TUTUP AURAT ! PERLU TUNGGU IKHLAS KE?

May 31, 2013 0Komen disiniA+ a-

Indeed, this is for myself and also for everybody.

Assalamualaikum everyone.


Selalu kita dengar, Apabila dinasihatkan supaya tutup aurat dengan baik, pakai tudung dengan elok. Berpakaian dengan elok, Bertutup aurat. Tetapi masih lagi dengan alasan yang biasa2 kita dengar..

“Nak buat apa tutup aurat jika hati belum ikhlas”
“Saya tak mo jadi hipokrit”
“Aku belum dapat hidayah lagi nih”
“nanti2lah.. aku belum dapat seru lagi”

Sebenarnya, Allah SWT dan RasulNya telah mengarahkan semua wanita Islam untuk menutup aurat. awak mengaku awak Islam? Adakah awak mengaku yang awak seorang Islam? Atau awak menganut agama lain? Jika mengaku diri Islam, maka kena ikutlah…

Justeru,
sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, nak rasa hipokrit atau pun tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hati sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban tersebut.

Analogi :
Kita warga Malaysia. Suatu saat kita perlu menetap di Singapore. Alkisah kita di Malaysia, sangat laju bawa kereta, drift la katakan. Sangat tak berhemah. Bila menetap di Singapore, secara automatik kita kena ikut peraturan Singapore. Tak boleh bawak kereta laju dan perlu berhemah. Suka atau tak suka, kamu kena ikut peraturan Singapore. Kalau tak ikut, pihak berkuasa Singapore akan saman. haaaa, tau tak tau tak??

Atas sebab itu, Pemandu yang tadinya “brutal” di Malaysia TERPAKSA berubah bila menetap di Singapore. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa atau paksa rela. Tidak ikhlas atau apa jua sebab luaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah peraturannya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain. Memandu tidak berhemah kalau eksiden, orang lain terlibat sama. Sebab diri sendiri tak berhemah. Maka menyusahkan orang lain sama. Betul tak kawan-kawan? haha.

Sama juga seperti tutup aurat dan bertudung. Itu adalah peraturan dalam agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain.. Mengapakah saya berkata begitu? Kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut. Bukankah itu akan mendatangkan mudarat dan kesusahan kepada orang lain dan diri sendiri? Kan, kan, kan !
 


Maka sebab itu. Hipokrit, terpaksa, belum sampai seru, belum dapat hidayah dan lain-lain  alasan yang tak logik, tidak boleh sama sekali menjadi penghalang untuk mengerjakan semua KEWAJIPAN Agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya. Menutup aurat tu bukan Perintah Imam, bukan Perintah Ustaz, bukan jua perintah orang tua. Tapi Perintah ALLAH, wahai Ukhty. Menutup aurat bukan pernyataan diri kita sudah cukup baik, tapi ia merupakan pernyataan ketaatan kita sebagai hamba Allah kepadaNya dan  peribadi yang menutup aurat sudah berusaha untuk lebih taat kepada ALLAH. *Semoga Istiqamah ye kawan-kawan*.

Sama juga seperti solat membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kita kena buat kerana itu adalah arahan Allah.


p/s : Wake Up fifiy !! performed your duty to Allah.. Doakan saya :)

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.