BERGOSIP? BAGUS KAH?

January 30, 2014 1Komen disiniA+ a-


Pernahkah anda bergosip tentang seseorang yang anda tidak suka kepada rakan-rakan lain? Dulu, kalau anda bergosip, anda dikategori sebagai seseorang yang suka jaga tepi kain orang lain. Suka sangat bergosip dan tidak tahu mengubah perangai? 

Jangan bimbang, kerana menurut kajian oleh ahli sains, gosip adalah perbuatan yang baik untuk masyarakat kita. Anda mesti tertanya-tanya, betul tak?

Kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli sains tersebut melibatkan 216 lelaki dan wanita yang dibahagi kepada empat kumpulan. Mereka bermain permainan yang memberi setiap orang pilihan tentang kewangan diri sendiri.

Dalam permainan itu, setiap seorang diberi token yang boleh diderma untuk kebaikan kumpulan itu. Namun, sesiapa yand tidak menderma akan mendapat token yang lebih banyak untuk dirinya sendiri. Selepas pusingan pertama permainan tersebut, semua ahli kumpulan diberi masa untuk berbincang dan bergosip sesama sendiri. Apabila mereka ketahui orang yang tidak menderma dalam tabung kumpulan, orang itu akan diabaikan. Lama-kelamaan, tiada sesiapa yang ingin berbaik dengan orang itu. 

Kemudian, orang yang hanya pentingkan dirinya sedar akan kesilapannya dan berubah supaya dia diterima ahli kumpulannya sendiri. Maka, bergosip sebenarnya memberi tekanan kepada orang yang bersalah untuk berubah dan juag mengeratkan hubungan sesama lain.

Sungguhpun bergosip dilihat sebagai sesuatu yang negatif, ia dapat memberi kita pemahaman tentang seseorang dan juga kenali orang secara lebih dekat.

Jadi, apa yang anda telah gosip hari ini?
 
 

MASALAH HEI MASALAH.. ^_^

January 29, 2014 1Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Selamat malam. Apa kamu buat ni sekarang? *loghat sabah tiba-tiba* hahahah. okay let be serious ya. Saya nak inform bahawasanya saya tak benarkan anda booking shawl / monopod yang dijual.

Ini kerana, kedua-dua benda ini cepat habis stock. Dan untuk monopod pulak, sory saya dah tak jual monopod yang ada button press tu. Saya jual yang biasa sahaja. Faham? Tapi buat masa ni semua dah out of stock.

Dan untuk shawl pulak, shawl yang saya jual cepat kehabisan stock. Dan tak sure lagi big boss nak restock or tak.. So senang cerita, siapa bayar dulu, saya akan serve dulu. Tak ada booking yeah sebab malas nak layan kalau last minit shawl yang awak nak tu dah out of stock dan marah-marah..

Kang gaduh tak pasal-pasal pulak. Saya malas nak ada masalah and gaduh-gaduh dengan orang yang langsung tak dikenali. So untuk elakkan ada masalah antara kau dan aku, better buat payment dulu dan saya tak akan tipu duit kamu. dont worry !

 Dan diingatkan sila buat alternative order ya sebagai backup order anda.. hehe.. Nanti mesti cantik awak awak semua pakai shawl tu.. ^_^

BERKAHWIN: SLEEQ TAK TAKUT JATUH SAHAM

January 27, 2014 0Komen disiniA+ a-


Tidak sabar menanti tibanya hari mereka bakal disatukan, anggota kumpulan Sleeq baik Ahmad Syarif (Syarif) mahupun Alif Abdullah (Alyph), tenyata  tidak gentar jika status sebagai suami bakal menggugat populariti mereka.

Sleeq berkata, soal populariti akan jatuh sememangnya tidak akan timbul selagi adanya peminat yang sentiasa  menyokong perjalanan seni mereka.
Malah mereka berpendapat, dengan cara memperkenalkan bakal isteri mereka secara terbuka di laman sosial seperti Instagram, mungkin  akan membuatkan peminat lebih ingin mengenali wanita yang telah berjaya mencuri hati mereka itu.

“Saya langsung tak takut sekiranya dengan mengambil keputusan berkahwin maka populariti saya akan jatuh, kerana bagi saya membina rumah tangga adalah satu perkara yang sangat baik dan sebagai artis kami akan sentiasa menjadi milik peminat.

“Bidang nyanyian adalah kerjaya utama kami dan profesyen kami adalah dengan membuat muzik. Perkahwinan bermaksud mulalah kehidupan baru kami. Tugas kami untuk menyediakan tempat teduh dah nafkah kepada isteri kami nanti. Apa yang pasti, tak sabar rasanya untuk kami merasai pengalaman berumahtangga,” kata Syarif.
Sementara itu Alyph mencadangkan, cara paling baik bagi memastikan peminat sentiasa bersama Sleeq ialah dengan berkongsi serba sedikit tentang bakal isteri dengan peminat menerusi laman sosial sedia ada milik mereka.

“Selama ini orang tidak kenal siapa bakal isteri kami. Jadi mungkin selepas berkahwin nanti kami akan bersikap lebih terbuka dengan berkongsikan gambar-gambar menarik saya dan isteri di Instagram, biar peminat dapat mengenali mereka dengan lebih rapat.
“Malah kami tak kisah, jika selepas berkahwin nanti  akan mendedahkan isteri kami dalam kerjaya yang telah banyak memperkenalkan kami dalam industri hiburan di Malaysia. Apa salahnya,”katanya yang akan membawa bakal isteri tinggal di Malaysia selepas berumah tangga nanti.

Dalam usia mereka yang mencecah 25 tahun, Syarif dan Alyph telah mengambil keputusan untuk meninggalkan zaman bujang pada tahun ini dengan pilihan hati masing-masing yang kedua-duanya berasal dari kota Singa.

Syarif akan menamatkan zaman bujangnya bersama tunangannya yang seusia dengannya iaitu Syarifah Malak Aimana pada penghujung  tahun ini.
Manakala Alyph pula bakal mendirikan rumah tangga dengan Azzah Fariha Samad,27 pada September depan.

Memilih Singapura sebagai lokasi perkahwinan mereka, Sleeq berkata sebuah majlis suai kenal bersama isteri mereka itu nanti bagaimanapun akan dibuat di ibu negara bagi menghormati pihak media dan peminat mereka dinegara ini.
“Kami tahu, Sleeq lebih dikenali di Malaysia, tetapi ini adalah permintaan keluarga kedua-dua belah pihak. Tambahan pula kebanyakan pihak keluarga dan teman kami datang dari Singapura dan juga Johor. Jadi lebih baik majlis diadakan di Singapura saja.

“Segala persiapan sedang berjalan dan kami menggunakan segalakhidmat perkahwinan seperti pelamin, catering, dekorasi, pakaian semuanya dari Singapura saja.  Mungkin ada beberapa keperluan seperti fotografi atau videografi akan kami import dari Malaysia,” kata Syarif.

Sementara itu bagi menjadikan perkahwinan mereka itu tampak cukup istimewa, sebuah lagu baru berjudul Satu telah diilhamkan oleh dua anak muda itu yang ditujukan khas buat bakal isteri masing-masing.


SUMBER 

*pfftt.. sweetnya both of them.. kannn~ semoga terus maju jaya dan berbahagia dunya wal akhirah sleeq.

YUSRY PUJUK LISA SURIHANI MENYANYI....

January 26, 2014 2Komen disiniA+ a-


Pelakon, Lisa Surihani mendedahkan sebenarnya dia bersetuju untuk menyanyi dalam lagu duet bersama suaminya, Yusry Abdul Halim setelah dipujuk berbulan-bulan oleh suaminya.
Lisa Surihani berkata dia tidak pernah terfikir untuk merakamkan lagu kerana selama ini hanya menyanyi secara suka-suka ,namun demi suami tercinta Lisa akhirnya bersetuju.

“Sebenarnya Yusry berusaha sedaya upaya memujuk saya untuk meramkamkan lagu bersama. Malah berbulan-bulan juga dia pujuk saya.
“Macam-macam cara dia buat untuk pujuk saya termasuk menyuruh ibunya iaitu ibu mertua saya sendiri meminta saya untuk menyanyi.

“Terus-terang saya tidak yakin untuk menyanyi kerana tak tahu dan tak bersedia untuk menerima pendapat orang mengenai suara dan nyanyian saya.
“Namun saya lakukannya juga demi Yusry, kerana dia kata sekurang-kurangnya kami ada love song bersama yang kenangannya boleh bawa kehari tua kami,” katanya kepada murai.com.my
Kini lagu duet mereka yang berjudul Kekasih Abadi itu sudah pun keudara di corong-corong radio Melayu tempatan termasuk EraFM dan HotFM.

Bagi melengkapkan lagi lagu cinta itu Lisa memberitahu, suaminya kini dalam perancangan untuk merakamkan muzik video untuk mereka berdua pula tidak lama lagi.
“Sebelum rakam lagu lagi, Yusry dah berangan dan merancang hendak kami rakamkan muzik videonya pula. Semua idea saya serahkan pada Yusry saya hanya ikut sahaja.

“Namun, saya cakap terus-terang, saya dan Yusry tak mungkin akan menyanyikan lagu ini dalam mana-mana persembahan. Cukuplah hanya rakamkan lagu sahaja kerana saya memang sangat gementar bila disuruh menyanyi depan orang ramai,” jelasnya lagi,

Lisa yang kini sedang menjalani penggambaran filem Cicakman 3 bakal muncul dalam filem Dendam Orang Mati pada April akan datang.


SUMBER

GERAK KHAS MUSIM BARU...

January 26, 2014 2Komen disiniA+ a-


Musim baru drama bersiri Gerak Khas akan menampilkan kelainan dengan mempersembahkan idea serta konsep yang lebih segar dan sesuai dengan peredaran isu semasa.

Itulah yang dijanjikan oleh Datuk Yusof Haslam sewaktu pelancaran siri baru itu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, baru-baru ini.
“Sudah 12 tahun Gerak Khas bersiaran, jadi untuk musim terbaru ini kita mahu jadikan drama bersiri ini lebih realistik dan menepati selera peminat drama tanah air,” katanya.

Tambah Pengarah Urusan Skop Production itu lagi, untuk memberikan nafas baru kepada Gerak Khas, beberapa watak baru atau penampilan istimewa turut ditampilkan, di samping mengekalkan tunggak utama.
“Watak utama seperti Senior Asisten Komisioner Datuk Helmi lakonan saya sendiri, Deputi Superintendan Kumar (C Kumaresan), Asisten Superintendan Salina ( Salina Saibi) dan pelakon kacak Norman Hakim yang memegang watak Superintendan Haris masih kekal.
“Cuma kita tambah beberapa teraju baru seperti Afiq Muiz, Nizen Ayob, Shanorbiah Shamsir Alam, Zabri Ibrahim dan Mas Hidzir Khan,” katanya.

Menurut beliau lagi, untuk musim terbaru ini drama arahan Faizal Yusof, C Kumaresan dan Syafiq Yusof ini turut menggunakan teknologi imej janaan komputer (CGI) serta penambahbaikan teknik edit ‘fast cut’.
“Walaupun teknologi CGI drama tidak mampu untuk menandingi teknik CGI filem, namun ia mampu memberi kepuasan kepada penonton setia drama ini. Perkembangan teknologi sedia ada turut membantu menambah baik drama Gerak Khas ini.

“Selain itu kami memahami selera peminat drama tanahair berikutan sambutan hangat dalam beberapa episod Drama Gerak Khas sebelum ini antaranya kisah ajaran sesat dan jenayah siber,” katanya ketika sidang media selepas pelancaran drama bersiri itu oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, antara episod yang bakal dsiarkan dalam Gerak Khas musim baharu ini adalah ‘Ops Gempur’ yang memaparkan usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjuang habis-habisan dalam menangani jenayah.

“Kisah yang dipaparkan ini merangkumi semua kaum bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat,”tambahnya lagi.
Gerak Khas lahir daripada garapan idea yang positif dalam menghasilkan sebuah drama bersiri kehidupan anggota polis dan katanya, iInilah satu-satunya drama bersiri tempatan yang memaparkan aksi anggota polis dalam menangani masalah jenayah.

Gerak Khas telah memulakan siaran musim pertamanya pada tahun 1999 hingga 2011. Pada waktu itu drama berkenaan telah mendapat rating tertinggi selama tiga tahun berturut-turut di dalam carta nombor satu seluruh stesen televisyen.
Gerak Khas musim baharu ini turut mempersembahkan usaha anggota polis dalam membanteras pelbagai kes jenayah antaranya kes jenayah berprofil tinggi, kongsi gelap, pendatang asing dan jenayah siber.

Selain itu, musim baru kali ini turut mempaparkan beberapa anggota unit Gerak Khas yang menjadi sasaran golongan penjenayah yang adakalanya mengakibatkan kecederaan dan kematian anggotanya.
Gerak Khas musim baharu kekal bersiaran di RTM TV2 bermula 14 Februari ini. jam 9 malam.


sumber

MONOPOD MONOPOD !! RM55 ONLY !!

January 25, 2014 5Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum selamat petang. sambil-sambil layan tv3 ni sambil-sambil update entry jugak. Ada lagi tak yang nak order monopod for handphone ni? RM55 Sahaja dan postage ke Semenanjung RM7 (jika tidak melebihi 500 gram). Dan RM10 untuk Sabah Sarawak (tidak melebihi 500g)..



Tinggal 4 pcs saja lagi.. Penghantaran dibuat hari rabu/khamis next week. Dan kaler cuma ada warna hitam saja ya sebab kaler lain dah sold. Yang nak order boleh order secepatnya. Sila confirmkan sebelum anda order sebab saya taknak orang yg cancel order last minit ^_^.

Sebenarnya, monopod ni you boleh pakai shutter jugak kalau you nak. Tapi harga lain-lain lah ye. Tak sama dengan monopod. Harga shutter ni RM43 tak termasuk pos jugak. 


Nampak kan gambar shutter kaler biru tu? haaa, yang tu shutter khas untuk iphone tau. untuk android pulak hanya ada kaler putih sahaja. Kalau you nak order monopod dengan shutter pun boleh jugak. 

Harga monopod RM55 + RM43 (shutter) + RM9/12 (Pos SM/SS) = RM107 (SM) / RM110 (SS)


Kalau nak borong monopod, minimum 6 pcs. Harga borong RM45 tak termasuk pos.. To order whatsapp 0198238481 now !! limited !! 
siapa bayar dulu, dia yang dapat. taknak booked terus esok lusa cancel. huhu

RAMAI LAGI YANG TAK TAHU RUPANYA...

January 24, 2014 8Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Tak tahu nak letak tajuk apa so letak ajelah tajuk tu. Rasanya sesuai jugak kot. Memandangkan macam ramai lagi yang tak tahu tentang benda ni. Mungkin tak lah penting sangat bagi yang taknak ambil tahu. Tapi bagi yang ada benda ni, anda kena lah ambil tahu perkara ni ya so taklah sia-sia nanti. hohoho~

Apa yang saya maksudkan diatas adalah tentang bagaimana anda seharusnya klik pada sesuatu iklan. Iklan apa? Iklan 8share lah. Ehhh, bukan 8share saja. Iklan churpchurp, iklan nuffnang dan lain-lain ya. 

Saya pun taklah hebat sangat tentang pengiklanan ni. Tapi apa yang perasan lah kan dari sebelum-sebelum ni, cara sesetengah org klik pada link iklan kita tu rasanya tak betul lah. 

Contohnya, bila orang bagi you 3 link iklan. you tak boleh klik 3 link sekali gus ya sebab earning memang tak akan masuk. You kena klik 1 persatu link iklan tu sampai habis loading TANPA membuka ataupun berpindah kepada page/laman web yang lain seperti facebook, twitter, blog, atau apa-apa saja page/laman lain.

You kena tunggu sehingga loading pada page iklan yang you klik tadi tu betul-betul berhenti then baru you boleh close tab ataupun berpindah ke link/page/laman web yang lain. That's mean, kalau loading pada page iklan tu tak habis, jangan sekali-kali you close ataupun pindah ke page lain ataupun open new tab..

Ini untuk memastikan earning betul-betul masuk pada account anda, so takda lah sia-sia saja you klik iklan orang lain kan.. Ingat tau ! Klik link iklan tu SATU PERSATU. bukannya open terus 2, 3 link.. Walaupun orang share kat you 10 link, you tetap kena klik link iklan tu 1 persatu ! Yes satu persatu.. 

Cara yang ni sure earning you all akan naik. So takda lah nanti orang lain tuduh you ni penipu.. kannnnnnn? hihihi.

SAYA PERLUKAN PENDAPAT & KOMEN ANDA...

January 24, 2014 1Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum.. Cuaca semakin sejuk lah korang.. Cuaca kesejukan pagi ni tak seperti hari-hari kelmarin dan sebelumnya. Memang sejuk yang teramat. Mungkin suhu hari ini menurun kot tu yang sejuk.

Okay lah taknak cakap panjang sangat tentang suhu tu. Saya sebenarnya nak mintak tolong dengan kawan-kawan blogger yang baik hati untuk tolong komen article saya ni kat sini ----> ZIP BORNEO DI SABAH . Artikel tu khas untuk tempat-tempat menarik di Malaysia, so saya pun share lah antara tempat menarik di Sabah kerana saya merupakan blogger Sabah di Bawah Bayu.

Ramai jugak antara blogger di Malaysia ni yang selalu dan sudah pernah berkunjung ke Sabah tetapi belum pernah ke Zipline Borneo yang mungkin juga merupakan zipline terpanjang di Borneo. Memang best lah. Rugi lah kalau datang Sabah tapi tak pergi tempat ini.

Bagi yang merancang nak melancong ke Sabah nanti, saya sarankan anda pergi lah ke tempat yang tersebut untuk mencuba sendiri keseronokannya. Selain Kundasang, tempat ini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari luar negara. Tapi saya nak lebih memperkenalkan Sabah kepada rakyat dan pelancong dari dalam negara. hehehee.

So, diharapkan kawan-kawan bloggers boleh lah tolong berikan komen dan like entry khas tersebut ya.. Bantuan anda sangat dihargai.. Kalau yang sudi nak share di fan page ataupun facebook ataupun blog korang, sila kan lah ya.. Saya sangat menghargai itu.. In sha Allah apa yang boleh diberi penambahbaikan, akan di pertingkatkan demi kebaikan semua pengunjung..

Terima Kasih.. 

CHATBOX KU TERIMA PELAWAT ASING....

January 24, 2014 2Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum good morning.. Awal online hari ni. Semangat nak berblogging. Tak tahan kalau tak bukak blog sehari. hahaha. Tapi agak bengang jugak pagi ni. hmmmm

Aku memang suka update entry kat blog aku ni! Tapi adakalanya entry kat blog ni adalah tentang artis. Yes tidak dinafikan ! Tapi takda lah sampai nak bukak aib seseorang artis tu. Setiap cerita artis kat blog ni saya akan berikan sumbernya sebagai tanda menghargai mereka yang publish artikel itu dan saya hanya re-publish sahaja di blog ini.. So ada masalah?

Yang bermasalah pulak adalah orang gila ni. haha. menyampah. Kang aku bukak jugak cbox aku kat blog ni so tak adalah yang nak bagi link iklan lagi.. Then tegur kataa duit hasil iklan saya kat blog tak berkat.. Habis tu iklan yg kau bagi tu berkat? bluekkk!





Yang saya tandakan dengan line merah itu adalah manusia anonymous. Saya tak kisah kalau nak tegur tapi agak2 lah wei. haha. Bercerita soal keberkatan tentang iklan di blog ini. Kaitan dengan story kat blog ni apa pulak? Orang asing pertama yg berkunjung kat blog ini dan berkata sedemikian.. 

Padahal link iklan dia lagi lah tak berkat sebab saya memang tak izinkan sesiapa pun letak link iklan kat cbox saya. Tak ada orang sudi klik link iklan kau yang menyemak tu kat cbox saya. haha. Saya langsung tak pernah klik link iklan mereka-mereka yg lain kat cbox saya ^_^

Orang letak cbox supaya memudahkan kawan-kawan lain berhubung dan meninggalkan jejak kat blog kite. Tapi awak sesuka hati nak letak link iklan. Kalau nak sangat orang klik link iklan korang, rajin-rajin lah share kat twitter or facebook.. bukannya susah pun.. Siapa usaha dia dpat lah hasilnya.

Ataupun pm saja disini facebook kalau nak menegur or nak suruh klik iklan. Tak payah di blog saya ! Semak lah.
 

Nurul Izzah sah buat fail mohon cerai

January 24, 2014 0Komen disiniA+ a-


KUALA LUMPUR, (Bernama) - Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini mengesahkan Anggota Parlimen Lembah Pantai daripada PKR, Nurul Izzah Anwar telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim. 

Perkara itu disahkan dalam semakan fail di mahkamah itu. 
Nurul Izzah, 34, anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan itu pada awal bulan ini. 

Nurul Izzah memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984. 
Seksyen itu merupakan pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.  

Kes itu pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang dua hari lepas. 
Mahkamah menetapkan 18 Feb ini untuk sebutan semula kes itu.  

Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang lelaki berumur empat tahun.

SHILA AMZAH MAHU TAWAN NEGARA APA PULA LEPAS NI...

January 23, 2014 0Komen disiniA+ a-



Selepas berjaya mengembangkan karier seni muziknya di China, penyanyi tersohor, Shila Amzah akui merancang untuk menawan industri muzik di Korea Selatan pula.
 
Namun, Shila berkata itu hanya perancangan awal dan dia kini dalam persedian menguasai serba sedikit bahasa Korea.
"Sebenarnya dah lama saya simpan untuk untuk ke Korea tapi tak tahu lagi bila masanya itu. Yelah muzik K-Pop kini mengembang luas hampir ke serata dunia termasuk Malaysia, jadi apa salahnya saya mencuba nasib di sana pula.
"Namun saya tahu bukan mudah. Buat masa ini biarlah saya buat persiapan sebelum ke sana iaitu pertama sekali perlu belajar bahasanya dulu.

"Tapi apa-apa pun, biarlah perjuangan saya di China selesai dahulu," katanya kepada murai.com.my ketika dalam satu sidang media yang diadakan oleh pihak Warner Music Malaysia baru-baru ini.
Sementara itu, Shila turut berkongsi tidak lama lagi sebuah konsert solo impiannya bakal direalisasikan.

"Alhamdulillah, akhirnya impian saya beraksi di pentas konsert besar bakal menjadi kenyataan dan berharap sambutan akan mencapai tahap kami sasarkan.

"Lebih menggembirakan saya apabila saya mendapat penajaan penuh daripada syarikat koporat. Konsert ini dijangkakan akan memuatkan ramai penonton dalam skala yang besar iaitu dalam tiga hingga lima ribu.
"Bagaimanapun, saya tidak boleh dedahkan lagi lokasi dan bila. Apa yang boleh saya beritahu ia akan berlangsung pada April ini. Apa-apa pun sebuah sidang media akan diadakan nanti,"jelasnya lagi.

Shila bersama tiga artis lain iaiti Azlan & The Typewriter serta dua band lain akab mewakili Malaysia ke Festival Muzik Cannes, Perancis pada 1 hingga 4 Ferbruari ini.

TAK PENTING KAH KESIHATAN?

January 23, 2014 0Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Menaipnya saya di entry ini pada pagi ini adalah kerana ingin berkongsi tentang betapa pentingnya kesihatan kepada diri kita selagi mana kita hidup dimuka bumi ini. Tak tahu lah kalau yang hidup di planet lain tu, kesihatan ni penting or tak. hahahaha. Tapi apa yang saya tahu, manusia di muka bumi ni memerlukan kesihatan untuk terus dan tetap beribadah, bekerja dan melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan kita yang lain.

Masa muda, jangan kita abaikan kesihatan. Walaupun sakit sikit ja. Sakit sikit ni lama kelamaan akan menjadi sakit yang parah jika dibiarkan dan tak diambil peduli. Bahaya tau! 

Seperti saya, muda-muda lagi dah sakit ini sakit itu. Antibody tak kuat. Asyik-asyik nak selsema, kerja sikit ja terus lah lenguh badan. Migrain pun menyerang. Payah woi ! Payah !

Sampaikan saya dapat tawaran menyambung belajar di Kuala Lumpur, mak ayah dan abang tak kasi sebab mereka kata, "saya lembik. saya ni silap sikit ja buat keja terus sakit. migrain. Macam mana lah nak hidup jauh dari family. Kang tak pasal-pasal kena ulang alik dari KL ke sabah tiap hari. hahahaha. jauh tu nokss~

Kawan-kawan pun kata saya ni lembik. cepat stress. Ada assignment ke sana ke sini terus kena serang migrain dan jawapannya mesti lah nak cari tilam nak tidurrrrrrrrr~

Tapi Alhamdulillah. Saya tersedar cepat. Saya tengok kakak ni jual minuman mineral coffee. Mulanya saya memang tak percaya. Dan memandangkan saya ni seorang pelajar IPT, so duit pun tak lah banyak sangat. Harga mineral coffee ni sekotak RM27.50 sekotak + postage RM10 (SS) = RM37.50.. bagi seorang pelajar dan tidak bekerja, nilai seperti ini bukan nilai yang sedikit ya kawan-kawan.. Belanja seminggu pun RM50 je..

Tapi saya nekad nak try.. walaupun ada bisikan-bisikan saitonnn mengatakan jangan beli. mahal tu. duit tak cukup. nanti makan pun tak cukup.. ahaha. Saya tak peduli. saya nak jugak beli. saya nekad nak beli ! yes saya nak try sebab dah tak sanggup mendapat gelaran lembik dan si migrain seumur hidup..

Saya pun kumpul duit.. Saya kumpul duit.. Tapi ada jugak lah minta tambah kat mak dalam RM20 macam tu.. so bila dalam tangan ada dalam RM100.. so boleh lah order 3 kotak.. 

Dalam masa 3 hari, mineral coffee yang I order tu pun sampai lah kat tangan saya. happy yang teramat. Dan terus bancuh 1, and minum. Share dengan mama.. hahaha.. dengan harapan mama akan suka ;p ~

Di pendekkan cerita (walaupun cerita dah panjang ni), sepanjang minum mineral coffee ni memang saya dan mama dapat rasa perbezaannya sebab kami ni penggemar nescafe 3 in 1 tu.. yang tu kan banyak gula.. ofcoz lah sedap tapi tak bagus untuk kesihatan saya dan mama.. huhu.. Tapi bila dah try mineral coffee ni, saya semangat nak buat assignment ke sana ke sini (wartawan lah katakan).. mama pun happy sebab tekanan darah dia stabil.. 

Dan saya putuskan untuk mendaftar sebagai ahli sebanyak RM50.. RM50 ni pun saya kumpul jugak tau. Tak mudah saya nak dapat.Tapi demi kesihatan bersama, saya sanggup! Saya berpanas-panasan ke tamu jual bundle , barulah saya dapat RM50 ni.. terus daftar jadi ahli. taknak tangguh2 takut duit habis.. ahaks.. 

Saya happy.. saya bersyukur. sebab tu saya tak putus2, suruh kawan-kawan pun try mineral coffee ni kerana ia tak sama dgn nescafe or coffee 3 in 1 yg lain.. Ini tanpa gula tapi tak pahit dan aroma juga wangi..

contact me to order ya sayang-sayang... kita sihat sama-sama.. 0198238481

TAKNAK PEKERJA WANITA ISLAM. NAK YANG BOGEL JE~

January 23, 2014 2Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum.. HAHAHAHAA! Nampak tajuk atas tu? Kali ni tajuk entry agak kejam lebih daripada biasa. Selalu tajuk entry ayu-ayu lebiut-lembut je kan. Kali ni, haaaa ambek kau noksss ! hakhak.

Pagi-pagi dah feeilng geram dengan sesetengah company or kedai or whatever lah yang nak mencari pekerja wanita Islam tapi taknak yang bertudung.. Ehhh, habis tu kau nak hire yang bogel ja ka? huhu. Ataupun just pekerja yang pakai bikini? 

Pelik betul lah. Adakah patut dia cakap dia taknak pekerja yang bertudung. Dan dan lah kan. Ini Malaysia lah woiii.. Bukannya US or Israel. Ini negara Malaysia negara penuh dengan orang Islam. Ini bukan negara Islam. Tapi ini negara orang Islam! Nampak tak bezanya? Contoh negara Islam adalah Brunei, Mesir dan lain-lain. Contoh negara orang Islam adalah Indonesia, Malaysia dan lain-lain.

Dan negara Malaysia telah pun diikitiraf negara kemerdekaan sejak lebih 50 tahun yg lalu. Walaupun negara ini negara yang berbilang bangsa berbilang agama, but u coudlnt do that. Lebih-lebih lagi bila you nak cari pekerja tapi you taknak yg berhijab. kenapa kenapa kenapa? You rasa tercabar ke bila wanita berhijab itu bekerja di tempat anda? pemikiran orang malaysia masih terjajah. arghhhh !! geram.

Ini salah satu buktinya..


Sumber dari sini ---> https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/580548_10151921784910958_306711222_n.jpg

LAGU UNTUK ORG YANG PUTUS CINTA KERANA ORANG KE 3

January 22, 2014 0Komen disiniA+ a-









Assalamualaikum. Tak tahu nak naip apa kat entry ni sebenarnya. hahaha. So nak ajak korang jiwang-jiwang kejap.. Meh layan lagu terbaik ni.. Sure tak nyesal. Kalau nyesal jangan salahkan saya pulak. kikiki. Tapi serius memang best.. Okbai. Jom layan.






ALIF SATAR MERISIK...

January 22, 2014 1Komen disiniA+ a-

Alif Satar, 24, telah selamat menghantar tanda ataupun merisik kepada kekasihnya, iaitu Sha Dila Halid pada 14 Januari lalu. Majlis merisik itu hanya diadakan secara kecil-kecilan yang hanya melibatkan pihak keluarga kedua-dua belah pihak dan Alif sendiri jugak tidak menhadirkan diri dalam masjlis itu. 

Alif juga ada berkongsi gambar merisik yang diadakan di kediaman orang tua Sha Dila, di Rembau Negeri Sembilan. Jom tengok gambar dibawah ni. hihi



Difahamkan, mereka ni telah bercinta selama 4 tahun. perghh ! Lama jugak tu kan. Dan Sha Dila juga lebih berusia daripada Alif Satar. Mereka berdua merancang untuk mendirikan rumah tangga pada September ini sempena bulan kelahiran mereka berdua. 

Baguslah tu. Didoakan semoga berbahagia dunia hingga syurga. hehehe

ISU BERCUMBUAN: ZIZAN NAFI..

January 22, 2014 1Komen disiniA+ a-


Pelawak Zizan Razak enggan mengiyakan atau menafikan tentang gosip bahawa dia dan aktres Emma Maembong telah dilihat bercumbuan dalam kapal terbang sewaktu ke Los Angeles baru-baru ini.

"Apa yang dilihat itu mungkin ya atau mungkin tidak kerana memang saya duduk bersebelahan dengan Emma. 

"Saya juga rasa mungkin keakraban saya dan Emma yang sesekali ada juga bertepuk bertampar itu disalah tafsir," kata pelawak Zizan Razak apabila diminta mengulas mengenai gosip dari sebuah akbar tersebut.

Zizan yang membaca mengenai gosip itu menganggap ianya sebagai dugaan yang perlu diterimanya sebagai seorang artis.
"Kelakar juga bila gosip ini keluar kerana secara logiknya tak mungkin saya boleh berbuat demikian kerana bukan kami berdua sahaja ke sana. Malah kami bersama pengurus saya dan staff yang lain.

"Tapi tak mengapa, saya anggap ini dugaan yang saya perlu lalui," jelasnya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Emma yang kini tidak dapat diselindunginya lagi, Zizan akui sedang mengenali hati budi pelakon kacukan itu dan keluarganya.

"Sebenarnya kami memang rapat dan sekarang saya baru sahaja dalam proses mengenali hati budinya dan keluarganya juga,"luahnya lagi.
Zizan kini sedang menjalani penggambaran filem Cicakman 3 bersama Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan ramai lagi di sekitar lembah Klang.

NOTA DAKWAH UNTUK HARI INI DAN SELAMANYA..

January 21, 2014 2Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Pagi ni saja nak share dengan korang semua tentang Nota Dakwah yang best dan berguna untuk kita semua.. hihiihi..

Banyak orang terlalu pintar menilai orang lain, Tapi sayang dia terlalu kurang bijak menilai dirinya sendiri .
 "Benda aku nak mesti tak dapat. Dapat pun mesti yang tak best." "Boleh jadi kau tak suka benda tu tapi benda tu baik untuk kau." [2:216].
 Jika orang berkata buruk tentang anda, usahlah membalas dengan ucapan yang buruk juga. Sabar dan doakan kebaikan. Itu cara Rasulullah SAW.
 Nak orang jaga hati diri sendiri, jaga lah hati orang lain juga. Kadang kadang ujian tu sebab dosa kita yang pernah dibuat pada orang lain.
Jangan takut berdepan dengan ujian . Jangan takut berdepan dengan realiti . Biar sakit kerana realiti daripada parah kerana dibuai mimpi .
 Disaat tiada bahu untuk bersandar. Ketahuilah kita masih ada sejadah untuk bersujud. Dan itulah yang terbaik. Ya, aku sedang berusaha.
 Merenung ke luar jendela. Kira bintang kat langit. Menangis... Kenapa? Bintang tak terkira. Sama macam dosa-dosa aku. :'(
Soal hati tak perlu cerita kat twitter Ceritalah pada Allah Jika cerita kat twitter, blh jadi fitnah Orang pun boleh kutuk Jadi rahsiakan
 Ya Rasulallah , Ya Habiballah . Terimalah kami sebagai umatmu . Ya Rasulallah , Ya Habiballah . Kurniakanlah syafa'atmu .
 Jangan kalian mencari-cari kesalahan orang lain, jangan pula saling dengki, jangan saling benci, jangan saling memusuhi. (HR Muslim: 2563)
 Dakwah bermula dari seorang, Nabi Muhammad Disebarkan ke seluruh dunia sampaikan sekarang Besar pengorbanan baginda tapi masih tak hargai
 Kadang kita tengok orang tu biasa je. Siapa sangka dia lebih pandai sorok amalan dia Sebab dia tahu Allah lebih layak nilai amalan tu semua.
 Jangan malu untuk mencari kawan kerana mungkin diantara mereka ada seseorang yang mampu menjadi sahabat dunia akhirat kamu .
 Biar musuh tertanya tanya, mengapa kau masih senyum ketika mereka tak berhenti menghina. Biar dikutuk manusia, asal disayang Maha Pencipta.
Orang tak berakhlak dengan kita, dan kita pula membalas perbuatannya dengan cara tak berakhlak juga. Ketahuilah kita juga TIDAK berakhlak!
 Termenung panjang dalam keindahan malam. Betapa sempitnya Dunia, namun dikejar ramai. Betapa luasnya agama, namun hanya segelintir yg amal.
 Kawan yang baik akan mendoakan kebahagian dan kesejahteraan kawannya yang lain . Biar kawan lupa pada kita, jangan kita lupa pada kawan . Aku terlalu suka mengingatkan diriku tentang ini.

HOW TO RESPOND TO STUPID PEOPLE...

January 21, 2014 0Komen disiniA+ a-

Let's face it, some people are just beyond comprehension. They have a way to make our life feel more stressful than it already is. Hence, may we suggest some brilliant and witty responses as a comeback? Or something close to it.

1. You know how some people just have a deep ignorance within them that you can't understand? Like the idiot who parks anywhere and however he/she pleases? Stupidity it seems is a growing disease that is alarming.




2. They are everywhere and there will be times when you are confronted with one face-to-face. Now they'd be inclined to rally around for support. Here's what you can say!





3. They'll probably not relent and still want to get your opinion. And so it goes that your sarcasm is showing…


4. By now, it's probably getting intense. Try to throw them off guard with this remark…




5. Ooh, that should stings! Maybe they'd walk away or stand around to question you..




6. If they still persist on being an idiot…




  7. They will probably be a little more perplexed now, here's a good one to sink it in.




8. Ahh now they get it! These stupid people would probably have a bone to pick with you.


9. Someone is probably riled up and looking to pick a fight with you, but don't stoop to their level.

 
10. Now to shush them up with the best line ever!





P/S: This post is meant to be a tongue in cheek poke at humanity and not to be taken seriously! Hope it provided you with a laugh or two! :)  



sumber

EXCIDENT LAGI...

January 20, 2014 4Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Selamat petang warga bloggers.. Entry kali ni saya nak menceritakan tentang kejadian semalam dimana sekali lagi kami terlibat dengan kemalangan. Memang teruk jugak lah bahagian hadapan kereta remuk..

yang ni sumber dari google sahaja
 Nampak kan gambar kat atas ni? Haaa lebih kurang macam tu lah remuknya kereta saya. Tapi saya bersyukur kerana Allah selamatkan nyawa dan tiada apa berlaku kerana kereta saya mempunyai beg udara. Mungkin jika beg udara tu tiada, adik saya dah terhempas teruk ke depan sebab melanggar besi penghadang jalan.

Dan kami di saman RM200 sebab langgar besi tu. huhu. Dan now kereta dah masuk bengkel. Alhamdulillah nasiblah ada insuran kereta tapi lupa dah apa nama insuran apa yang kitorang ambil. Bulan 12 tahun lalu pun baru ja kemalangan. nak baca entry tersebut, ada disini --> kemalangan melibatkan kereta dan motor.. 

Yang pasti, saya tak nak mengeluh bila kejadian macam ni menimpa keluarga sebab saya tahu, Allah dah rancang semua ni. Semalam memang agak kencang jugak degupan jantung ni, tapi Alhamdulillah, saya cuba tenangkan diri sendiri dengan istighfar dan mengucap serta yakinkan diri bahawa setiap qada' dan qadar dari NYA itu tidak lain tidak bukan untuk mendidik, mengajar serta menyedarkan hamba-hambaNya yang sering kali lupa dan lalai.

So, berhati-hati dijalan raya. sebelum melangkahkan kaki kluar umah, pastikan membaca doa keluar rumah dan naik kenderaan pun wajib baca doa tau.. Kita ingat DIA, DIA akan ingat kita..

TERIMA KASIH BLOGGER~

January 19, 2014 1Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum.. Selamat petang.. Tadi saya dah umumkan siapakah pemenang giveaway by fifiy-fitrianiee tu kan. Now, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua bloggers yang baik hati kerana klik iklan nuffnang saya kat sidebar. hehe. Alhamdulillah. 

Saya taknak lah cakap kosong. Sini ada bukti siapa yang dah klik nuff saya kat blog. hihihi. Mungkin taknampak link, tapi bagi yang letak gambar tu, u'oll boleh lah kenali sendiri ya. Korang memang baik. In sha Allah saya akan membalas klik nuff korang jugak..

Bagi yang tak ada letak gambar tu, dinasihatkan agar anda meletakkan gambar pada nuff anda.. Jom lah tengok bloggers yang baik hati tu..



PEMENANG GIVEAWAY JANUARY BY FIFIY-FITRIANIEE

January 19, 2014 2Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Seperti yang saya janjikan tempoh hari tentang giveaway yang saya anjurkan, giveaway itu telah tamat semalam dan sekarang saya nak umumkan siapakah pemenangnya. 

Pemenang dipih menggunakan random.org ya sayang2 ku. hihihi. So adil lah untuk semua. Tak ramai sebenarnya yang join. Dalam 25 orang ja, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan GA ni saya anjurkan selama 5 hari sahaja. haha. Okay lah. Meh tengok siapa yang kena~

  • hadiah shawl

  • hadiah shawl (DONE)


hadiah shawl  (DONE)

  • hadiah shawl

  • Hadiah topup RM10 (DONE)

 Tahniah kepada enam pemenang bertuah ! Yang kurang bertuah, jangan kecewa sekarang banyak blogger yang anjurkan giveaway, so sila rjinkan diri anda untuk join. Tuah tak kenal siapa. hehe. Dan terima kasih kepada yang sudi join giveaway saya ni. saya sangat menghargai anda semua. 

Para pemenang, Sila tuntut hadiah anda disini FACEBOOK ataupun nak cepat, direct whatsapp ke 0198238481.. Bagitahu nombor bertuah anda *(sila sertakan gambar random diatas), link giveaway anda dan bagitahu anda menang hadiah apa.

Tempoh tuntut hadiah cuma 5 hari k bermula dari hari ini. So cepat tuntut sebelum hangus ! ahaks. 

SENARAI PESERTA GIVEAWAY JANUARY BY FIFIYFITRIANIEE

January 19, 2014 1Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum dan selamat petang. Sila cek nombor bertuah anda dibawah ini sebelum saya umumkan siapakah pemenangnya. 

  1. http://fiqahhamed.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiyfitrianiee.html 
  2. http://blogkusuperstar.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiyfitrianiee.html 
  3. http://nuyushahidarahim.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiyfitrianiee.html  
  4. http://farahdeenafisal.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiyfitrianiee.html 
  5. http://nuurfarhani96-misswhiterose.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiyfitrianiee.html  
  6. http://ierahluvie.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiyfitrianiee.html 
  7. http://rajafarah94.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiyfitrianiee.html 
  8. http://lalazarryn.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiy-fitrianiee.html  
  9. http://lalazarryn.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiy-fitrianiee.html 
  10. http://havinue.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiyfitrianiee.html  
  11. http://schomells.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiyfitrianiee.html 
  12. http://contenganmesra.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiyfitrianiee.html  
  13. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiyfitrianiee.html 
  14. http://tutobiesandcontest.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiyfitrianiee.html  
  15. http://muslimahsejati96.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiyfitrianiee.html 
  16. http://blogashalya.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiy-fitrianiee.html  
  17. http://nursyikin.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiy-fitrianiee.html  
  18. http://munauwaratul.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiyfitrianiee.html  
  19. http://dramaticyang.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiyfitrianiee.html  
  20. http://runninggiveaway.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiy.html  
  21. http://faralalalala.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiy-fitrianiee.html 
  22. http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiyfitrianiee.html 
  23. http://adriana-contestga.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiyfitrianiee.html 
  24. http://alyanimatshah.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiyfitrianiee.html  
Nak tengok giveaway apa yang korang join? sila tengok sini ---> giveaway

Beto Kusyairy Selesa Bawa Isteri

January 18, 2014 0Komen disiniA+ a-


Aktor, Beto Kusyairy akui selesa membawa isterinya bersama-sama ke acara hiburan sejak dulu lagi.
Pun begitu, Beto Kusyairy berkata ianya tidak bermaksud dia selesa dan begitu terbuka untuk bercerita mengenai perihal peribadinya.
“Isteri saya adalah orang yang kuat menyokong saya dan kerjaya saya dari dulu lagi. Dia banyak membantu dalam kerjaya saya dan dialah sahabat baik hingga kini. Jadi dia akan sentiasa bersama saya ke mana saya pergi.

“Namun itu tak bermakna saya selesa untuk berkongsi mengenai perihal keluarga saya. Bagaimana pun saya ada juga kongsi perihal keluarga tetapi secara dasarnya sahaja. Bukannya apa, sebagai seorang selebriti, menjadi lumrah umum akan tahu serba serbi tentang diri saya.
“Jadi kalau boleh, biarlah saya simpan sedikit hal peribadi untuk diri saya tanpa ditatap orang ramai. Memang saya seorang yang agak misteri apabila membabitkan hal-hal berkaitan keluarga,” katanya kepada murai.com.my.

Beto ditemui selepas di pelancaran supertelemovie Qadr dan Panik untuk tayangan Astro First Eksklusif yang diadakan di GSC Pavilion baru-baru ini.

Punya prinsip tersendiri, Beto memberitahu dia telah menggunakan pendekatan lain untuk dekatkan diri daripada peminat selain mendedahkan kisah peribadinya.

“Bagi saya senang sahaja, apabila kita terlalu terbuka, memang orang terlalu cepat terima dan sukakan kita. Tetapi harus ingat juga, kita juga mungkin akan terlalu cepat dibenci selepas itu.
“Jadi cara saya menghargai peminat, saya akan bekerja keras untuk hasilkan lakonan yang terbaik. Barulah mereka berpuas hati ketika menonton,” jelasnya lagi.

Beto dan isteri sudah pun berkahwin beberapa tahun yang lalu, namun difahamkan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.
Mengenai perkembangan lain, Beto akan muncul menerusi drama Qadr, arahan Faisal Ishak bermula Khamis ini di saluran Astro First.

Drama tersebut turut menampilkan Zahiril Adzim, Shera Ayob, Kismah Johar dan Tengku Hanis.

Awal Ashaari Gembira Umum Scha Al Yahya Hamil

January 18, 2014 0Komen disiniA+ a-


Pengacara, Awal Ashaari mengesahkan isterinya , Scha Al- Yahya kini sudah pun hamil anak pertama mereka.

Awal Ashaari mengumumkan berita itu di laman sosial Instagram miliknya petang tadi.
Pengacara Melodi itu memberitahu kandungan Scha kini sudah pun memasuki trimester kedua (empat hingga enam bulan).

Entri yang ditulis Awal di dalam Instagram miliknya seperti berikut:
"Salam Jumaat, syukur Alhamdulilah we are happy to announce that we'r expecting our first baby, Insha Allah. Scha is reaching her second trimester now and we are so blessed with the rezeki. Terima kasih buat semua yang selalu mendoakan kami dan moga semuanya berjalan lancar,"

Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada Mei 2012.


sumber

Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my

January 17, 2014 3Komen disiniA+ a-

http://www.nile.com.my/page.php?cd=76

Assalamualaikum.. Nak cerita tentang giveaway RM300 dari Nile.com.my ni. Kalau lah saya dapat RM300 tu, saya akan shopping shawl yang cantik cantik sebab saya pantang nampak shawl cantik terus nak grab tapi as you know, tak semua student berduit kan. So memang bagus jugaklah ada giveaway ni kot-kot leh menang RM300. hahaha.

Hadiahnya,
2x Pemenang Bertuah akan mendapat RM300 seorang
4 x Pemenang bertuah akan mendapat RM100 seorang


Tamat pada 21 jan 2014 jam 12pm..

TINGGAL 1 HARI LAGI.....

January 17, 2014 1Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Tinggal sehari saja lagi GA yang saya anjurkan akan tamat. Bagi yang sudah joined, diharapkan anda mengikuti semua syarat yang sangat mudah itu dan saya sangat menghargai kebaikan anda yang sudi joined. Walaupuns GA saya tersangatlah simple, dan mungkin GA paling simple di dunia, tapi still ada yang nak joined walaupun tak ramai saya tetap jalankan GA itu kerana saya sudah memasang niat so taknak patah balik. hehehe..

Dan.... Bagi yang belum join giveaway saya tu, jemputlah join dan support. Walaupun hadiah tak gempak dan sedikit, sokongan dari rakan blogger amat diharapkan.. hihi. Haaa, macam mana nak join? Just klik banner dibawah ini k.. 

http://fifiy-fitrianiee.blogspot.com/2014/01/giveaway-january-by-fifiy-fitrianiee.html


Terima kasih bagi yang sudah joined.. Giveaway akan tamat esok jam 11.59 malam. Dan pengumuman pemenang akan saya umumkan pada petang hari Ahad ataupun Isnin k.. Thank you semua ^_^ . much love

IKAN PAUS HIDUP TERDAMPAR DI BINTULU ~

January 17, 2014 0Komen disiniA+ a-


BINTULU, (Bernama) -- Seekor ikan paus yang masih hidup ditemui terdampar di pantai Kuala Tatau awal pagi semalam oleh sebuah keluarga ketika mereka sedang berjalan-jalan di pantai berkenaan.  

Rosmiros Mesral, 50, berkata beliau dan keluarganya mendapati ikan paus itu terdampar di tepi pantai dan tidak bergerak. "Pada mulanya saya tak sangka objek besar itu ikan paus tetapi bila mendekati objek itu, saya dapati ia seekor ikan paus dan saya terus panggil suami serta anak-anak saya," katanya ketika dihubungi hari ini.  

Ibu kepada tiga anak itu berkata ikan paus itu mula bergerak selepas anak lelakinya menyiram air di kepala mamalia berkenaan. "Ekor ikan paus mula bergerak dan saya sekeluarga terkejut melihat di mata ikan paus itu ada air mata mengalir. Simpati dengan keadaan ikan paus itu, kami sekeluarga cuba menolaknya supaya dapat ke laut semula tetapi mengalami kesukaran, namun sekitar jam 11 pagi, ikan paus itu dapat ditolak ke laut semula," katanya. Rosmiros menyifatkan kejadian itu sebagai ganjil kerana belum pernah ada kejadian ikan paus terdampar di pantai Kuala Tatau sebelum ini.  

"Saya dilahirkan di Bintulu, dan ini kali pertama kejadian pelik ini berlaku, mungkin faktor cuaca dan keadaan laut menyebabkan ikan paus itu terdampar," katanya.  

Berita penemuan ikan paus itu tersebar luas di media sosial sejak semalam sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan penduduk tempatan. Antara lain, kebimbangan kemungkinan berlaku tsunami dan ada juga yang mengaitkannya dengan fenomena semasa musim tengkujuh.


sumber

BERAKTIVITI 2 HARI 1 MALAM part (3).

January 16, 2014 0Komen disiniA+ a-

Sambungan cerita dari part 1 dan part 2. Dan yang ni adalah part 3 ye. haha.

Selepas ja mengisi perut, berehat dan menonton tv di rumah bb kriz, kitorang jalan terus ke destinasi seterusnya, iaitu Talk Lodge Kinabalu. Masa ni hujan dan juga kabus yang tebal. 

hujan hujan !!

selfie dulu dalam kereta sebelum sambung tido sebab penat ! haha.
Gambar otw ke Talk Lodge Kinabalu tak banyak sangat sebab tido dalam kereta. hahaha. So I bagi uolls tengok gambar bila kitorang dah sampai kat talk lodge tu lah k.. Kitorang sampai dalam jam 5 petang macam tu. Masa sampai, semuanya menggigil kesejukan. serius, memang sejuk tahap korea kot. tak tahan !


masa ni baru sampai, nana terus nak gambar. katanya umah segi tiga tu adalah rumah dia. haha

yang ni lah homestay kitorang. ni kawasan ruang tamu.
nana baru mandi letuuwww~





 Gambar dalam umah, itu ja lah k sebab yang lain-lain tu agak private. hhihii. Dan dalam jam 7, lepas maghrib kitorang gerak pulak ke kundasang. Hujan dan kabus yang tebal membuatkan kami drive agak slow motion dan berhati hati. Kami ke kundasang pun utk mencari makanan. lapar !

masa ni tengah lapar tahap tak tahan kot ! hahaha

Nasi goreng thai yang tertukar dengan bb kriz :)

yang ni lepas habis makan dan kenyang, so sambung gambar pulak !


korea Malaysia at Rose Garden kundasang

Im here


nana peace !


HAHAHAHA! Part ni mmg tak boleh blahhh ! penat I posing tau, nana asyik tak dpt snap ja. at last bila tgh tergelak dia snap pulak.. haha
destinasi terkahir malam tu sebelum balik homestay tidur. sebab penat
kereta yang kitorang gunakan untuk berjalan-jalan.
Itu ja lah gambar malam yang ada. hehe. part terkahir akan bersambung di part 4. thanks. bye..


TEMPAT TRAVEL MENCABAR !!!