MY DAD SAD BECAUSE OF ME🥺

June 06, 2021 0Komen disiniA+ a-

Mama aku call aku tadi and bagitau aku.....
Bapa sedih sebab kau. Aku 'terpause' sesaat dan kembali bertanya pada mama, "Kenapa bapa sedih? Aku buat kesalahan besar kah?"

Mama pun menjawab segala pertanyaan dan kerisauan aku tu, "bukan kau buat salah besar. Cumanya, bapa sedih sebab kau tolong bayarkan bil elektrik rumah and selalu ingat kami disini kau share rezeki dalam diam. Sedangkan kau pergi situ, 1 sen pun bapa mama tiada bagi kau duit. Ntah kau ada duit kah atau tiada duit kah, kami pun tidak tau. Apa lagi kau sendiri saja hidup disitu tanpa keluarga. Mesti kau pun perlu pakai duit juga untuk belanja sehari hari. Bapa sedih saja ingat kau."

The Time mama cakap begitu, i'm crying🥺😭. Arhhhhh hati tisu betholll. sorry not sorry. Tapi aku imagine kalau bapa aku sedih sebab kita faham seorang ayah takkan tunjuk perasaan sedih dia secara langsung, especially pada anak-anak. Kan?

Tapi aku explain lah kalau aku disini Alhamdulillah baik-baik saja. Bekerja dengan orang yang baik dan tepat, in Sha Allah. In Sha Allah makan minum semua cukup. Tempat tinggal selesa Alhamdulillah. Sebab tu gaji aku ada lebih aku boleh kirim. Mungkin pada orang lain tidak banyak. Tapi pada mama bapa aku, itu melebihi dari yang mereka sangka..

Sajalah aku explain dengan mama setenang yang mungkin. Tidaklah aku tunjuk kalau aku pun sedih dengar mama cerita tentang bapa. Aku share setenang yang mungkin supaya tiada timbul kerisauan pada mereka.

Lalu mama pun bertanya lagi, "bos lama kau tu, sudah bayar gaji kau atau dia belum bayar lagi?"

Sebelumnya memang aku ada bekerja di suatu tempat. Dan ada gaji aku disitu tetapi sampai saat ini tidak dibayar. 3 June 2021 adalah kali terakhir aku menghubungi bekas bos aku untuk bertanyakan tentang gaji aku sebelumnya. Tapi suatu balasan pun tidak aku terima. Aku cuba call pun tidak pernah sekalipun beliau jawab.

Aku ceritakan pada mama tentang masalah tersebut dengan nada yang paling tenang agar mama tidak kecewa. Hehehe. Walaupun hati aku sedikit kecewa, tapi it's okay lah. Kau makan lah tu gaji aku boskuuuu😂.

Macam aku pulak yang mengemis dengan orang kaya. Sedangkan itu hasil aku bekerja jugak. Janji bulan bintang. Macam aku orang tiada sekolah. Aku pun sekolah habis Diploma pointer 3 keatas. Tapi sebab aku bukan orang kaya, so senang-senang lah aku kena tipu oleh orang kaya. Haha..

Aku pun malas mau gaduh bab duit gaji tu. Cuma untuk kawan-kawan, kalau sudah berjanji jangan pura-pura hilang ingatan macam orang nyanyuk. Bikin panas kan begitu..

Apapun, yang terpenting adalah mama bapa aku. Semoga sihat terus. Semoga mama tidak selalu pengsan lagi. In Sha Allah semoga aku setiap bulan konsisten membantu keluarga. Kerana itulah niat aku bekerja ♥️♥️💪💪.

Yang benar,
Strong & indipendant women
Aku si gadis kidal.

Kbye