DENGAN ORANG LICIK, KITA MESTI LEBIH BIJAK.

September 20, 2021 0Komen disiniA+ a-

Ingatkan dalam drama melayu saja ada cerita macam ni. Rupanya dalam real life pun ada 🤦.

Dalam drama melayu kan ada cerita cinta 3 segi. Cerita perselingkuhan suami isteri. Cerita tiba-tiba anak jadi CEO syarikat papa dia. Cerita tiba-tiba eh terjumpa ex dan cinta bersemi kembali. Cerita gold digger. Eh macam macam lah cerita melayu yang kita tengok dekat tv kan.

Terjumpa pulak kisah begini dalam kehidupan nyata.. Ntah macam mana nak menghadapinya.. pening kepala juga kan?

Kalau terjumpa macam ni punya drama dalam kehidupan nyata, mereka yang sangat licik.. Kita juga harus lebih licik dan bijak daripada orang orang itu..

Berkuli takpe. Jangan batu api. Susah. Rezeki pun tersekat. Hehe.

BERUSAHA MEMBUAT KEBAIKAN WALAUPUN DIRI TIDAK BAIK SEPENUHNYA~

July 17, 2021 0Komen disiniA+ a-


Assalamualaikum.

Saja lah Harini mau share sikit cerita tentang ada orang yang memaki, menghina dan merendahkan aku dihadapan orang lain.

Sumpah! Sikit pun aku tidak membalasnya. Bukan kerana aku baik. Tapi kerana waktu itu, mood aku dalam keadaan baik dan sabar.

Dan aku pendekkan cerita....

Suatu hari, orang yang memaki aku ini tersesat dalam hutan.. Dan dia sudah menghubungi semua kawan-kawannya, bahkan 1 daripada kawannya itu tiada yang boleh membantunya..

Dan ketika itu juga, battery hp nya sudah hampir mati. Senang cakap, lowbat lah.

Setelah meminta bantuan kesemua temannya, tapi tiada seorang pun yang boleh membantunya, dan orang terakhir yang dia cuba hubungi adalah aku.

Dan aku hairan, kenapa orang ini tiba-tiba whatsapp aku. Eh ternyata, dia minta bantuan..

Tidak perlulah aku bagitau bantuan apa. Tapi dia merayu-rayu agar aku membantunya. Kerana dia sudah hampir putus asa.

Aku pun tanpa berfikir panjang..
Ya sudahlah. Aku bantu..
Dan akhirnya dengan bantuan kecil aku itu.. dia pun selamat dan dapat pulang lagi ke pangkuan keluarga nya. 

Hikmah daripada bantuan kecil aku terhadap dia itu..

Dia akhirnya menangis-nangis minta maaf dan dia cakap, "ternyata kau orang baik. Aku terlalu mendengar kan kata-kata orang lain yang bilang kau jahat. Tapi rupanya, sebaliknya. Kau bahkan telah membantu aku di saat tiada 1 pun kenalan ku yang membantu ku. Terima kasih fifiy. Mulai saat ini, aku tidak akan memusuhi kau lagi. Aku boleh mendengar kata orang lain yang mengatakan kau orang jahat. Tapi aku tidak akan percaya dengan semudah itu. Maafkan aku fifiy."

Padahal, aku membantunya itu semampu aku. Tapi ya aku percaya kalau ini jalan Allah. Ini pilihan Allah. Ini ketentuan Allah..
Allah yang bantu. Bukan aku.. Aku hanya perantara.

Aku bantu orang, bukan kerana aku baik. Tapi kerana mereka sedang memerlukan bantuan itu. Dan Alhamdulillah, aku diberi kemampuan sedikit untuk menolong..

Tapi selalu percaya hikmah dibalik ujian. Masha Allah. TQ Allah. Alhamdulillah

KAU DI FITNAH? DIBULI? BACA KISAH INI..

July 13, 2021 0Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Based on the title. Here you go. Brother and sister.

Saya tahu, manusia siapa yang didunia ini yang tidak pernah melalui kejatuhan dan fitnah. Bahkan semulia-mulianya Baginda Rasulullah pun, tetap diuji oleh Allah.

Bahkan ada kisah, ketika Baginda Rasulullah sedang solat, ada kaum Quraisy yang meletakkan najis unta 🐫 di antara bahu Rasulullah SAW.

Siapakah mereka? Mereka adalah Abu Jahal dan kawan-kawannya. Dan yang berdiri dan pergi meletakkan najis unta tersebut pada Rasulullah, adalah Uqbah bin Abu Mu’aith.

Uqbah bin Abu Mu'aith menunggu dan memerhatikan Nabi Muhammad saw yang sedang solat. Bila Baginda sedang sujud dia meletakkan kotoran itu di antara bahu Rasulullah SAW.

Abu Jahal dan kawan-kawannya yang tengok kejadian itu pun ketawa terbahak-bahak sambil saling tunjuk menunjuk antara satu sama lain. Boleh bayangkan tak?

Baginda Rasulullah SAW terus sujud & tidak dapat bangun dari sujudnya, sehinggalah puterinya datang dan membuang kotoran yang terdapat di antara bahu Nabi Muhammad saw. Aku imagine ini pun boleh sedih nangis.

Kemudian, barulah Baginda dapat bangkit dari sujud dan mengangkat kepalanya. Setelah itu, baginda Rasulullah saw berdoa kepada Allah;
” Ya Allah, Hukumlah Orang-orang Quraisy ini!"

Baginda tidak membalas kejahatan kaum tersebut dengan tangannya. Sebaliknya hanya memanjatkan doa kepada Allah setelah solatnya.

Kemudian Nabi Muhammad saw menyebut nama-nama mereka dalam doanya,

"Ya Allah hukumlah Abu Jahal, hukumlah Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah, al-Walid bin Utbah, Umayyah bin Khalaf, Uqbah bin Abu Mu’aith."

Demi yang diriku di tanganNya, aku telah melihat sendiri orang-orang yang disebutkan oleh Nabi Muhammad S.A.W bergelimpangan di lembah Badar. ( Imam al- Bukhari, kitab al-Wuduk ).

Pengajarannya, doa itu adalah senjata.
Ketika kita di fitnah. Diperlakukan secara kejam. Dibuli dan sebagainya. Tapi tidak mampu untuk menjelaskan, tidak mampu untuk melarang. Tidak mampu untuk mencegah. Tidak mampu untuk membela diri. Maka berdoa lah pada Allah.

Allah sebaik baik pelindung. Allah mampu cipta langit dan bumi bahkan seisi alam pun Allah yang cipta. Allah Maha Besar. Maha Tinggi. Maha Agung. Maha Mengetahui.

Tidak mustahil bagi Allah untuk melindungi kita. Menjaga kita. Menolong kita. Bahkan ketika kita mengadu dalam keadaan menangis teresak-esak pun, tidak sesekali Allah merendahkan kita. Allah boleh angkat darjat kita anytime. Anywhere.

Kita solat. Kita baca AL Fatihah. Tahu maksud surah Al-Fatihah? Kalau tidak tahu, boleh start cari tau dan fahamkan. 

Kita solat pun, kita baca bacaan dalam duduk antara dua sujud. Tahu apa maksudnya?

Ya Allah, ampuni aku. Rahmati aku. Cukupkan lah aku. Angkatlah darjatku. Berilah aku rezeki. Berilah petunjuk. Berilah kesihatan. Dan maafkanlah aku.

Nampak macam hek elehhh, yalah tu..
Tapi jangan cuba cuba meragui kekuasaan Allah, walau senakal apa pun kita. Kau yakin dengan kuasa Allah. Hehe. U never know the power of doa untuk u try😄❤️.

Kita dari tanah liat pun boleh jadi manusia. Apatah lagi doa kita.. I go thru these. So i know it.  Lagi sedih? Difitnah? Dibuli? Nobody help u? Nobody back-up u?

Tell Allah. Tell Allah. Tell Allah. Allah knows everything. Jangan malu. Jangan ragu. Ok?




MY DAD SAD BECAUSE OF ME🥺

June 06, 2021 0Komen disiniA+ a-

Mama aku call aku tadi and bagitau aku.....
Bapa sedih sebab kau. Aku 'terpause' sesaat dan kembali bertanya pada mama, "Kenapa bapa sedih? Aku buat kesalahan besar kah?"

Mama pun menjawab segala pertanyaan dan kerisauan aku tu, "bukan kau buat salah besar. Cumanya, bapa sedih sebab kau tolong bayarkan bil elektrik rumah and selalu ingat kami disini kau share rezeki dalam diam. Sedangkan kau pergi situ, 1 sen pun bapa mama tiada bagi kau duit. Ntah kau ada duit kah atau tiada duit kah, kami pun tidak tau. Apa lagi kau sendiri saja hidup disitu tanpa keluarga. Mesti kau pun perlu pakai duit juga untuk belanja sehari hari. Bapa sedih saja ingat kau."

The Time mama cakap begitu, i'm crying🥺😭. Arhhhhh hati tisu betholll. sorry not sorry. Tapi aku imagine kalau bapa aku sedih sebab kita faham seorang ayah takkan tunjuk perasaan sedih dia secara langsung, especially pada anak-anak. Kan?

Tapi aku explain lah kalau aku disini Alhamdulillah baik-baik saja. Bekerja dengan orang yang baik dan tepat, in Sha Allah. In Sha Allah makan minum semua cukup. Tempat tinggal selesa Alhamdulillah. Sebab tu gaji aku ada lebih aku boleh kirim. Mungkin pada orang lain tidak banyak. Tapi pada mama bapa aku, itu melebihi dari yang mereka sangka..

Sajalah aku explain dengan mama setenang yang mungkin. Tidaklah aku tunjuk kalau aku pun sedih dengar mama cerita tentang bapa. Aku share setenang yang mungkin supaya tiada timbul kerisauan pada mereka.

Lalu mama pun bertanya lagi, "bos lama kau tu, sudah bayar gaji kau atau dia belum bayar lagi?"

Sebelumnya memang aku ada bekerja di suatu tempat. Dan ada gaji aku disitu tetapi sampai saat ini tidak dibayar. 3 June 2021 adalah kali terakhir aku menghubungi bekas bos aku untuk bertanyakan tentang gaji aku sebelumnya. Tapi suatu balasan pun tidak aku terima. Aku cuba call pun tidak pernah sekalipun beliau jawab.

Aku ceritakan pada mama tentang masalah tersebut dengan nada yang paling tenang agar mama tidak kecewa. Hehehe. Walaupun hati aku sedikit kecewa, tapi it's okay lah. Kau makan lah tu gaji aku boskuuuu😂.

Macam aku pulak yang mengemis dengan orang kaya. Sedangkan itu hasil aku bekerja jugak. Janji bulan bintang. Macam aku orang tiada sekolah. Aku pun sekolah habis Diploma pointer 3 keatas. Tapi sebab aku bukan orang kaya, so senang-senang lah aku kena tipu oleh orang kaya. Haha..

Aku pun malas mau gaduh bab duit gaji tu. Cuma untuk kawan-kawan, kalau sudah berjanji jangan pura-pura hilang ingatan macam orang nyanyuk. Bikin panas kan begitu..

Apapun, yang terpenting adalah mama bapa aku. Semoga sihat terus. Semoga mama tidak selalu pengsan lagi. In Sha Allah semoga aku setiap bulan konsisten membantu keluarga. Kerana itulah niat aku bekerja ♥️♥️💪💪.

Yang benar,
Strong & indipendant women
Aku si gadis kidal.

Kbye


RINDU YANG TIADA PENGHUJUNG

May 28, 2021 0Komen disiniA+ a-

 


It is one of the most painful thing in my life to miss someone I called siblings.

Everytime I miss them,theres a silent ache in my heart which is definitely unbearable.

And the saddest part of missing comes when I know the person is somewhere and I even can not meet them, I can not look into their eyes and explain how badly I want them now and forever.


Rindu itu berat. Sesungguhnya ia hanya buat mereka yang kuat.

Aku pun faham semua benda dalam dunia is just temporary, bersifat sementara.

Suatu hari pasti akan Allah ambil juga kembali. Itu pasti, tapi hanya kita tidak mengetahui waktunya kerana kita hanya manusia biasa yang lemah.


Kejadian yang sangat memukul mental dan hati aku, kejadian rumah terbakar dan telah mengorbankan 2 orang adik aku dalam kejadian tersebut. Dan mama juga 80% melecur terkena api tapi Alhamdulillah mama selamat walaupun parut di badan masih jelas kelihatan sehingga kini.


Ntah lah.. kejadian tu sangat cepat berlalu dan semuanya secara tiba-tiba.

Baru saja beberapa minit yang lalu kita berbual di telefon, tiba-tiba diorang sudah tiada.

Tengah sibuk bekerja, Tiba-tiba hp aku berdering dan suara di panggilan telefon menggesa aku untuk pulang ke rumah secepatnya kerana rumah habis terbakar dan dua orang adik terkorban dalam kejadian itu. Hancur luluh hati aku. Sampai aku pun speecless. Can you imagine that? Ohh! Never mind, you dont have to imagine that. It hurts~~~


21 December 2009, lebih kurang jam 8 malam. Sekarang sudah 2021.

Aku menulis di blog peribadi aku untuk melegakan sedikit rasa sesak di dada. Bukan baru kali ini aku menulis. Aku sudah menulis di blog peribadi ini since 2012 lagi. Cannot describe in verbal. So menulis sahaja yang membantu untuk meringankan sedikit rasa ini. 


Forgive us Allah sebab we always take things for granted.

Terima kasih sudi hadirkan rasa rindu ini selalu agar aku tak lupa kalau semua yang aku ada hanyalah pinjaman semata.


Al fatihah adik-adikku,

Firmansyah bin Ramli 1995 - 2009

Noor Rafidah binti Ramli 2000 - 2009.


Semoga kubur kalian selalu diberi cahaya rahmat Allah, dilapangkan dan diluaskan kubur kalian, serta kalian dijauhkan dari siksa kubur dan azab api neraka. In sha Allah, Aamiin~


Salam sayang~ Kakakmu yang selalu merinduimu sampai ajal menjemput.