KISAH LUCU VERSI SABAH.

October 20, 2013 1Komen disiniA+ a-




Ondu : Kau lahir di mana?
Pilit : Bofot (Beaufort) bos.
Ondu : Yalah, bahagian mana?
Pilit : Bahagian mana apa? Satu badan lahir di Bofot.

2 urang (orang) mekanik sedang kasi bagus Bom Masa dlm kereta.

Mekanik 1 : Apa ko buat kalau tu bom meletup masa ko sedang kasi (bagi) bagus?
Mekanik 2 : Apa susah,saya ada satu lagi bah bom spare.

Ondu : Apa nama kereta ko?
Pilit : Alaa.. sa (saya) lupa ..tapi yg sa (saya) ingat dia start dari "T"
Ondu : Eeh, pelik juga.. yg sia (saya) tau semua kereta start dari petrol.

Ondu dapat kerja baru, jadi kerani taip-menaip.
Boss dia sangat gumbira sebab c Ondu kerja dari pagi smpai ptg nda (tak) berehat di depan komputer.
Boss : Apa yg ko buat dari pagi sampai petang?
Ondu : Itu huruf di keyboard inda (tak) tersusun,jadi sia (saya) susun lah.

Penjaga muzium Sabah : Oiii!!! Tu barang yg baru kau kasi pecah tu 500 tahun punya bahan.
Pilit : oohh,nasib baik! Sia (saya) sangka ini baru kena beli.

Waktu kemalangan , C Ondu nangis2 Huhu,Putus tangan sia (saya)!
Pilit : Lilek (relax) kau! Ko (kau) tingu (tengok/lihat) tuuna (itu) di sana, dia hilang kepala nda (tidak) pun dia nangis.

Masa temuduga engineer ,
Penemuduga : kasitau (Beritahu) sia (saya) mcm mana Motor Elektrik Bergerak?
Pilit : Bruuummmmmm..BrummmmmmBrummmmmmmmmmm!!!
Penemuduga : Berhenti!
Pilit : Brummmmmm..bum..bum..bumbum..berhenti suda.

Pelancong : Itu tengkorak siapa?
Pemandu pelancong :Itu raja dulu2 masa dia tua.
Pelancong : Yang tengkorak kici (kecil) d sebelah tu?
Pemandu pelancong : Ohh.. itu yg time dia kici2 (kecil2).

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.

1 Comments:

Write Comments
Ezelovesse7en
AUTHOR
October 21, 2013 at 5:37 PM delete

hahaha... lawak ba bahasanya tu

Reply
avatar