SEBENTAR LAGI.... MEDINA HIJAB LIMITED STOCK !!

February 18, 2014 1Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Dan selamat petang. Nak ambil masa kejap untuk update Medina hijab yang sangat cantik ni. Harga pun tak mahal so In Sha Allah anda semua mampu membeli dan memilikinya. 

Selalu kitorang jual shawl ja kan. Ni haaa keluaran terbaru sisters shawl yang mana telah released kan tudung labuh bagi semua penggemar tudung labuh dan yang baru nak berjinak-jinak menggunakannya :).

Kenapa medina hijab perlu menjadi pilihan anda? okay meh saya senaraikan sedikit sebab-sebabnya..

  1. Total wide and oversized, covering up front and back. Totally syar'ie in covering aurah.
  2. Can be used as 'mini-telekung'.
  3. Affordable.
  4. Variety colours
  5. Best material, Italian Koshibo!'
  6. Harga murah !! RM39 exc postage !

 

TUNTUT ILMU JALAN KE SYURGA..

February 13, 2014 0Komen disiniA+ a-






Islam adalah syarat untuk mendapatkan keselamatan disisi ALLAH Swt. Sementara islam tidak akan terlaksana kecuali dengan ilmu. Pendek kata, ilmu adalah jalan yang paling pendek yang mengantarkan seseorang kepada ALLAH Swt.

Tidak hairan jika Rasulullah menyebut bahawa menuntut ilmu adalah jalan menuju syurga. Ini jelas disebut dalam hadits arbain ke 39 yang salah satu isinya “dan barangsiapa yang meniti jalan untuk memperoleh ilmu, maka ALLAH akan memberikan jalan kemudahan baginya menuju syurga... “

Bukti terkuat boleh dilihat bahwa ALLAH menjadikan wahyu pertamanya kepada Rasulullah saw dengan menitikberatkan masalah ilmu dan saranan untuk mendapat ilmu untuk mengenali kebesaran Maha pencipta dan rahsia penciptaan.

“bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Rabbmulah yang paling pemurah, yang mengajar(manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”
(QS.Al-Alaq:1-5)

*Syarah kitab Arba’in AnNawawiyah*


-oki setiana-

MONOPOD READY STOCK SOLD OUT !!!

February 13, 2014 0Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum.. nak inform bagi yg kerap pm tu.. monopod yang ready stock dah out of stock ya. 

Now open for pre order sampai 19hb ni. Lepas daripada 19hb, tunggu seminggu dua untuk barang sampai.. Dan bagi yang dah buat payment, bersabar k. stock akan sampai pada anda dalam masa yang disebutkan diatas.. 

Yang belum buat payment, sila buat payment. kalau tak buat payment, so barang takdak sebab kemungkinan tak banyak lebihan untuk korang.. 

terima kasih.

CUAI NYA AKU..

February 04, 2014 2Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Fuh penatnya. Jalan kaki dari office then tunggu bas untuk ke kk and then sampai kk naik teksi pulak untuk balik ke rumah. Nasiblah tak jam sangat hari ni sebab masih ramai lagi yang bercuti. Rasanya start esok dah jam lah kot sebab esok orang dah mula bekerja. hehe.

 Alhamdulillah tambang teksi taklah mahal sangat. Dalam RM20 saja. Ingatkan RM20 untuk 1 kepala, rupanya RM20 untuk sekali jalan sampai ke rumah. Ada sesetengah teksi, dia akan cas RM20 untuk 1 kepala. So maksudnya, kalau 4 orang dah RM80. 

Tapi tadi RM20 ja so dah kira murah lah tu. Tapi yang tak bestnya tadi, boleh pulak handphone saya tinggal dalam teksi. Arghhh !! Stress memang stress. Ingatkan tercicir tengah jalan ke hape tadi. Tapi mustahil gak sebab saya ada jugak pegang handphone tu tadi. huhu..

Sampai rumah baru perasan handphone dah takda dalam poket. Pergghh ! Panik memang panik. Terus suruh adik kol number tu. Dapat kol tapi takda orang sambut. Saya dah mula pasrah..

Tapi selang beberapa minit.. Pakcik teksi tu pusing balik ke depan gate rumah and siap bunyikan hon kereta dia. Bila keluar tengok, terus terharu sebab baik sungguh pakcik tu balikkan handphone saya.. Saya serba salah dan saya nak bayar extra kat pacik teksi tu. Tapi tak sempat. Pacik tu dah berlalu pergi.

Korang nak tau tak handphone yang tinggal dalam teksi tu apa.. Ni haaa -,-

 Handphone lama ja pun tapi saya sayang sangat handphone ni. Tak mahal tapi ni handphone mewah bagi saya. huhu. Dan Alhamdulillah saya naik teksi pakcik yang sangat baik hati dan jujur. Sanggup beliau hantar semula handphone mewah ni ke rumah saya.. Semoga pakcik itu murah rezekinya, dan makin ramai yang akan naik teksinya dan kebaikannya akan kekal selamanya dan dicatat pertolongan itu sebagai salah 1 amalan terbaik.. Amin~

ISTERI APEX, LEUNIEY SELAMAT MELAHIRKAN...

February 04, 2014 0Komen disiniA+ a-


Isteri kepada penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 2.55 petang semalam.
 
Pasangan ini mengesahkan kelahiran bayi sulung mereka menerusi laman sosial Instagram masing-masing.

Bayi yang lahir seberat 2.75 kilogram itu kelihatan sihat menerusi gambar yang dimuat naik ke dalam Instagram milik mereka.

Selain foto, mereka masing-masing turut melahirkan rasa syukur dengan kelahiran puteri sulung mereka di dalam laman sosial tersebut.

hehe, saya memang ada tengok adik kepada Leuniey natasha update gambar baby kat ig dia, then masa tu terus search insta Leuniey and memang betul Leuniey telah selamat melahirkan. Alhamdulillah for her and family.
 
Pasangan ini telah bernikah pada 28 Disember 2012.

TAK IKUT OFFICE HOUR KE...

February 03, 2014 1Komen disiniA+ a-




Assalamualaikum.. Hari ni bermula hidup sebagai seorang budak praktikal di New Sabah Times. sebagai apa? sebagai wartawan lah wei. Tadi dah jumpa Mr. Chong dan beliau sudah pun bagi briefing kat saya dan saya pun okay2 faham. hahaha.

Sebenarnya, saya tak yakin samada i can do it or i cant do it. Yalah sebab ini bukan wartawan gosip. Ini wartawan court, sukan, dan lain-lain.. Dan paling tak best, mesti kerja tak kira siang or malam. emmm, sabo je lah.. 

Lepas ni, tidurku mesti tak cukup, makan ku mesti tak terurus, dan kerjaku mesti terkejar sana terkejar sini. Yaaaa! Memang ini yang ku bayangkan.. Untuk 3 bulan ni aku harus kuat. harus semangat. dah nak buat macam mana. sendiri nak kerja ni haaha. mak ayah suruh ambil course kesihatan, hang tak mau. So sekarang, rasakan lah ini.. 

Bukan sengaja tak mau ambil kos kesihatan, tapi tak suka bau ubat, tak suka ubat, tak boleh hidu bau hospital dan lain-lain.. Dan saya tak pandai lukis-lukis organ manusia haha..

Tapi tak pa. Saya akan buat jugak sebaik-baiknya sepanjang 3 bulan ni. Ini melatih diri saya untuk lebih banyak menggunakan kesabaran, keyakinan dan kerajinan apabila berada di bidang ini kerana seperti yang ayah cakap, bidang ini sangat-sangat mencabar. Apatah lagi jika diarahkan untuk report lokasi kemalangan, dan jenayah.. arghhhhhh !!! takutnya..

 Ok2.. just try just do the best and just make it perfect walaupun tak mungkin akan perfect ahaha :P . No more office hours.. so jangan berangan-angan sangatlah cik fifiy oii. jangan berangan-angan untuk update entry kat blog ni lagi tiap-tiap hari. jangan berangan-angan nak tidur memanjang kat umah nak makan kat umah.. Hari awak tu haaaaa, dipenuhi di luar. kena pantas dan tangkas !! 

 Bersedia untuk hari esok.. okbai.

Gadis Berhijab Kesayangan Ramai di Instagram...

February 02, 2014 0Komen disiniA+ a-


Sejuk mata memandang gaya fesyen dan telatah comel bersama anak kecil milik dua wanita jelita ini. Siapa yang saya maksudkan? Siapa lagi kalau bukan pemilik Fashion Valet, Vivy Yusof dan Atita Haris. Tetapi bukan sekadar mereka berdua sahaja yang bijak menggayakan busana Muslimah dengan cita rasa moden, malah gadis-gadis berikut, Indah Novianti, Azura Liyana, Azwa Elena dan Shahila Amzah juga pintar memikat hati kami!

Atita Haris (@atitaharis)

Jika berdiri di sebelah gadis kesayangan Malaya, si Hanis Zalikha dah macam adik beradik kembar. Bezanya Atita Haris sudah beranak satu. Sekiranya anda juga gemar melihat telatah Instagram Atita Haris bersama anak dara comel beliau, Opi.

Vivy Yusof (@vivyyusof)

 

 
Supermom Vivy Yusof mesti menduduki senarai kami. Sejak berhijab, Vivy bijak menunjukkan gabungan gaya santai yang laidback namun masih kelihatan mewah. Tidak susah untuk mencari baju, seluar dan tudung seperti Vivy kerana semuanya mudah didapati di laman Fashion Valet!

Shahila Amzah

Buah hati Malaysia ataupun Malaysia’s true sweetheart. Mengapa dibilang begitu? Setiap kali melihat wajah Shahila, sukar untuk tidak jatuh cinta. Muka beliau memang manis dan ada tarikan penyejuk hati kerana biar buat muka masam dalam gambar tetap tidak rasa menjengkelkan. Lagi satu yang kami suka tentang Shila adalah beliau penyokong fesyen baju yang murah dan mudah didapati online. Siapa yang nak bergaya seperti Shila tidak perlu mengeluarkan belanja melampau!

Indah Novianti (@novierock)

Si gadis berhijab yang sangat quirky, kami suka kerana kelainan gaya beliau!

Azura Liyana dan Azwa Elena

Adik-beradik pereka fesyen hijab kesayangan saya, takkan saya lupa untuk senaraikan mereka! Dua-duanya berjiwa pelancong, jadi seronok berangan sambil menatap gambar mereka di United Kingdom. Bukan sekadar melihat inspirasi untuk berpakaian, malah dapat menikmati pemandangan suburban UK yang indah belaka.



sumber


TEMPAT TRAVEL MENCABAR !!!

CURI MASA...

February 02, 2014 1Komen disiniA+ a-






Assalamualaikum. Salam subuh kawan-kawan. ekeke. hari ini curi masa sikit nak update entry kat blog ni dalam masa 5-10 minit sebelum bergerak kejap lagi keluar mencari rezeki sampai ke petang hari.. Kat Sabah dah nak siang dah. Tapi kalau kat Semenanjung Malaysia masih subuh kan.. so tunaikan yg wajib dulu iaitu solat..

Now dah start dah jarang nak update entry kat blog ni sebab busy and dah start nak praktikal esok hari.. prghh ! kawan-kawan doakan saya kuat dan berjaya habiskan praktikal dalam bidang kewartawanan ni ye.. saya macam tak ready ja lagi nak ke praktikal. Masih belum puas bercuti hahahahha..

Okay ini saja kata-kata ku di entry kali ini.. Jaga diri, jaga peribadi hiasi akhlak moga kita menjadi manusia yang dapat memberikan kebaikan dan manfaat kepada keluarga, dan makhluk-makhluk Allah dimuka bumi ini.. In sha Allah amin~ ^_^.. saya undur diri dulu dan saya sudahi dengan ucapan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.. ahaks .