GAYA HIDUP FAZBULOUS FAZURA
Setiap kali terserempak dengan Cik Nur Fazura Sharifuddin, mesti tergamam sementara. Fazura merupakan contoh role model yang miliki personaliti benar dan bukan buat-buat baik macam setengah orang. Fazura membuktikan bahawa beliau sama seperti kita, pernah melakukan kesilapan dan dihukum orang ramai kerana kesilapan tersebut. Namun apa yang membuatkan kami contohi Fazura adalah beliau bijak baiki diri sendiri tanpa lupa asal-usul.
Jika anda sukakan Fazura seperti saya, mari kita lihat bersama tip gaya hidup menarik yang boleh diperolehi daripada Fazura!
Simpan kawan masa susah, bukan kawan masa senang
Dalam dunia yang mengadili anda berdasarkan berapa banyak rakan anda (lebih ramai lebih baik kata orang), saya cukup kagumi cara Fazura hanya rapat dengan orang tertentu, iaitu teman baik beliau. Fazura bukan jenis tayang entourage ramai yang berkawan dengan beliau hanya kerana beliau seorang selebriti.
Kita tidak harus susah hati dengan kuantiti rakan kita; kerana sesungguhnya kualiti lebih bermakna. Sentiasa ingat akan siapa yang akan berada disisi anda ketika anda dalam kesusahan bukan mereka yang rapat dengan anda kerana anda miliki tiket VIP menonton konsert Metallica.
Jadi Classy
Ingat lagi dulu saya pernah kata Sazzy Falak merupakan Ratu Boho Malaysia? Fazura merupakan Ratu Posh Malaysia. Fazura sangatlah classy sehinga mampu membuatkan t-shirt biasa tampak mewah dan anggun!
Serlahkan kecantikan semula jadi
Industri ini terlalu ramai yang mengagungkan konsep mekap tebal lengkap dengan bulu mata palsu dan bedak berlapis dan aksesori melampau.
Saya cukup suka dengan cara Fazura yang lain daripada yang lain, dengan solekan tipis atau ada kalanya terus tanpa solekan. Kita harus contohi cara Fazura untuk kulit yang lebih baik. Tambahan anda ingin disukai kerana diri anda sebenar dan bukan kerana bantuan solekan.
Bijak business
Kebanyakan gadis berebut sertai bidang keusahawanan saat mendapat suami kaya. Tetapi tidak begitu bagi Fazura, yang mulakan business beliau, butik House of Doll dengan sendiri
3 Comments
Write CommentsSalam sayang, tadi ada tanya macam mana ena tahu or pertanda ena kena sihirkan??
Replypetandanyaa perangai ena pelik sangat dari biasa. Lepas tu, petang2 lepas asar menangis, pastu balik rumah nak marah2 keluarga ena, sehari tak bergaduh tak sah. Tapi ena tak rasa apa yg ena buat semua tu salah. Masa ena kat rumah. Bila keluar dari rumah, baru la rse macam2.
Parents kita ni kan instinct dia kuat dia tgok anak2 dia lain mcam, dia dah dpt rse apa yg tak kena ngn kita...
Apapun, better buat solat hajat, solat taubat... ena masa solat tu ena dapat tahu dah sbb lepas ena sujud, tetiba terlintas muka yg menakutkan depan ena
kte suka ngn fazura..naturaal beauty
Replysaya suka fazura ni...classy !
Reply