GERAK KHAS MUSIM BARU...
Musim baru drama bersiri Gerak Khas akan menampilkan kelainan dengan mempersembahkan idea serta konsep yang lebih segar dan sesuai dengan peredaran isu semasa.
Itulah yang dijanjikan oleh Datuk Yusof Haslam sewaktu pelancaran siri baru itu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, baru-baru ini.
“Sudah 12 tahun Gerak Khas bersiaran, jadi untuk musim terbaru ini kita mahu jadikan drama bersiri ini lebih realistik dan menepati selera peminat drama tanah air,” katanya.
Tambah Pengarah Urusan Skop Production itu lagi, untuk memberikan nafas baru kepada Gerak Khas, beberapa watak baru atau penampilan istimewa turut ditampilkan, di samping mengekalkan tunggak utama.
“Watak utama seperti Senior Asisten Komisioner Datuk Helmi lakonan saya sendiri, Deputi Superintendan Kumar (C Kumaresan), Asisten Superintendan Salina ( Salina Saibi) dan pelakon kacak Norman Hakim yang memegang watak Superintendan Haris masih kekal.
“Cuma kita tambah beberapa teraju baru seperti Afiq Muiz, Nizen Ayob, Shanorbiah Shamsir Alam, Zabri Ibrahim dan Mas Hidzir Khan,” katanya.
Menurut beliau lagi, untuk musim terbaru ini drama arahan Faizal Yusof, C Kumaresan dan Syafiq Yusof ini turut menggunakan teknologi imej janaan komputer (CGI) serta penambahbaikan teknik edit ‘fast cut’.
“Walaupun teknologi CGI drama tidak mampu untuk menandingi teknik CGI filem, namun ia mampu memberi kepuasan kepada penonton setia drama ini. Perkembangan teknologi sedia ada turut membantu menambah baik drama Gerak Khas ini.
“Selain itu kami memahami selera peminat drama tanahair berikutan sambutan hangat dalam beberapa episod Drama Gerak Khas sebelum ini antaranya kisah ajaran sesat dan jenayah siber,” katanya ketika sidang media selepas pelancaran drama bersiri itu oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, antara episod yang bakal dsiarkan dalam Gerak Khas musim baharu ini adalah ‘Ops Gempur’ yang memaparkan usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjuang habis-habisan dalam menangani jenayah.
“Kisah yang dipaparkan ini merangkumi semua kaum bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat,”tambahnya lagi.
Gerak Khas lahir daripada garapan idea yang positif dalam menghasilkan sebuah drama bersiri kehidupan anggota polis dan katanya, iInilah satu-satunya drama bersiri tempatan yang memaparkan aksi anggota polis dalam menangani masalah jenayah.
Gerak Khas telah memulakan siaran musim pertamanya pada tahun 1999 hingga 2011. Pada waktu itu drama berkenaan telah mendapat rating tertinggi selama tiga tahun berturut-turut di dalam carta nombor satu seluruh stesen televisyen.
Gerak Khas musim baharu ini turut mempersembahkan usaha anggota polis dalam membanteras pelbagai kes jenayah antaranya kes jenayah berprofil tinggi, kongsi gelap, pendatang asing dan jenayah siber.
Selain itu, musim baru kali ini turut mempaparkan beberapa anggota unit Gerak Khas yang menjadi sasaran golongan penjenayah yang adakalanya mengakibatkan kecederaan dan kematian anggotanya.
Gerak Khas musim baharu kekal bersiaran di RTM TV2 bermula 14 Februari ini. jam 9 malam.
sumber
2 Comments
Write CommentsDrama paling legend kat Malaysia.. Haha. Time sekolah rendah dulu, x miss mesti layan drama nie satu family... :)
Replyhehe da lame xtgk
Reply