THANK YOU NUFFNANG !!

November 20, 2015 2Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum salam Jumaat kawan kawan.

Semoga semuanya dalam keadaan yang baik dan positif okai !!!

Hari ni nak hapdet entry sikit tentang Nuffnang ni. haha.

Sebenarnya tiada apapun. tadi bila buka akaun nuffnang, saja nak tengok iklan apa yg sedang on going kat blog saya ni.

Ingatkan takda iklan. sebab pernah hapdet entry sedih kat nuffnang beberapa minggu lepas. hukhuk.

Taknak type panjang panjang.


Kawan kawan ku jangan lupa klik iklan nuffnang yang keluar kat blog saya ye. hukhuk. thank you.

Assalamualaikum~

JIKA KORANG DIBERI PILIHAN....

November 13, 2015 0Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. morning. hari ni nak post something untuk bantu support bisnes orang Malaysia kita.

Diorang dapat top 10 dalam SME Innovation Challenge  . so korang punya tugas cuma pilih je lah mana - mana yang korang layak dapat RM250,000. wuhuuu banyak kan.

Ada 10 Finalis. Contohnya macam kat bawah ni:
1. Freshcart Grocer
  • Freshcart Grocer is an online grocer with a proud mission: Delivering fresh and quality wholesome foods to people's doorsteps. They promise only high quality foods, with the following goal: “Changing the way we eat by simply changing how we value food”.
Kakitangan.com is an online leave application system available on desktop and mobile. 


3. WOBB 
WOBB is a job app for Gen Y. It helps young professionals find employers that want to hire the best talent, with insights into the company culture.


Dan lain-lain. Kalau nak tahu details sila klik which business do you think deserves RM250,000?

SEKIAN..


TEMPAT TRAVEL MENCABAR !!!


MINDSET IS EVERYTHING !!

November 11, 2015 0Komen disiniA+ a-



Assalamualaikum. 
Mari kita buka kunci kejayaan milik kita itu!


Semenjak dua menjak ni fikiran asyik more to positive ja. kekadang tu ada lah juugak ternegatif tapi most of the time memang positif. sebab target nak berjaya.

Bila nak berjaya, bukan cuma dimulut ja. tapi saya think with actions. sekarang ni pun saya sedang beraksi menuju kejayaan. haha. mohon doakan ya :D

Do not just dreamed about success but work for it because actions is the foundational key to all success. 

Masa started menyimpan emas untuk aset simpanan jangka panjang, macam biasa lah, most of the people come and ask me --> why you're doing it / that?  
Tapi saya tidak kisah dengan pertanyaan itu sebab percaya, suatu hari nanti mereka akan tanya saya lagi --> how you did it / that?

Yakin itu perlu. haha 

Dan nak buka kunci kejayaan kita perlukan beberapa kuncinya. Yang ni saya share daripada iReach. semoga bermanfaat untuk semua ^_^ !


Apa kunci pintu kejayaan?

1- MAHU: 
Kalau kita mahu, semua pasti boleh, semua pasti jadi. Kalau kita nakkan sesuatu, kita akan buat sampai dapat. kalau nak taknak, kita bg macam2 alasan. kalau mahu, kita akan usaaha untuk fokus usaha, tenaga & doa kita..

2- TARGET YG JELAS: Target mesti jelas.. apa yang kita nak sebenarnya? Kalau cuma nak asal ada bonus, kalau nak bonus RM1000, bgtau kat mentor kita (upline) bahawa kita nak yg itu. Jgn taktau apa yang kita mahu... Nanti kita taktau mana kita tuju & tak tahu apa nak buat.

3- MINDSET: Nak 1000 daya, taknak 1000 dalih. Kerana cinta lautan berapi sanggupku renang. Mindset kena jelas dan tetap. Sanggup hadapi dugaan kerana semua itu adalan cubaan utk berjaya. Jangan mengalah!

4- SANGGUP BELAJAR: Belajar dari orang yang dah berjaya dan PRAKTIK! Jgn suka belajar je, belajar tapi tak praktik nanti jadi karat dalam otak.

5- BERANI: Berani berjaya! Sebab orang berjaya ni mesti mengharungi perkara2 yang orang belum berjaya tak sanggup hadapi.

6- TOLONG ORANG LAIN: Kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita. Mudahkan urusan upline.... kalau dia ada tanya apa2 dlm group, ajak buat apa2... berilah respon. Jadi dia pun tahu apa yang kita perlukan dan bertindak accordingly... Mudahkan urusan downline dengan buat servicing terhadap mereka. Insya-Allah urusa kita pun licciiinnnn ja.

7 - KONGSI
Kita tahu sesuatu, kongsikanlah. Share share share. Ilmu ni bila dikongsi akan bertambah berkatnya.


SEKIAN. 


TEMPAT TRAVEL MENCABAR !!!!

OUTDOOR EDUCATION CENTRE DI KINARUT SABAH !!

November 10, 2015 0Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. selamat kepagian korang. selamat bercuti. 

Hari ni I get confused kerja or cuti. muahaha. datang ofis awal pagi. tak tau nak buat apa. so here I share about my work place, Outward Bound Sabah, Kinarut.

Outward Bound Sabah atau lebih dikenali sebagai OBS ni adalah adalah Outdoor Education. Lebih senang faham, pembelajaran diluar kelas. 

saya bagi contoh yang mudah untuk kamu faham, macam ni..

Kalau di sekolah, anak-anak ataupun adik-adik kita akan belajar didalam kelas. isnt it? Bila dalam kelas, most of the students akan boring dan mengantuk. sebab kenapa? salah satu sebabnya adalah penjelasan yang terlalu panjang lebar dan serius. Students kurang pengalaman luar. But still, pembelajaran dalam kelas masih penting. Cuma, kita juga perlu mendedahkan diri sendiri, adik-adik ataupun anak-anak dengan keadaan diluar.

Di OBS, pembelajaran adalah berasaskan luar bilik darjah. which is kamu dapat belajar sesuatu melalui pengalaman (learning through experience) dengan konsep 'learning by doing' . 


OBS jugak conducts Educational Training Programmes untuk membantu pelajar / peserta terutamanya, untuk diroang mengenal potensi diri diorang, apa kebolehan dan bakat yang diorang ada dan belajar mengenali atau alert dengan sekeliling.

Aktiviti di OBS bukan sahaja sesuai kepada pelajar, tetapi juga sesuai kepada orang dewasa. Banyak sudah orang yang berumur 60-an &70-an datang OBS untuk buat aktiviti teambuilding.

Memang sesuai untuk masyarakat luar. So kalau ada company kamu yang mau buat teambuilding, boleh pilih OBS sebagai salah 1 option utama. OBS juga menerima pelancong negara luar untuk buat aktiviti outdoor disini. Sebagai contoh, dari Singapore &China. Mereka memang kerap kali datang obs buat aktiviti outdoor sampai 10 hari hingga ke 20 hari pun ada.
"There is more in you if only you can be taught to realize this" - Kurt Hahn 
Dont worry, instructors disini mempunyai skills yang sudah terlatih. 

ni lah contoh dia, jurulatih juga akan ada training yang telah disusun khas untuk mereka menguasai skills tersebut sepenuhnya.

Okay ada yang tanya activities di OBS ni apa ja yang ada? hmmm jawapannya banyak. ikut berapa lama kamu punya kursus. lagi lama lagi lah kamu dapat merasa semua. ya ya ya.

Kalau ambil kursus 2d 1n then mau minta semua aktiviti, hmmmm sorry to sorry. Tidak sempat tu. hehe.

Antara aktivit yang ada disini, adalah sailing, Ropes Course, Camping dan lain-lain. kalau camping di obs, jangan minta kena sediakan sleeping bag ya. kamu kena bawa sendiri. di OBS back to basic. jangan mau minta sediakan kipas dan aircond. cubit kamu nanti.

Saya pernah menjadi salah seorang peserta yang mengikuti program Belia disini selama 14 hari. Antara aktiviti yang saya sempat buat adalah City Challenge di KK.

Ni city challenges yang kami buat. 1 team ada 10 orang. dan kami diberikan beberapa tugasan untuk kami selesaikan. Tugasan tersebut ada disekitar KK. masa diberikan. sangat enjoy!

santai babe! haha

Banyak gambar yang sudah terpadam dalam posting ni. Aktiviti Kayaking boleh rujuk di link ini saya dapat dari peserta yang juga pernah hadir buat aktiviti di OBS. Aktiviti Kayak ke Pulau

Antara barisan instructors yang bertugas. *update 2018, ramai instructors yang sudah tidak bertugas di OBS*. Saya pernah upload cerita pengalaman saya semasa saya jadi peserta di OBS last year.. cerita ada disini --> KEM KEPIMPINAN BELIA PART 1 dan KEM KEPIMPINAN BELIA PART 2. Baca lah manatau ada tips-tips yang kamu boleh gunakan haha. 



Kalau mahu tahu lebih lanjut, boleh ja hubungi bahagian marketing OBS. -->  0138507220 admin. . Info semua dia boleh bagi.






Sekian sharing dari saya. assalamualaikum.


TEMPAT TRAVEL MENCABAR !!!

APAHAL DENGAN NUFFNANG NI?

November 10, 2015 4Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. selamat pagi korang. selamat bercuti sempena deepavali. happy deepavali untuk rakyat malaysia yang menyambutnya.


Dah beberapa minggu ni kan asyik perati ja akaun nuffnang saya tu. Bila login masuk ok i nampak something yang hmmmmm sangat.

haha. Nuffnang ni dah kenapa ye? ggrrrrr!


BAGAIMANA SAYA BERMULA ?

November 06, 2015 0Komen disiniA+ a-

Asalamualaikum. 

Salam Jumaat. Salam kebaikan. Salam ke-Positifan.. wakaka. Macam pelik ja ayat tu.

Tajuk lain sikit hari ni. Iaitu Bagaimana saya bermula? Bermula apa? Bermula menyimpan emas. bermula minat nak belajar tentang emas. Bermula nak jadi orang yang celik emas. muahaha. Kamu mau ketawa, ketawa lah.

Ini serius. Bukan cerita tembirang. Awas kalau siapa cakap ni cerita tembirang. nanti biru mata kamu. hihi. ok gurau ! positive! positive ok ^_^.

Saya mula dengan kosong. ZERO. you know zero. zero is kosong. Saya mula berjinak jinak nak mengumpul emas dengan serius ni beberapa bulan yang lalu. Mula dengan melihat Kak Bee selalu post tentang emas. Auchhh! Mmg tertarik lah.

Lagipun, saya ni memang peminat emas tulen *bukan emas korea*. Tapi minat saja tak cukup kalau takda ilmu dan tak mau belajar untuk celik emas. KANNN?
Please say YESS. Haha.

So, dengan itu saya pun mula lah skodeng2 wall kak bee. pas tu hampir hari2 berfikir untuk menyimpan duit tapi sampai ke sudah duit disimpan kat shopping mall ja. 

Tiba-tiba.. ada satu hari tu kak bee open kutu emas. nak beli emas dengan bayar ansurans. saya pun eksited lah. sebab memang tepat pada masanya. dan saya pun inbox kak bee untuk details bla bla bla. Untuk permulaan memang agak memeningkan jugak untuk org yg tak pandai maths mcm saya ni. Almaklumlah Maths SPM saya dapat E ja. hakhak. sodihhhhh :( !

Tapi korang nak tau apa yang buat saya nekad nak belajar tentang emas ni? walaupun saya ni maths mmg tenggelam ke laut hindi. Salah satu sebabnya adalah sifat kak Bee tu sendiri. Sabar nak explain. sabar nak ajar org lembab mcm saya ni. dan bila saya tanya satu-satu persoalan, dia tak reply macam ni, "OK" "BOLEH" "BAIKLAH" "SUDAH" "BELUM" "YES" "NO" .

Kannnnn. Kamu bayangkan kalau kak bee reply macam tu. Rasa-rasa I nak tak belajar dengan dia?? Eiiiiiii ! Ofcos NOOOOO !

So kesimpulannya, nak belajar sesuatu carilah guru or org yang betul2 ikhlas nak mencurahkan ilmunya atau paling kurang, orang yg sabar untuk menjelaskan ssuatu perkara yg kita tdk faham. am i right or not?

Bila dah faham sikit tentang kutu emas ni, barulah saya ambil keputusan untuk join dengan bayaran ansurans RM100 sebulan x 10 bulan = RM1000.

Dan dalam masa yg sama saya sedang dan masih belajar untuk celik emas. daripada tak reti kira dan ambil tahu tentang emas, skrg dah ambil tahu dan nak I mau jadi celik emas. haha. doakan ya. 


Kak Bee masukkan saya dalam group orang orang yang bijak emas. Dalam group tu, diorang shared ilmu emas dan positive thoughts. Especially yg Islam tu jangan pernah tamak untuk bersedekah. hehe


Sekarang, saya baru sahaja sah menjadi ahli Powergold dengan bayaran RM350 seumur hidup dan saya dapat 0.5g syiling emas. 

Dan saya juga sudah membeli 1g Gold Bar yang lebih murah dari harga pasaran semasa dan dalam proses nak beli barang kemas untuk mama, In sha Allah.


jemput tengok jenis gold bar or emas powergold

Saya juga sedang konsisten kan diri setiap bulan bila masuk gaji, saya takkan pegi sorong troli kat shopping mall selagi mana saya tak membeli emas. kah3 !
Saya pernah update cerita tentang Perlukah Mengumpul Emas? So korang bacalah ye. Tak rugi baca. hehe. memang takkan rugi.


At least kan. tiap bulan adalah saya nampak hasil penat lelah saya bekerja selama ni bila dah ditukarkan kepada emas. kohooo !

Emas bukan untuk kaum wanita sahaja ya. Yang lelaki digalakkan mengumpul gold bar serendah 1g setiap bulan dan dinar. 

Ada duit tak semestinya ada emas tapi bila ada emas, semestinya ada duit kan.

Antara benda best bila jadi ahli powergold ni ;

Tiada paksaan dan tidak wajib mencari ahli, tiada paksaan dan tidak wajib buat belian setiap bulan dan tiada paksaan dan tidak wajib buat jual beli emas.

Matlamat kami cuma untuk menggalakkan orang ramai menyimpan emas sebagai salah satu alternatif aset jangka panjang serendah (1 Gram 1 Bulan) atau lebih daripada 1 Gram.

Sorryyyyy siapa yang nak kaya dengan bisnes 4D (DUDUK DIAM DAPAT DUIT), ini bukanlah tempat kamu. 

Saya terapkan, 
Man Jadda Wajada - "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan mendapat apa yang diusahakannya".
 "Man zara'a hasada -  "siapa yang bercucuk tanam (Inshallah) akan menuai hasilnya."
"Man yajtahid yanjah - "siapa yang berusaha (Inshallah) akan beroleh kejayaan."


sekian terima kasih. Semoga entry ini bermanfaat untuk kita semua :)


TEMPAT TRAVEL MENCABAR !!!