Tak Sampai Dua Bulan, Bob Lokman Masuk Hospital Kali Kedua
Walaupun Bob Lokman kini telah meninggalkan dunia hiburan kerana memilih untuk berhijrah, namun dia tetap merupakan antara personaliti yang dikenali ramai dan mempunyai pengaruh yang tersendiri.
Bekas pengacara popular ini dahulunya seringkali tampil
mengacarakan anugerah-anugerah besar seperti Anugerah Industri Muzik (AIM) dan
merupakan penulis lirik bagi lagu popular nyanyian Search iaitu Isabella.
Dalam masa tidak sampai dua bulan, Bob Lokman atau nama
penuhnya Mohd Hakim Lokman telah dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan
melibatkan jantung. Pertama kali dia dimasukkan ke Hospital Taiping pada awal
Disember lalu dan baru-baru ini sekali lagi dia dikatakan ditahan di wad Hospital
Sg Buloh kerana masalah yang sama.
Perkara ini telah dikongsi oleh sahabat Bob Lokman yang kini
pendakwah bebas itu iaitu Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di Facebook miliknya dan
memohon supaya orang ramai mendoakan kesejahteraan buat pendakwah itu.
“Kesempatan setelah ceramah malam maulidurrasul, saat jam
menghampiri tengah malam, bergegas ke Hospital Uitm Sg Buloh, bersama sepupu Yb
Ust Nik Mohammad Abduh dan Ust Dr Riduan Mohd Nor menziarahi Saudara Bob
Lokman, namanya pernah di puncak persada seni suatu ketika dahulu, doakan
kesihatannya, ini kali kedua beliau memasuki hospital ini di CCU, setelah
jantungnya lemah kembali.. saat ini doa kita sekali lagi ditagihkan.
Inilah kelebihan apabila menjadi selebriti atau pernah
menjadi selebriti. Diharapkan dengan doa daripada orang ramai, Bob Lokman akan
kembali sembuh dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.