REZEKI ALLAH DIMANA-MANA

July 22, 2013 0Komen disiniA+ a-

Untuk semua SAHABAT yang akan sambung 1st DEGREE nanti.

Ramai dapat U kat luar semenanjung. SABAH/SARAWAK. Dan telinga disakitkan dengan soalan, "KOS LELONG EK?"

Apa yang Allah bagi adalah yang TERBAIK. Allah bagi sesuatu tu bukan nak suruh kita rasa BANGGA diri,dan juga bukan nak suruh kita rasa SEDIH sebab kawan dapat LEBIH BAIK. Tapi manusia seringkali mempertikai apa yang dia dapat,bila dia sangat2 tak suka benda yang dia dapat. MENGELUH dan masih bertanya,

"Awat aku dapat benda ni?"

Allah masih bagi PILIHAN bukan? Kalau tak suka,kita boleh mintak tempat lain. Atas kita,NAK atau TAKNAK je. Nilailah sesuatu dengan mata HATI, bukan mata DUNIA.

Ana ada seorang sahabat. Dia sangat RAJIN belajar,selalu puasa sunat sebab taknak masa belajar terjejas. Tup tup dia dapat pointer cukup-cukup makan je. Dan baru-baru ni dia PM ana,dia cakap dia dapat kat UMS. Agak sedih tapi dia redha.

Allah menilai USAHA sebenarnya. Dan apa yang kita dapat bukan menggambarkan usaha kita besar atau kecil. Apa yang kita dapat itu yang TERBAIK. Tak perlu fikir pandangan manusia,ana tahu. ana dengar dengan telinga sendiri,

"Lah dia dapat kat Sabah Sarawak ke? Mesti kos LELONG kan."

Satu mentaliti yang agak perlu diTAMBAHBAIK.
Manusia tak pandai menilai dengan bagus. Sematang mana manusia tu, valuation dia takkan SEBAIK Allah Taala. Dan ingat, Allah tak pernah lupa apa yang kita NAK, berdoa tiap2 hari tak salah. Tapi benda yang kita NAK tu,hanya Allah yang TAHU either benda ni boleh benefit kita atau tak.

Fedtri Yahya,dia bekas senior ana kat Kolej MARA Kulim,seorang pelajar aliran Sains yang mempunyai result agak bagus. Dia seorang PENGACARA. Masyarakat (a small population I guess) berpendapat pendidikan seorang PENGACARA tv tak cemerlang,that's why dia jadi pengacara ritee. Biarlah. Tapi hakikatnya,ana tengok,pengacara pun dah boleh merantau seluruh dunia. Macam abang Fedtri tu,dapat pi kat tempat bersejarah termasuklah Mekah dan Madinah. SubhanaAllah!

Rezeki Allah maha LUAS. Manusia tak pandang semua tu dengan mata HATI,just pandang dengan mata DUNIA. Allah nak bagi rezeki tu, tak pandang U mana orang tu belajar,budak asasi ke budak matric,belajar luar negara ke dalam negara,Allah TAK PANDANG.

Apa pun yang Allah bagi,terima dengan hati yang BERSYUKUR. Keep smiling. Stop asking ; WHY,WHAT.

Perjalanan hidup yang Allah aturkan itu CANTIK.

"Demi sesungguhnya! Jika kamu berSYUKUR, nescaya Aku tambahi NIKMATKU kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu KUFUR, sesungguhnya AZABKU amat keras." [Ibrahim:7]

Allahualam,

fakhriah.

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.