JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA !!!
Assalamualaikum. Good morning. Salam Jumaat semuanya. Semalam aku tengok rancangan Islamik Semanis Kurma di TV9 (119). Siapa yang tak kenal dengan Ustazah Siti Norbahyah and suami tu kan. Ustazah Siti Norbahyah ni adalah salah 1 ustazah yang sangat sangat saya kagumi dan hormati sejak saya budak-budak lagi. Selalu tengok Ustzah berceramah kat TV.
Semalam tajuk Semanis Kurma tu adalah "Jangan Tunggu Lama-lama". Korang pun boleh faham kan apa isi dari tajuk jangan tunggu lama-lama ni. Nak dipendekkan cerita, tetamu rancangan Semanis Kurma semalam adalah Ustaz Syed Norhisyam dan juga Almy Nadia.
I taknak cakap tentang soal peribadi Almy Nadia. Yang nak I share kat sini adalah cerita daripada Ustaz Syed. Ceritanya begini..........
Ada sepasang suami isteri ni telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Tapi pada suatu hari, si suami ni datang berjumpa dengan Ustaz Syed untuk meminta nasihat atau kaunseling tentang hubungan dia dengan Isteri. Bila ustaz Syed tanya apa masalah, si suami pun berceritalah bahawa dia dah rasa tawar dengan isterinya. Tawar yang saya maksudkan disini adalah si suami ni takdak mood nak bergelak ketawa bersama si isteri, nak bergurau senda ataupun nak sharing cerita. Si suami ni asyik serius ja bila kat umah. Ditanya pula bagaimana dengan hubungan kelamin antara si suami dan si isteri. Si suami ni kata, mereka masih melakukan hubungan suami isteri seperti biasa dan si suami jugak kata, dia memang tiada perempuan simpanan atau wanita lain. Dan Ustaz Syed pun rasa pelik. Bila Ustaz Syed kaji punya kaji, rupanya suami isteri ni telah bercinta lebih kurang 10 tahun sebelum berkahwin. 10 tahun tu uallssss.. Lama tu. Dan selama hubungan percintaan mereka tu, mereka dah try semua benda. Mereka dah share semua benda. So perkahwinan mereka hanya akhir daripada percintaan mereka. Mereka dah kehabisan cerita sebab dah share semua benda sebelum mereka berkahwin dulu.
So pengajaran yang I dapat kat sini, masa bercinta tak payah lah kita nak sharing is caring sangat kan. Syaitan ni suka sangat melambat-lambatkan kita mendirikan masjid. Syaitan ni sgt kreatif. Lebih kreatif daripada kita ok. So kena berhati-hati. Bila bertunang, syaitan akan suka lamakan tempoh pertunangan tu supaya dalam tempoh tu akan ada ruang-ruang untuk kita berzina. Memang bahaya sangat~
Untuk parents, janganlah sporting pada benda yang tak sepatutnya. Sporting suruh anak cinta cintun tapi bila anak nak kawin, alasannya, belum bekerja, kena habis study dulu kena kumpul duit dulu. Tapi bila anak bercinta takdak pulak kata macam tu kan. Nanti takut-takut dapat cucu sebelum dapat menantu. Maluuu sekeluarga. So kena sporting biar kena pada tempatnya ye bapa-bapa ibu-ibu..
1 Comments:
Write CommentsAah, saya pun ada tengok jugak malam tadi.
ReplySejak bbrpa minggu lepas sy terus follow semanis kurma, macam2 isu kita boleh tahu & belajar.