SAYA PERLUKAN PENDAPAT & KOMEN ANDA...

January 24, 2014 1Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum.. Cuaca semakin sejuk lah korang.. Cuaca kesejukan pagi ni tak seperti hari-hari kelmarin dan sebelumnya. Memang sejuk yang teramat. Mungkin suhu hari ini menurun kot tu yang sejuk.

Okay lah taknak cakap panjang sangat tentang suhu tu. Saya sebenarnya nak mintak tolong dengan kawan-kawan blogger yang baik hati untuk tolong komen article saya ni kat sini ----> ZIP BORNEO DI SABAH . Artikel tu khas untuk tempat-tempat menarik di Malaysia, so saya pun share lah antara tempat menarik di Sabah kerana saya merupakan blogger Sabah di Bawah Bayu.

Ramai jugak antara blogger di Malaysia ni yang selalu dan sudah pernah berkunjung ke Sabah tetapi belum pernah ke Zipline Borneo yang mungkin juga merupakan zipline terpanjang di Borneo. Memang best lah. Rugi lah kalau datang Sabah tapi tak pergi tempat ini.

Bagi yang merancang nak melancong ke Sabah nanti, saya sarankan anda pergi lah ke tempat yang tersebut untuk mencuba sendiri keseronokannya. Selain Kundasang, tempat ini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari luar negara. Tapi saya nak lebih memperkenalkan Sabah kepada rakyat dan pelancong dari dalam negara. hehehee.

So, diharapkan kawan-kawan bloggers boleh lah tolong berikan komen dan like entry khas tersebut ya.. Bantuan anda sangat dihargai.. Kalau yang sudi nak share di fan page ataupun facebook ataupun blog korang, sila kan lah ya.. Saya sangat menghargai itu.. In sha Allah apa yang boleh diberi penambahbaikan, akan di pertingkatkan demi kebaikan semua pengunjung..

Terima Kasih.. 

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.

1 Comments:

Write Comments
Fatin Diana
AUTHOR
January 26, 2014 at 12:21 PM delete

haa kejap lagi FD komen. macam menarik je :D

Reply
avatar