KITA YANG LEMAH SEBENARNYA !

May 16, 2013 0Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum.. Ketika kita senang, mudah sahaja kita berkata "tidak". Tapi, bila kesusahan itu melanda diri kita, disitu baru kita mahu berkata "tolonglah aku". Bila keperitan itu datang, kita mengeluh pada Tuhan. Bila ketika iman tidak kuat, rasa marah akan datang lalu membenci qada dan qadar dari Tuhan.

Meronta-ronta kita dibuatnya. Segalanya rasa macam nak marah kepada benda yang terjadi sebab kemahuan kita tidak ditunaikan. Pabila orang lain menasihati agar kembali kepada Allah, kita menolaknya bulat-bulat.
Kemudian kita menjadi hampa dan menangis kerana kita tak tahu apa nak buat. Kita mahukan keinginan kita dimakbulkan tetapi kita sendiri enggan bergantung kepada Allah.

INGATLAH ! Allah itu Maha Adil kepada kita semua. Yakinlah bahawa Allah itu sangat menyayangi kita semua ! Dia Tuhan kita kepadaNya kita bergantung, dan kepadaNya jua lah tempat kita kembali kelak. Setiap kesusahan insan pasti ada kesenangan disampingnya. Yakinlah.


Cuba kita fikir sejenak, kalau kita terkena kesusahan sekarang, kita yakin ke pada masa hadapan kita terus dalam kesusahan? Kadang-kadang kita yang lebih BERLAGAK dihadapan Tuhan. Sebaliknya, Allah menyuruh kita supaya terus menerus BERDOA kepadaNya memohon segala hajat kita.

Walau kita menyembunyikan perasaan kita di hadapan orang, tapi Allah tahu apa yang ada dihati kita.
Walau kita menangis bersendirian tanpa orang disisi, tapi Allah sentiasa bersama mu. Tiada siapapun yang mampu tahu keperitan kita di hati selain Allah. Tiada siapapun yang mampu memberikan kasih sayang yang paling sempurna selain Allah.


Bahkan Allah lebih mengerti apa yang hati kita mahukan. Segalanya pasti amat bererti dan bermakna dihati kita jika kita sedar bahawa semua yang kita perolehi sekarang adalah datang dari kasih sayang Allah.



Jika tersa diri diuji, jangan lemah, jangan putus asa, jangan mengeluh sebaliknya bangkitlah ! Bangunlah ! Dan bersyukur lah diatas ujian yang datang menduga iman dan kesabaran kita. Rasulullah SAW bersabda:



Renungkanlah.. kita yang lemah sebenarnya..

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.