SUNNAH RASULULLAH S.A.W KETIKA MINUM.

January 10, 2014 0Komen disiniA+ a-


 1- Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana Syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum. (Khasail Nabawi) 

 2- Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. (Tirmizi) 

 3- Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutan. (Bukhari) 

 4- Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya. (Abu Daud) 

 5- Duduk dan minum, Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri. (Zaadul Maad)

 6- Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam. (Tirmizi) 

 7- Rendamkan kurma atau anggur di dalam air pada malam hari dan minum larutan ini pada waktu pagi. Walaubagaimanapun,jika kerana terlalu panas ia menjadi tuak, adalah haram untuk minumnya. 

 8- Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan & minum. (Tirmizi) 

 9- Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol dan lain-lain. tetapi satu gelas atau mangkuk kecil. (Abu Daud) 

 10- Jangan minum daripada bekas cawan yang sumpik atau pecah. (Abu Daud) 

 11- Nabi SAW telah melarang penggunaan bekas masak, makan dan minum diperbuat dari emas dan perak. (Bukhari & Muslim) kredit :Sunnah Rasulullah s.a.w "Ya Rasulullah , kami mencintai mu".

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.