Showing posts with label outward bound sabah. Show all posts
Showing posts with label outward bound sabah. Show all posts

OUTDOOR EDUCATION CENTRE DI KINARUT SABAH !!

Assalamualaikum. selamat kepagian korang. selamat bercuti. 

Hari ni I get confused kerja or cuti. muahaha. datang ofis awal pagi. tak tau nak buat apa. so here I share about my work place, Outward Bound Sabah, Kinarut.

Outward Bound Sabah atau lebih dikenali sebagai OBS ni adalah adalah Outdoor Education. Lebih senang faham, pembelajaran diluar kelas. 

saya bagi contoh yang mudah untuk kamu faham, macam ni..

Kalau di sekolah, anak-anak ataupun adik-adik kita akan belajar didalam kelas. isnt it? Bila dalam kelas, most of the students akan boring dan mengantuk. sebab kenapa? salah satu sebabnya adalah penjelasan yang terlalu panjang lebar dan serius. Students kurang pengalaman luar. But still, pembelajaran dalam kelas masih penting. Cuma, kita juga perlu mendedahkan diri sendiri, adik-adik ataupun anak-anak dengan keadaan diluar.

Di OBS, pembelajaran adalah berasaskan luar bilik darjah. which is kamu dapat belajar sesuatu melalui pengalaman (learning through experience) dengan konsep 'learning by doing' . 


OBS jugak conducts Educational Training Programmes untuk membantu pelajar / peserta terutamanya, untuk diroang mengenal potensi diri diorang, apa kebolehan dan bakat yang diorang ada dan belajar mengenali atau alert dengan sekeliling.

Aktiviti di OBS bukan sahaja sesuai kepada pelajar, tetapi juga sesuai kepada orang dewasa. Banyak sudah orang yang berumur 60-an &70-an datang OBS untuk buat aktiviti teambuilding.

Memang sesuai untuk masyarakat luar. So kalau ada company kamu yang mau buat teambuilding, boleh pilih OBS sebagai salah 1 option utama. OBS juga menerima pelancong negara luar untuk buat aktiviti outdoor disini. Sebagai contoh, dari Singapore &China. Mereka memang kerap kali datang obs buat aktiviti outdoor sampai 10 hari hingga ke 20 hari pun ada.
"There is more in you if only you can be taught to realize this" - Kurt Hahn 
Dont worry, instructors disini mempunyai skills yang sudah terlatih. 

ni lah contoh dia, jurulatih juga akan ada training yang telah disusun khas untuk mereka menguasai skills tersebut sepenuhnya.

Okay ada yang tanya activities di OBS ni apa ja yang ada? hmmm jawapannya banyak. ikut berapa lama kamu punya kursus. lagi lama lagi lah kamu dapat merasa semua. ya ya ya.

Kalau ambil kursus 2d 1n then mau minta semua aktiviti, hmmmm sorry to sorry. Tidak sempat tu. hehe.

Antara aktivit yang ada disini, adalah sailing, Ropes Course, Camping dan lain-lain. kalau camping di obs, jangan minta kena sediakan sleeping bag ya. kamu kena bawa sendiri. di OBS back to basic. jangan mau minta sediakan kipas dan aircond. cubit kamu nanti.

Saya pernah menjadi salah seorang peserta yang mengikuti program Belia disini selama 14 hari. Antara aktiviti yang saya sempat buat adalah City Challenge di KK.

Ni city challenges yang kami buat. 1 team ada 10 orang. dan kami diberikan beberapa tugasan untuk kami selesaikan. Tugasan tersebut ada disekitar KK. masa diberikan. sangat enjoy!

santai babe! haha

Banyak gambar yang sudah terpadam dalam posting ni. Aktiviti Kayaking boleh rujuk di link ini saya dapat dari peserta yang juga pernah hadir buat aktiviti di OBS. Aktiviti Kayak ke Pulau

Antara barisan instructors yang bertugas. *update 2018, ramai instructors yang sudah tidak bertugas di OBS*. Saya pernah upload cerita pengalaman saya semasa saya jadi peserta di OBS last year.. cerita ada disini --> KEM KEPIMPINAN BELIA PART 1 dan KEM KEPIMPINAN BELIA PART 2. Baca lah manatau ada tips-tips yang kamu boleh gunakan haha. 



Kalau mahu tahu lebih lanjut, boleh ja hubungi bahagian marketing OBS. -->  0138507220 admin. . Info semua dia boleh bagi.






Sekian sharing dari saya. assalamualaikum.


TEMPAT TRAVEL MENCABAR !!!


PENGALAMAN BARU DISINI...

Assalamualaikum. Ni dah nak masuk tengah hari dah ni. Dah jarang sangat saya nak update entry blog sejak kebelakangan ni. Nak hadap blog macam sebelum ni pun dah jarang, so apakan lagi kalau nak hapdet entry kat blog kesayangan ni hahaha.

Hari ni just nak menaip tentang pengalaman bekerja saya disini. Disini tu merujuk kepada tempat baru saya bekerja iaitu Outward Bound Sabah. Mungkin ramai lagi yang tak tahu menahu tntang Outward Bound Sabah (OBS) Kinarut ni kan. Its okay. Kamu boleh ja klik link tu dan baca serba sedikit info tentang tempat saya bekerja ni. 

Saya pasti tidak rugi anda search tentang OBS ni.


Logo OBS
Kenapa saya memilih untuk datang interview kerja disini? Antara sebab-sebabnya adalah saya menyukai persekitaran OBS yang jauh dari bunyi bising dan kesesakan lalu lintas. 

Selain tu, ia memang datang dari hati dan minat saya sendiri. Tapi saya tangguhkan niat untuk hantar resume melalui email OBS sebab merasa kurang yakin akan dapat bekerja disini. huhu. 

Tapi one of my friend, Jerry yang paksa-paksa saya mencuba. haha. So dengan keadaan sakit gigi, ku gagahkan jugak diri ni berjalan pergi penampang (donggongon) untuk cari cyber. Bila jumpa cyber, saya pun tidak buang masa buka gmailuntuk sent my resume.

Bla bla bla.. saya pendekkan cerita.

Saya dapat panggilan pergi interview. Dan saya melalui 3 peringkat interview. Macam mau pingsan ketakutan. Part paling saya benci adalah disuruh menyanyi ! ahahah. seumur hidup ni belum ada lagi sejarah saya nyanyi depan orang lain even my friend pun nda pernah dgr saya nyanyi. So saya rasa mau pengsan sebab tdk tau mau nyanyi lagu apa :P..

Tapi Alhamulillah. saya just do it. Saya try jugak walaupun saya datang tanpa harapan yang besar untuk diterima bekerja disini tapi tu bukan alasan untuk saya langsung tidak mencuba.

Saya memang set awal-awal. Rezeki tidak kemana. Yang pasti never ever give up before try.

Syukurlah saya diterima dan saya sudah bekerja disini seminggu. Setakat ni saya masih dalam proses belajar. Yes untuk permulaan memang akan ada blur hampir 360 darjah. Malu-malu. Everything pun rasa susah and rasa "aku mampu buat ka tidak ni" , "arghh! takutnya!" , "kalau salah buat macam mana lah ni."

Perasaan tu semua memang wujud dalam hati. Tidak saya nafikan. Lebih-lebih lagi bila saya masuk ja bekerja disini terus ada group Thalassemia yang datang kesini untuk Adventure Camp 3 hari 2 malam. So lagilah nervous and macam-macam perasaan sudah bercampur. haha.

Walaupun dalam keadaan tanda tanya "saya dapat step out from my comfort zone dan buat kerja ni atau tidak", Alhamdulillah syukur saya dapat jugak belajar buat. Thanks to senior instructor, Jat sebab banyak tunjuk ajar and sharing ilmu.

And saya juga berpeluang tunjuk dengan beberapa participant tentang pemasangan full body harness masa saya join senior instructor, Sukardi buat aktiviti Giant's Ladder.


Ni lah contoh full body harness tu. Gambar ni dari google
And saya belajar jugak buat jenis-jenis ikatan daripada Pika and Brian and also senior Instructor, Ira.

Diorang memang syok lah sebab banyak ajar saya benda baru even ada masa saya susah mau tangkap tu ikatan tapi lepas buat balik-balik okay sudah. hahaha. Lepas ni saya mau praktiskan ikatan-ikatan tu sebab benda tu penting.

Tu ja lah untuk masa ni. Nanti ada masa saya share lagi banyak. Sorry sebab tidak banyak gambar. haha. ni guna computer office untuk hapdet entry. bye


TEMPAT TRAVEL MENCABAR !!!