ANGKARA HARGA GULA NAIK !!!
Assalamualaikum. Ini kisah encik Tunang dan Cik tunang. Jom baca..
Suatu hari, encik tunang menelefon cik tunangnya.
Encik Tunang: "Saya nak beritahu awak berita penting."
Cik Tunang: "Apa dia, cepat sikit saya nak goreng keropok ni."
Encik Tunang: "Sabarlah. Saya harap awak pasrah."
Cik Tunang: "Kenapa ni awak? Awak nak kita putus ke?"
Encik Tunang: "Eh Eh Eh..tidak tidak.."
Cik Tunang: "Habis tu?"
Encik Tunang: "Kita kena tangguh perkahwinan kita ke tahun depan satu lagi."
Cik Tunang: "Kenapa?!!!!"
Encik Tunang: "Harga gula naik. Saya bajet RM5-10 ribu je kenduri
kahwin. Sekarang dah naik, kos majlis kenduri naik sampai RM15 ribu.
Mana saya ada duit on the spot."
Cik Tunang: "Ala, kita bagi
air kosong ais je lah dekat tetamu yang hadir nanti. Tak perlulah air
sirap! Kan boleh kurangkan bajet tu."
Encik Tunang: "Tak kira, saya nak air sirap jugak!"
Cik Tunang: "Air kosong ais je lah!!"
Encik Tunang: "Air sirap selasih ais gak!"
Cik Tunang: "Sudahlah awak. Baik saya nikah dengan orang lain je."
Encik Tunang: "Eh jangan..jangan..okay okay..air kosong ais okay.."
Cik Tunang: "Menu makanan kita semua kita tukar okay. Sebab saya nak nikah tahun ni jugak!"
Encik Tunang: "Awak nak menu apa?"
Cik Tunang: "Ikan tawar sahaja cicah sambal kicap. Kicap jangan beli
cap kipas udang. Mahal tu. Lari bajet. Kicap soya paling murah je okay.
Acar timun semua tu taknak. Barang-barang ada GST semua taknak."
Encik Tunang: "..................." (terdiam sambil berkata dalam hati, "ni dah memang betul2 bajet 2014")
Maka berlangsunglah pernikahan mereka selepas itu pada waktu yang ditentukan dengan penuh bajetnya. Yes, tanpa air sirap.