BERUSAHA MEMBUAT KEBAIKAN WALAUPUN DIRI TIDAK BAIK SEPENUHNYA~

July 17, 2021 0Komen disiniA+ a-


Assalamualaikum.

Saja lah Harini mau share sikit cerita tentang ada orang yang memaki, menghina dan merendahkan aku dihadapan orang lain.

Sumpah! Sikit pun aku tidak membalasnya. Bukan kerana aku baik. Tapi kerana waktu itu, mood aku dalam keadaan baik dan sabar.

Dan aku pendekkan cerita....

Suatu hari, orang yang memaki aku ini tersesat dalam hutan.. Dan dia sudah menghubungi semua kawan-kawannya, bahkan 1 daripada kawannya itu tiada yang boleh membantunya..

Dan ketika itu juga, battery hp nya sudah hampir mati. Senang cakap, lowbat lah.

Setelah meminta bantuan kesemua temannya, tapi tiada seorang pun yang boleh membantunya, dan orang terakhir yang dia cuba hubungi adalah aku.

Dan aku hairan, kenapa orang ini tiba-tiba whatsapp aku. Eh ternyata, dia minta bantuan..

Tidak perlulah aku bagitau bantuan apa. Tapi dia merayu-rayu agar aku membantunya. Kerana dia sudah hampir putus asa.

Aku pun tanpa berfikir panjang..
Ya sudahlah. Aku bantu..
Dan akhirnya dengan bantuan kecil aku itu.. dia pun selamat dan dapat pulang lagi ke pangkuan keluarga nya. 

Hikmah daripada bantuan kecil aku terhadap dia itu..

Dia akhirnya menangis-nangis minta maaf dan dia cakap, "ternyata kau orang baik. Aku terlalu mendengar kan kata-kata orang lain yang bilang kau jahat. Tapi rupanya, sebaliknya. Kau bahkan telah membantu aku di saat tiada 1 pun kenalan ku yang membantu ku. Terima kasih fifiy. Mulai saat ini, aku tidak akan memusuhi kau lagi. Aku boleh mendengar kata orang lain yang mengatakan kau orang jahat. Tapi aku tidak akan percaya dengan semudah itu. Maafkan aku fifiy."

Padahal, aku membantunya itu semampu aku. Tapi ya aku percaya kalau ini jalan Allah. Ini pilihan Allah. Ini ketentuan Allah..
Allah yang bantu. Bukan aku.. Aku hanya perantara.

Aku bantu orang, bukan kerana aku baik. Tapi kerana mereka sedang memerlukan bantuan itu. Dan Alhamdulillah, aku diberi kemampuan sedikit untuk menolong..

Tapi selalu percaya hikmah dibalik ujian. Masha Allah. TQ Allah. Alhamdulillah

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.