BERGOSIP? BAGUS KAH?

January 30, 2014 0Komen disiniA+ a-


Pernahkah anda bergosip tentang seseorang yang anda tidak suka kepada rakan-rakan lain? Dulu, kalau anda bergosip, anda dikategori sebagai seseorang yang suka jaga tepi kain orang lain. Suka sangat bergosip dan tidak tahu mengubah perangai? 

Jangan bimbang, kerana menurut kajian oleh ahli sains, gosip adalah perbuatan yang baik untuk masyarakat kita. Anda mesti tertanya-tanya, betul tak?

Kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli sains tersebut melibatkan 216 lelaki dan wanita yang dibahagi kepada empat kumpulan. Mereka bermain permainan yang memberi setiap orang pilihan tentang kewangan diri sendiri.

Dalam permainan itu, setiap seorang diberi token yang boleh diderma untuk kebaikan kumpulan itu. Namun, sesiapa yand tidak menderma akan mendapat token yang lebih banyak untuk dirinya sendiri. Selepas pusingan pertama permainan tersebut, semua ahli kumpulan diberi masa untuk berbincang dan bergosip sesama sendiri. Apabila mereka ketahui orang yang tidak menderma dalam tabung kumpulan, orang itu akan diabaikan. Lama-kelamaan, tiada sesiapa yang ingin berbaik dengan orang itu. 

Kemudian, orang yang hanya pentingkan dirinya sedar akan kesilapannya dan berubah supaya dia diterima ahli kumpulannya sendiri. Maka, bergosip sebenarnya memberi tekanan kepada orang yang bersalah untuk berubah dan juag mengeratkan hubungan sesama lain.

Sungguhpun bergosip dilihat sebagai sesuatu yang negatif, ia dapat memberi kita pemahaman tentang seseorang dan juga kenali orang secara lebih dekat.

Jadi, apa yang anda telah gosip hari ini?
 
 

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.