AIMAN BERJUMPA KELUARGA BESAR FATHIA?

August 23, 2013 1Komen disiniA+ a-

Aiman Serius, Sudah Beberapa Kali Jumpa Keluarga Fathia!




Meskipun sudah banyak gosip berterbangan yang mengatakan pasangan pelakon Aiman Hakim Redza dan Fathia ini sedang hangat bercinta namun Murai Batu perasan belum sekali pun lagi mereka berdua ini mengaku yang mereka benar-benar sudah menjalinkan hubungan cinta.

Malah, Murai Batu tengok mereka ini seperti mahu berselindung dan asyik enggan memberi komen mengenai hubungan cinta mereka kepada media atau umum. Sedangkan, Murai Batu lihat sudah banyak gosip yang mengatakan sudah ternampak mereka berdua bermesraan di khalayak. Apa sebenarnya tujuan mereka berselindung?

Namun, persoalan Murai Batu selama ini terjawab apabila ada seorang sumber terdekat datang bercerita dengan Murai Batu yang mereka ini sebenarnya memang serius dalam hubungan cinta mereka.

Malah, Aiman sudah beberapa kali berjumpa dengan keluarga Fathia sendiri. Bukan sahaja keluarga terdekat, bahkan sudah cuba mengenali keluarga besar Fathia di kampong sebelum menjelang hari raya hari tu.
Sehinggakan, Murai Batu diberitahu Aiman telah pun memberanikan diri pergi ke majlis nikah saudara Fathia yang dihadiri ramai keluarga besar Fathia. Murai Batu dengar Aiman siap kena interview oleh makcik pakcik serta atok Fathia di sana. Nervous ke tidak? hahaha

Amboi, kalau dah berani jumpa keluarga besar tu, maknanya seriuslah kan? Ala, apa nak sorok-sorok lagi. Peminat mesti suka. Lagipun Murai Batu tengok mereka ni sepadan sahaja, sama cantik dan sama kacak gitewww!
Apa-apa pun, Murai Batu harap, Aiman dan Fathia selepas ini tak perlulah berselindung lagi kerana peminat sekarang sudah terbuka dan pasti akan menerima berita ini dengan baik.

SUMBER

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.

1 Comments:

Write Comments
Unknown
AUTHOR
August 23, 2013 at 9:29 AM delete

Salam admin.sy dari pingje.org.ingin memesan di mana bila masa anda ping artikel sila letak tajuk yang betul pada tajuk artikel.blog anda tidak dpt secara automatik oleh system mengambil tajuk artikel.mungkin sebab masaalah template yang anda guna atau masaalah lain.

Jika anda sudi,kami sudi membantu melihat script dlm template blog anda untuk perbaiki apa yg membuatkan system tidak auto detect tajuk artikel anda.lain2 blog system akan auto detect tajuk artikel.. :). apa2 sila contact fb sy ye "JRevolusimu".terima kasih dan selamat hari raya.. :)

Reply
avatar