Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

ISTERI APEX, LEUNIEY SELAMAT MELAHIRKAN...


Isteri kepada penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 2.55 petang semalam.
 
Pasangan ini mengesahkan kelahiran bayi sulung mereka menerusi laman sosial Instagram masing-masing.

Bayi yang lahir seberat 2.75 kilogram itu kelihatan sihat menerusi gambar yang dimuat naik ke dalam Instagram milik mereka.

Selain foto, mereka masing-masing turut melahirkan rasa syukur dengan kelahiran puteri sulung mereka di dalam laman sosial tersebut.

hehe, saya memang ada tengok adik kepada Leuniey natasha update gambar baby kat ig dia, then masa tu terus search insta Leuniey and memang betul Leuniey telah selamat melahirkan. Alhamdulillah for her and family.
 
Pasangan ini telah bernikah pada 28 Disember 2012.

BERKAHWIN: SLEEQ TAK TAKUT JATUH SAHAM


Tidak sabar menanti tibanya hari mereka bakal disatukan, anggota kumpulan Sleeq baik Ahmad Syarif (Syarif) mahupun Alif Abdullah (Alyph), tenyata  tidak gentar jika status sebagai suami bakal menggugat populariti mereka.

Sleeq berkata, soal populariti akan jatuh sememangnya tidak akan timbul selagi adanya peminat yang sentiasa  menyokong perjalanan seni mereka.
Malah mereka berpendapat, dengan cara memperkenalkan bakal isteri mereka secara terbuka di laman sosial seperti Instagram, mungkin  akan membuatkan peminat lebih ingin mengenali wanita yang telah berjaya mencuri hati mereka itu.

“Saya langsung tak takut sekiranya dengan mengambil keputusan berkahwin maka populariti saya akan jatuh, kerana bagi saya membina rumah tangga adalah satu perkara yang sangat baik dan sebagai artis kami akan sentiasa menjadi milik peminat.

“Bidang nyanyian adalah kerjaya utama kami dan profesyen kami adalah dengan membuat muzik. Perkahwinan bermaksud mulalah kehidupan baru kami. Tugas kami untuk menyediakan tempat teduh dah nafkah kepada isteri kami nanti. Apa yang pasti, tak sabar rasanya untuk kami merasai pengalaman berumahtangga,” kata Syarif.
Sementara itu Alyph mencadangkan, cara paling baik bagi memastikan peminat sentiasa bersama Sleeq ialah dengan berkongsi serba sedikit tentang bakal isteri dengan peminat menerusi laman sosial sedia ada milik mereka.

“Selama ini orang tidak kenal siapa bakal isteri kami. Jadi mungkin selepas berkahwin nanti kami akan bersikap lebih terbuka dengan berkongsikan gambar-gambar menarik saya dan isteri di Instagram, biar peminat dapat mengenali mereka dengan lebih rapat.
“Malah kami tak kisah, jika selepas berkahwin nanti  akan mendedahkan isteri kami dalam kerjaya yang telah banyak memperkenalkan kami dalam industri hiburan di Malaysia. Apa salahnya,”katanya yang akan membawa bakal isteri tinggal di Malaysia selepas berumah tangga nanti.

Dalam usia mereka yang mencecah 25 tahun, Syarif dan Alyph telah mengambil keputusan untuk meninggalkan zaman bujang pada tahun ini dengan pilihan hati masing-masing yang kedua-duanya berasal dari kota Singa.

Syarif akan menamatkan zaman bujangnya bersama tunangannya yang seusia dengannya iaitu Syarifah Malak Aimana pada penghujung  tahun ini.
Manakala Alyph pula bakal mendirikan rumah tangga dengan Azzah Fariha Samad,27 pada September depan.

Memilih Singapura sebagai lokasi perkahwinan mereka, Sleeq berkata sebuah majlis suai kenal bersama isteri mereka itu nanti bagaimanapun akan dibuat di ibu negara bagi menghormati pihak media dan peminat mereka dinegara ini.
“Kami tahu, Sleeq lebih dikenali di Malaysia, tetapi ini adalah permintaan keluarga kedua-dua belah pihak. Tambahan pula kebanyakan pihak keluarga dan teman kami datang dari Singapura dan juga Johor. Jadi lebih baik majlis diadakan di Singapura saja.

“Segala persiapan sedang berjalan dan kami menggunakan segalakhidmat perkahwinan seperti pelamin, catering, dekorasi, pakaian semuanya dari Singapura saja.  Mungkin ada beberapa keperluan seperti fotografi atau videografi akan kami import dari Malaysia,” kata Syarif.

Sementara itu bagi menjadikan perkahwinan mereka itu tampak cukup istimewa, sebuah lagu baru berjudul Satu telah diilhamkan oleh dua anak muda itu yang ditujukan khas buat bakal isteri masing-masing.


SUMBER 

*pfftt.. sweetnya both of them.. kannn~ semoga terus maju jaya dan berbahagia dunya wal akhirah sleeq.

YUSRY PUJUK LISA SURIHANI MENYANYI....


Pelakon, Lisa Surihani mendedahkan sebenarnya dia bersetuju untuk menyanyi dalam lagu duet bersama suaminya, Yusry Abdul Halim setelah dipujuk berbulan-bulan oleh suaminya.
Lisa Surihani berkata dia tidak pernah terfikir untuk merakamkan lagu kerana selama ini hanya menyanyi secara suka-suka ,namun demi suami tercinta Lisa akhirnya bersetuju.

“Sebenarnya Yusry berusaha sedaya upaya memujuk saya untuk meramkamkan lagu bersama. Malah berbulan-bulan juga dia pujuk saya.
“Macam-macam cara dia buat untuk pujuk saya termasuk menyuruh ibunya iaitu ibu mertua saya sendiri meminta saya untuk menyanyi.

“Terus-terang saya tidak yakin untuk menyanyi kerana tak tahu dan tak bersedia untuk menerima pendapat orang mengenai suara dan nyanyian saya.
“Namun saya lakukannya juga demi Yusry, kerana dia kata sekurang-kurangnya kami ada love song bersama yang kenangannya boleh bawa kehari tua kami,” katanya kepada murai.com.my
Kini lagu duet mereka yang berjudul Kekasih Abadi itu sudah pun keudara di corong-corong radio Melayu tempatan termasuk EraFM dan HotFM.

Bagi melengkapkan lagi lagu cinta itu Lisa memberitahu, suaminya kini dalam perancangan untuk merakamkan muzik video untuk mereka berdua pula tidak lama lagi.
“Sebelum rakam lagu lagi, Yusry dah berangan dan merancang hendak kami rakamkan muzik videonya pula. Semua idea saya serahkan pada Yusry saya hanya ikut sahaja.

“Namun, saya cakap terus-terang, saya dan Yusry tak mungkin akan menyanyikan lagu ini dalam mana-mana persembahan. Cukuplah hanya rakamkan lagu sahaja kerana saya memang sangat gementar bila disuruh menyanyi depan orang ramai,” jelasnya lagi,

Lisa yang kini sedang menjalani penggambaran filem Cicakman 3 bakal muncul dalam filem Dendam Orang Mati pada April akan datang.


SUMBER


GERAK KHAS MUSIM BARU...


Musim baru drama bersiri Gerak Khas akan menampilkan kelainan dengan mempersembahkan idea serta konsep yang lebih segar dan sesuai dengan peredaran isu semasa.

Itulah yang dijanjikan oleh Datuk Yusof Haslam sewaktu pelancaran siri baru itu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, baru-baru ini.
“Sudah 12 tahun Gerak Khas bersiaran, jadi untuk musim terbaru ini kita mahu jadikan drama bersiri ini lebih realistik dan menepati selera peminat drama tanah air,” katanya.

Tambah Pengarah Urusan Skop Production itu lagi, untuk memberikan nafas baru kepada Gerak Khas, beberapa watak baru atau penampilan istimewa turut ditampilkan, di samping mengekalkan tunggak utama.
“Watak utama seperti Senior Asisten Komisioner Datuk Helmi lakonan saya sendiri, Deputi Superintendan Kumar (C Kumaresan), Asisten Superintendan Salina ( Salina Saibi) dan pelakon kacak Norman Hakim yang memegang watak Superintendan Haris masih kekal.
“Cuma kita tambah beberapa teraju baru seperti Afiq Muiz, Nizen Ayob, Shanorbiah Shamsir Alam, Zabri Ibrahim dan Mas Hidzir Khan,” katanya.

Menurut beliau lagi, untuk musim terbaru ini drama arahan Faizal Yusof, C Kumaresan dan Syafiq Yusof ini turut menggunakan teknologi imej janaan komputer (CGI) serta penambahbaikan teknik edit ‘fast cut’.
“Walaupun teknologi CGI drama tidak mampu untuk menandingi teknik CGI filem, namun ia mampu memberi kepuasan kepada penonton setia drama ini. Perkembangan teknologi sedia ada turut membantu menambah baik drama Gerak Khas ini.

“Selain itu kami memahami selera peminat drama tanahair berikutan sambutan hangat dalam beberapa episod Drama Gerak Khas sebelum ini antaranya kisah ajaran sesat dan jenayah siber,” katanya ketika sidang media selepas pelancaran drama bersiri itu oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, antara episod yang bakal dsiarkan dalam Gerak Khas musim baharu ini adalah ‘Ops Gempur’ yang memaparkan usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjuang habis-habisan dalam menangani jenayah.

“Kisah yang dipaparkan ini merangkumi semua kaum bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat,”tambahnya lagi.
Gerak Khas lahir daripada garapan idea yang positif dalam menghasilkan sebuah drama bersiri kehidupan anggota polis dan katanya, iInilah satu-satunya drama bersiri tempatan yang memaparkan aksi anggota polis dalam menangani masalah jenayah.

Gerak Khas telah memulakan siaran musim pertamanya pada tahun 1999 hingga 2011. Pada waktu itu drama berkenaan telah mendapat rating tertinggi selama tiga tahun berturut-turut di dalam carta nombor satu seluruh stesen televisyen.
Gerak Khas musim baharu ini turut mempersembahkan usaha anggota polis dalam membanteras pelbagai kes jenayah antaranya kes jenayah berprofil tinggi, kongsi gelap, pendatang asing dan jenayah siber.

Selain itu, musim baru kali ini turut mempaparkan beberapa anggota unit Gerak Khas yang menjadi sasaran golongan penjenayah yang adakalanya mengakibatkan kecederaan dan kematian anggotanya.
Gerak Khas musim baharu kekal bersiaran di RTM TV2 bermula 14 Februari ini. jam 9 malam.


sumber

SHILA AMZAH MAHU TAWAN NEGARA APA PULA LEPAS NI...



Selepas berjaya mengembangkan karier seni muziknya di China, penyanyi tersohor, Shila Amzah akui merancang untuk menawan industri muzik di Korea Selatan pula.
 
Namun, Shila berkata itu hanya perancangan awal dan dia kini dalam persedian menguasai serba sedikit bahasa Korea.
"Sebenarnya dah lama saya simpan untuk untuk ke Korea tapi tak tahu lagi bila masanya itu. Yelah muzik K-Pop kini mengembang luas hampir ke serata dunia termasuk Malaysia, jadi apa salahnya saya mencuba nasib di sana pula.
"Namun saya tahu bukan mudah. Buat masa ini biarlah saya buat persiapan sebelum ke sana iaitu pertama sekali perlu belajar bahasanya dulu.

"Tapi apa-apa pun, biarlah perjuangan saya di China selesai dahulu," katanya kepada murai.com.my ketika dalam satu sidang media yang diadakan oleh pihak Warner Music Malaysia baru-baru ini.
Sementara itu, Shila turut berkongsi tidak lama lagi sebuah konsert solo impiannya bakal direalisasikan.

"Alhamdulillah, akhirnya impian saya beraksi di pentas konsert besar bakal menjadi kenyataan dan berharap sambutan akan mencapai tahap kami sasarkan.

"Lebih menggembirakan saya apabila saya mendapat penajaan penuh daripada syarikat koporat. Konsert ini dijangkakan akan memuatkan ramai penonton dalam skala yang besar iaitu dalam tiga hingga lima ribu.
"Bagaimanapun, saya tidak boleh dedahkan lagi lokasi dan bila. Apa yang boleh saya beritahu ia akan berlangsung pada April ini. Apa-apa pun sebuah sidang media akan diadakan nanti,"jelasnya lagi.

Shila bersama tiga artis lain iaiti Azlan & The Typewriter serta dua band lain akab mewakili Malaysia ke Festival Muzik Cannes, Perancis pada 1 hingga 4 Ferbruari ini.

ALIF SATAR MERISIK...

Alif Satar, 24, telah selamat menghantar tanda ataupun merisik kepada kekasihnya, iaitu Sha Dila Halid pada 14 Januari lalu. Majlis merisik itu hanya diadakan secara kecil-kecilan yang hanya melibatkan pihak keluarga kedua-dua belah pihak dan Alif sendiri jugak tidak menhadirkan diri dalam masjlis itu. 

Alif juga ada berkongsi gambar merisik yang diadakan di kediaman orang tua Sha Dila, di Rembau Negeri Sembilan. Jom tengok gambar dibawah ni. hihi



Difahamkan, mereka ni telah bercinta selama 4 tahun. perghh ! Lama jugak tu kan. Dan Sha Dila juga lebih berusia daripada Alif Satar. Mereka berdua merancang untuk mendirikan rumah tangga pada September ini sempena bulan kelahiran mereka berdua. 

Baguslah tu. Didoakan semoga berbahagia dunia hingga syurga. hehehe