SIAPA PUN ANDA , TOLONG JUJUR !!
Assalamualaikum. Selamat petang. sorry mood exam tengah mai minggu ni so agak stress jugak lah. Ini pun sempat nak menghadap blog ni kejap sebab nak rehatkan minda seketika sambil-sambil nak tahu jugak perkembangan terbaru rakan-rakan bloggers. Memang soalan exam tak semudah yang disangka. Ini adalah final exam saya dan of course kena betul-betul fokus. Esok jam 10 am ada paper lagi. Hopefully dapat jawab lah. huhu. Asyik hadap notes yang tebal-tebal ja, memang agak sakit kepala jugak lah. haha.Sebenarnya tadi ada terbaca ayat dari seorang blogger yang dia takut nak terima sponser dari orang yang dia tak kenal sebabnya ? sebab dia takut orang tu tak bertanggungjawab. Yeah memang ada betulnya jugak benda tu. Kalau rasa tak mampu sponsor tak payah lah nak sponsor kan. Atau pun sponsor apa yang kita mampu ja. Tak payah lah nak sponsor cash money RM50, 100, 30, dan yang lebih banyak dari itu. Kalau topup RM5 pun kita tak mampu nak beli, apa kan lagi sponsor orang lain dengan benda atau duit yang lebih mahal. So berfikir lah sebelum bertindak.
Kalau nak cakap besar nak sponser benda mahal semata-mata nak naikkan pageviews, naikkan earning iklan anda, dan tingkatkan follower blog anda, bagus tak payah lah !! Tapi bila pemenang dah diumumkan, dan sponser pulak dicari tapi tiba-tiba menyepikan diri, tidak kah itu menyakitkan hati orang lain. Saya tak pernah lagi kena tipu oleh mana mana sponser sebelum ni, tapi kena janji 0 oleh salah seorang perempuan ni. Dia kata nak mintak order Capsul Fellina tu dan at the same time saya pergi bercuti kat Melaka and saya belikan lah untuk dia. Disebabkan barangan disana lebih murah berbanding di Sabah, so saya pun sudi lah belikan dia menggunakan duit saya sahaja. Dia janji dan janji lebih dari 10 kali nak bayar capsul Fellina yang dia order dari saya tu tapi sampai pertengahan tahun ni dia tak bayar lagi dan tak ambil lagi capsul tu. Padahal saya pergi bercuti hari tu bulan 1. Kalau korang tengok sendiri harga capsul Fellina tu, bukan lah benda yang murah . Kalau kau banyak duit boleh ja kata benda tu murah and kenyit mata dah dapat beli tapi bagi saya tidak !
And saya ada sponser topup untuk GA dari Nabila tu. Nanti bila pemenang diumumkan, yang dapat hadiah topup sponsor dari saya, silakan hubungi saya di Blog ni atau pun pm saya di fb Fifiyfitrianiee Ramli .
Dan bukan untuk para sponser sahaja ! Untuk para peserta yang join GA, contest ataupun segmen dari mana-mana bloggers, jika anda disuruh follow syarat especially berkaitan tentang click link iklan churpchurp ataupun 8share, sila lakukan dengan jujur ! Ini peringatan untuk diri saya sendiri jugak selaku peserta GA, contest dan segmen dan juga sponser. Saya tengok sendiri lnk churpchurp saya yang saya suruh para peserta click tu, earning hanya meningkat lebih kurang RM2. sahaja.. Jika 1 click dari para peserta bersamaan 20sen, ini bermaksud 10 click dari anda sudah RM2. Tapi peserta yang joined GA tu sudah melebihi 10 orang. So korang boleh fikir sendiri lah kan. Anda sponser atau peserta, jujur itu perlu. Siapa anda, sila jujur dan hormat jika menyertai mana-mana contest dari orang lain walaupun contest itu dari bestfriend anda sendiri ok :) ..
1 Comments:
Write CommentsJom order pashmina dgn harga murah tu..hehe..PM saje saya di FB :) di blog ada cara untuk order..btw..done follow :)
Reply