semua orang ada kawan atau lebih afdal dipanggil sahabat kot. Tapi persoalannya, kita ada sahabat yang macam mana? Yang satu kepala dengan kita ka? Or may be yang gila-gila punya orang yg senang nak bergelak ketawa dan menjerit-jerit dengan kita? Or sahabat yang selalu ingatkan kita tentang perintah Allah? Itu terserah dari diri sendiri lah. Kita nak tengok diri kita, kita tengok dengan siapa kita kerap bergaul atau berkawan.

Bila terbaca sebuah entry saudari Aisyah, saya terasa kagum dengan persahabatan yang dia cipta bersama sahabatnya, Nadia. Maksud saya, apa yang diisi dalam hubungan persahabatan antara dia dan Nadia. Ni adalah antara ayat yang Aisyah kongsikan

"The next morning, we woke up and did our Subuh prayers berjemaah. That was followed by reading al-mathurat together. Tarbiyyah yang kami dapat di MRSM Taiping tidak disia-siakan. Indahnya ukhuwwah apabila disulami tarbiyyah! Ce korang try test tengok. Humban problems jauh-jauh and enjoy that moment with two best companions. Allah, and your best friend because of Allah.."

Ohhhh betapa indahnya bila kita bersahabat kerana Allah. Kita sulam dengan solat bersama-sama, membaca Al-Quran bersama-sama, saling membantu, boleh bergurau bersama-sama, berbeza pendapat tapi tetap menyokong antara satu sama lain. Kita jatuh tersungkur, ada sahabat yang sedia menggemgam erat tangan kita dan membantu. Tutup aurat sama-sama, Then belajar masak sama-sama. See, how sweet if our friendship like that.


Dannnn yeahhh ! Itulah yang saya maksudkan kerana manisnya sebuah persahabatan jika niat kerana Allah SWT.  Semoga kita mampu memiliki sahabat baik seperti itu. Yang penting, jangan buka aib kawan ok. Berdosa tau. Tau tak tau tak? Hahaha. Sambil-sambil berblog, berzikir lah. ataupun selawat. Tak rugi pun kan? Take care, *tamat*

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.