SAHABATKU HAMIL?!?

November 24, 2020 0Komen disiniA+ a-

2 hari lepas, salah seorang sahabat aku ada kirim pesanan melalui aplikasi WhatsApp.

Dalam whatsapp tu, dia bagitau yang dia hamil. Omg 😳! Aku terkejut..

Aku terkejut sikit ja sebenarnya. Haha. Dan dalam masa yang sama aku bersyukur dan happy sangat-sangat untuk dia. Dia dah nikah. Tapi aku pun lupa dah berapa tahun. Rasanya 2 tahun dah. Aku lupa. Sorry.

Dan memang impian orang bernikah ni nak zuriat kan. Dia memang ada bagitau beberapa minggu sebelum tu, yang dia cek air kencing pakai test kehamilan tu. Dan ada 2 Line tapi Line tu masih kabur-kabur lagi macam jodoh aku. Hahaha.

Then 2 hari lepas dia whatsapp semula. Dia dah pergi scan. Dan dia siap send dekat group whatsapp 🤩. I am so happy for you ara sayang. Alhamdulillah rezeki ara dan suami.


Ni antara chat dekat whatsapp. Aku saja letak emoji dekat gambar scan baby tu. Bagi menjaga sahabat aku dan juga baby dalam kandungan. Ni anak pertama dia dan suami. In Sha Allah semoga sihat terus ya mom to be.

Kami dah lebih 2 tahun tidak berjumpa. Sebab stay berbeza negeri kan. Dia kat Selangor & aku di Sabah.

Dengan keadaan pandemik seperti ini lagi. Rindu dan kadang tu mengalir airmata sendiri bila tengok videos and gambar kenangan kami travel sama. Hehe.

Dan untuk sahabatku seorang lagi, Ika..
Terus positif dan doa. In Sha Allah soon pasti turn Ika dan suami pulak dapat rasa nikmat macam ni. Dapat zuriat Soleh dan solehah, soft spoken, cantik, handsome, sejuk mata memandang, penyejuk hati orang tua dan orang sekeliling. Aku titip doa buat kamu berdua.

Sahabat aku dua-dua dah kawin. Tinggal lah aku yang masih jomblo. Masih berjuang disini. Wakaka. Kalau tidak dapat orang Malaysia, orang Indonesia pun jadilah. Ada yang berani maju? Ok jangan serius guyssss.

Untuk ara & baby, semoga sihat sihat terus ya. Semoga dipermudahkan proses kehamilan ara ni. Sampai melahirkan nanti.

Aku tulis kat sini, sebagai memori saja. In Sha Allah suatu hari nanti kalau aku dapat jodoh nikah, anak ara dah keluar. Hahahhaa. Aunty fifiy kat sini masih berjuang. Harap baby nantii boleh doakan aunty fifiy segera diberikan jodoh sehidup semati..haha

Love,
Sahabatmu.💕

Tanggungjawab kita menjelaskan kepada mereka tentang diri kita...

November 13, 2020 0Komen disiniA+ a-

Kamu percaya atau tidak, kebahagiaan itu datangnya 50% dari diri sendiri & 50% lagi datangnya dari sekeliling kita.

Contohnya, pasangan kita atau orang sekeliling kita memperlakukan kita dengan sesuka hati dia atau se-enaknya dia atau se-enaknya mereka...

Nahh, ini kesalahan diri kita sendiri. Kerana kita tidak berkomunikasi dengan baik atau menjelaskan kepada mereka tentang apa yang kita suka, apa yang kita tidak suka, diri kita mahu diperlakukan seperti apa dan bagaimana, batas-batas pergaulan diri kita sendiri macam mana dan apapun itu.

Semua ini tanggungjawab kita untuk speak up -- menjelaskan kepada mereka kalau manual book diri kita ini sebenarnya seperti apa. Bismillah.

Jangan mengizinkan siapa pun itu melampaui batas sehingga itu akan membuat kita sakit dan terluka. Luka dalam ini kalau dibiarkan akan menjadi dendam.

As for me, aku orangnya Introvert. Introvert maksudnya orang yang mendapat energy/keyakinan /selesa apabila dia menyendiri. Ini aku. Diri aku. Aku tidak suka suasana yang bising/teriak-teriak/marah-marah. Kerana semua ini akan memancing emosi negatif aku yang berlebihan.. suasana crowded pun aku kurang suka seperti kenduri dan sebagainya.

lebih senang duduk menyendiri dalam bilik dan buat hal sendiri. Love myself!

Ada orang yang jenis EXTROVERT. Dia mendapat energy/aura atau lebih selesa apabila dia ditempat yang crowded/keramaian/suka berjumpa orang. Dia selesa bergaul..

Perkara seperti ini kita selalu ambil mudah. Kita suka paksakan kemahuan kita dan menyakiti orang lain. Orang typical Introvert & extrovert, pembawakan dirinya jelas tidak sama.

Macam aku, lebih selesa menyendiri. Jarang bergaul diluar. Hidup aku. Aku happy. Aku selesa. Thats it!

Jadi, selalu ingat tanggungjawab kita adalah speak up ke pasangan, orang rumah, dan siapapun itu tentang manual book kita seperti apa.

Semoga dengan ini, mereka akan lebih memahami dalaman kita dan begitupun kita akan belajar lebih memahami pasangan/sekeliling kita. In Sha Allah.

Kalau kita sudah menjelaskan berkali-kali, dan mereka masih tidak faham, semoga terus kuat dan sabar. Doa banyak-banyak ok💪💛💕😘.

ITS OKAY NOT TO BE OKAY... KENAPA?

November 11, 2020 1Komen disiniA+ a-

Ada yang salah kalau kita tidak pernah merasa ada yang salah dengan diri kita.

Tiada yang sempurna. We are human. Kita manusia biasa. It is okay not to be okay. Namanya juga manusia kan, Allah beri kita deria bau dan rasa. Nikmati. 


Ketika kita merasa tidak okay dengan perasaan kita -- sedih, kecewa, down, marah, atau apapun perasaan yang tidak menyenangkan kita, kita hanya perlu akui dan menerima. Ada masa, kita hanya perlu membiarkan perasaan seperti ini ada. Just let it be😀. Let the feelings be.


Tapi kenapa kebanyakan dari kita susah untuk melakukan itu semua?

Kerana kita hidup di tengah budaya/culture masyarakat yang menganggap kita lemah kalau kita mengakui kita lagi sedang berada dalam keadaan bingung, kita tertekan, kita sedih, kita menangis, kita stress atau kita tersinggung.


Mereka yang meng-ekpresikan rasa terluka dan perasaan 'ini' semua di label lemah & negatif seperti tidak memberikan contoh yang baik kepada orang lain atau sekelilingnya.


Sementara itu,mereka yang dilihat selalu baik-baik ja macam tidak punya masalah, tidak punya kekurangan dikagumi dan dijadikan contoh yang semua orang mahu ikuti.

RINDU ITU BERAT. HANYA BUAT MEREKA YANG KUAT

November 07, 2020 0Komen disiniA+ a-

 Assalamualaikum. Sekarang jam menunjukkan jam 2.40 subuh. Aku masih lagi duduk berhadapan dengan laptop dalam suasana bilik yang gelap. Hanya ditemani dengan cahaya laptop.


Aku lama sebenarnya mau tulis tentang rindu ni. Tapi aku fikir banyak kali. Banyak benda aku fikir untuk tulis tentang rindu ni. Aku bukan nak cerita tentang Sinetron Dilan. Aku cuma mahu bercerita tentang rasa hati aku yang selalu merasakan rindu. Perspektif rindu terlalu besar. Ikutlah alur cerita kehidupan kita masing-masing.


 Perasaan rindu ni, semua makhluk Allah dekat dunia ini akan merasa, mungkin?

Hanya saja mungkin berbeza keadaan & cara. Iya kan? Dan untuk aku, diri aku. Rindu yang selalu hadir menghantui aku adalah rindu pada insan-insan terdekat aku yang telah pergi menghadap Allah.


Untuk bahagian aku, aku kehilangan aunty yang sangat-sangat aku sayangi ketika aku berumur 16 tahun iaitu pada tahun 2009. Dan kemudian diikuti dengan pemergian 2 orang adik aku yang telah terkorban dalam kebakaran rumah kami juga pada penghujung tahun 2009.


Faham tak perasaan waktu itu, sedih dengan tragedi pertama. Kemudian ada tragedi kedua lagi. Nanti aku ceritakan bagaimana kronologi kejadian rumah kami tu terbakar, in sha Allah next posting aku..


Aku rindu sangat sebab semua berlaku ketika itu dengan tiba-tiba. Sangat cepat! Aku selalu terbayang moment terkahir dengan kedua-dua adik aku tu. Petang terkahir sebelum malam tu Allah jemput mereka, kedua-dua adik aku teringin mahu ikut aku pergi pasar malam.


Tapi aku minta diorang stay dirumah saja. Itupun atas permintaan mama juga waktu itu.

Cuma aku pun tidak faham kenapa ya, aku selalu membayangkan moment-moment ketika mereka masih hidup & moment terkahir mereka hari itu. Itu kejadian tahun 2009, tapi sampai sekarang pun masih fresh dalam ingatan aku. Aku selalu rindu...

Aku selalu terfikir, "rindu ni akan habis atau tidak. Aku bukan jenis menangis teriak-teriak. Aku nangis cuma airmata yang mengalir tanpa meraung. Termasuklah ketika kejadian itu pun, aku tidak meraung. Aku diam ja tapi airmata aku sangat laju mengalir😭😭. Berbanding abang & 1 lagi adik lelaki aku, menjerit meraung ketika kejadian tersebut depan mata melihat rumah habis terbakar. Tinggal lah kami sekeluarga sehelai sepinggan.

DI MASA PANDEMIK NI KAMU BUAT APA?

November 03, 2020 0Komen disiniA+ a-

 Assalamualaikum uols. Waalaikumussalam ~ ya dijawab yaa. haha.


Sebenarnya untuk pandemi di Malaysia, ni mungkin almost 8-9 bulan kalau saya tak salah pengiraan.


Untuk kamu semua, apa saja aktiviti yang kamu lakukan semasa pandemi ini berlaku, selain bekerja ?


As for me, aku duduk dekat rumah. Dan tidak pernah keluar pergi mall sudah beberapa bulan. Maklumlah, aku ni ada paranoid so memang seram jugak bila bayangkan virus-virus corona tu. huhuhu~


I dont know about you guys macam mana. hehe. 

For Sabahan macam saya, kes covid makin kesini semakin meningkat sehingga ke 3 angka sehari. sedih jugak membayangkan nasib-nasib peniaga kecil. Terjejas teruk. Bahkan yang bisnes owner besar pun, tumbang jugak kan. 


So, for now.. aktiviti setiap hari sama ja lah.

Kemas-kemas rumah.. Main game. Tengok youtube. Main game #pubgmobile. haha. Kadang tu, ada lah jugak sesekali keluar pergi rumah sepupu yang dekat area rumah ni. Lain-lain, memang most of the time duduka rumah sahaja. grrrrr


Carilah nama pubg aku RRQffr. hahaha. Masih noob!


Sebenarnya, ramai yang rindukan travel kan?

Dah lama sebenarnya tak travel. huhu.

Rindu kat kampung nenek di INDONESIA.

In sha Allah soon semoga Allah ambil balik makhlukNya bernama corona ini. Kita dijauhkan dari virus-virus & penyakit-penyakit berbahaya. AAAAMIN.


Ada kah geng pubg dekat sini? hahhaaa. Kalau ada, nanti kita mabar hokeyyy.


See you in next posting. Take care dan jaga diri. Jaga kebersihan diri.