KELEBIHAN/KEBAIKAN BB PLUS COLLAGEN
Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit
Kolagen membentuk 70%
daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit,
tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen
membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan
kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk
mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada
pinggul, sendi dan lutut.
Faktor
penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas
dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen.
Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses
penuaan kulit.
Mengapa memilih BB Plus?
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan
yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2,
yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama
seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan
menyebabkan kolagen ikan mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang
cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen
manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting
untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan
rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan
teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan
yang lebih baik.
Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk
memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis
menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.
Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi
anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV
dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric
proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan
penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen,
melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses
sintesis
Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.
Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber
Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk
membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and
osteoarthritis.
KEBERKESANAN :