KUCING SAYA TAK PULANG-PULANG
Assalamualaikum dan Selamat Petang. Emmm sedihnyaa. Kucing peliharaan saya dah tak pulang-pulang umah. huhu. Dah lebih kurang 3 atau 4 hari kot kucing tu tak pulang. Selalu bila dia keluar rumah, dia mesti akan pulang jugak. Tapi tunggu punya tunggu ia tak pulang-pulang pun. Hari tu kucing kaler putih nama ia Kiki pun hilang jugak. Sekali jumpa kat luar gate jiran mati kena makan anjing. huaaaaaa :( .Jahat lah anjing-anjing jiran saya ni. Orang lalu bawak kereta pun dia nak kejar juga. ergghhh !!
Rasanya kucing peliharaan saya yg kaler *macam gambar diatas* tu pun kena makan oleh anjing jiran lah. Nama kucing saya tu saya panggil si hitam ja sebabnya kaler bulu dia lebih kurang warna hitam. hehe. Kalau saya dapat jejak anjing mana yang makan kucing-kucing saya tu, saya akan pastikan anjing tu kena angkut DBKK ja. Ataupun kena suruh tuan dia kurung dalam gate umah. Jangan bagi keluar sebabnya membahayakan nyawa haiwan dan orang lain. huh ~
Sekarang ni saya dah tak ada kucing :(. Sedih bila sediakan makanan untuk dia dan tunggu kepulangannya tapi tak pulang-pulang. huahuahua.