EXCIDENT LAGI...
Assalamualaikum. Selamat petang warga bloggers.. Entry kali ni saya nak menceritakan tentang kejadian semalam dimana sekali lagi kami terlibat dengan kemalangan. Memang teruk jugak lah bahagian hadapan kereta remuk..yang ni sumber dari google sahaja |
Dan kami di saman RM200 sebab langgar besi tu. huhu. Dan now kereta dah masuk bengkel. Alhamdulillah nasiblah ada insuran kereta tapi lupa dah apa nama insuran apa yang kitorang ambil. Bulan 12 tahun lalu pun baru ja kemalangan. nak baca entry tersebut, ada disini --> kemalangan melibatkan kereta dan motor..
Yang pasti, saya tak nak mengeluh bila kejadian macam ni menimpa keluarga sebab saya tahu, Allah dah rancang semua ni. Semalam memang agak kencang jugak degupan jantung ni, tapi Alhamdulillah, saya cuba tenangkan diri sendiri dengan istighfar dan mengucap serta yakinkan diri bahawa setiap qada' dan qadar dari NYA itu tidak lain tidak bukan untuk mendidik, mengajar serta menyedarkan hamba-hambaNya yang sering kali lupa dan lalai.
So, berhati-hati dijalan raya. sebelum melangkahkan kaki kluar umah, pastikan membaca doa keluar rumah dan naik kenderaan pun wajib baca doa tau.. Kita ingat DIA, DIA akan ingat kita..
4 Comments
Write CommentsAlhamdulillah, tak berlaku kemalangan jiwa. Alhamdulillah juga Allah masih beri kita kesempatan untuk bernafas :)
ReplyHati2 ye :)
kete tu xpe yg penting alhamdulillah fify selamat...
ReplyAlhamdulillah.. sama2 bhtai-hati.. :D
ReplyYaAllah....ngeri klu dgr bab2 xcident ni..Alhamdulillah fify skluarga slmt..
Reply