BERSYUKUR !

November 30, 2013 0Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu kawan-kawan semua. Apa aktiviti kawan-kawan hari ini? Sibuk? Bercuti? Atau stay kat umah saja? hihi.

Bersyukur sangat sebab line internet dah okay hari ini. Dah lama jugak saya tak berkongsi CPUV saya kat sini. So memandangkan sekarang line tenet okay bolehlah saya share kat korang. Tapi sebenarnya last saya dapat CPUV pun kelmarin ja. Hari ni tak ada lagilah. Apapun, thanks korang yang tak jemu klik nuffnang saya. Tq so much. In sha Allah ada masa saya akan klik semula dan berkunjung ke blog kawan-kawan.

Okay lah. Saya nak tunjuk gambar kat sini.
keywords hari ini di blog fifiy-fitrianiee.blogspot.com
Hahahaaha. Sedikit lucu keywords hari ini. But yeahhh Alhamdulillah untuk semuanya. thanks yang search keywords tu.

cpuv nuffnang blog fifiy-fitrianiee


Nampak tak? Haaa itu antara CPUV nuffnang yang sedang on going. Alhamdulillah. Setakat ni yang terbaru pun yang ada panah merah tu aje. Yang lain tu dah lama. Tapi tetap bersyukur and terima kasih Nuffnang sebab setia memberi CPUV kepada iklan di blog saya.

Dari mula saya meletakkan iklan Nuffnang di blog saya, rasanya tiada siapa yang perasan. Tiada siapa yang klik. Kalau ada pun cuma dapat tak sampai 50sen and tak pernah dapat CPUV langsung. Tapi sekarang Alhamdulillah. Sedikit sebanyak saya dah dapat CPUV dari mereka.

Okayy lah itu ja nak bagitahu. Tq semua. tq Nuffnang. Daaadaaaa

SELAMAT PAGI~

November 28, 2013 1Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Good morning everyone. Jyeahh ! Segar. Seperti hari kelmarin juga sedang sibuk menyiapkan layout Cosmic News yang akan di publish tidak lama lagi. Hahaha!

Awal pagi dah kena marah. Siapa yang marah? Ofcoz lah sir kitorang. huhu. Apa boleh buatlah. Sabo je den. ngehngeh !

Nak hapdet entry dari lappy memang tak lah. Line broadband celcom slow memanjang. hehe. So guna wifi je. Ok itu ja nak bagitahu. Out~

LONG TIME ~

November 27, 2013 1Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Long time no write up in my blog. Rindu sangat. Ekeke~ Semenjak bermenja-menjak ni asyik sibuk aja. Biasalah wartawan kan. Kesana kesini perlu mengejar berita dan siapkan on time. Fuuhhh. Im so tired. Triple super duper tired u know.



Hari ni pun curi masa sedikit untuk hapdet entry kat blog ni sebab dah rindu sangat. Walhal assignment kat meja I ni bertimbun. So many stories I kena cover tapi curi masa sikit je untuk blog. hihihii. Harap kawan-kawan tak jemu berkunjung kesini.

I hope korang sihat . Tatatitutuu~~ out~

TIDAK MAMPU KU HURAI DENGAN KATA-KATA..

November 11, 2013 1Komen disiniA+ a-


Assalamualaikum. Alhamdulillah line internet hari ini kira memuaskan hati jugak. Syukur sangat.
Dah nak seminggu tak jenguk facebook dan blog dan email. Alahai kesian.

Sejahat-jahat mulut wanita apabila bergosip lagi jahat mulut lelaki apabila membicarakan sesuatu perihal. Terutamanya ketika melepak dengan kawan-kawan. Yang menjadi perbualan mereka adalah wanita. Kawan lelaki dia buat silap, orang perempuan pulak yang dicerita itu dan ini.







Payah jugaklah. Perasaan benci sebenci bencinya dengan orang lelaki ni agak menebal hari ini. Rasa sakit dalam hati ni tak mampu dihuraikan dengan kata-kata. Nak marah pun dah tak terdaya. Nak maki pun dah tak mampu.


Dah tak boleh kenal siapa lawan siapa kawan. Memang dah tak boleh. Arghhhhhh !!! Dah lah esok midterm. Tiada fitnah yang lebih hebat melainkan fitnah dajjal. Ok sekian~ . Harap yang menyebarkan semua fitnah itu Allah pelihara aibnya didunia sampai ke alam sana.

Babaiii..

PUTERI SARAH TAK NAK BERLAKON ?

November 11, 2013 0Komen disiniA+ a-



Pelakon jelita Puteri Sarah mengumumkan yang dia ingin berundur dari dunia lakonan kerana mahu menumpukan perhatian dalam kerjaya disamping langkah persediaan sebelum bergelar isteri kelak.
Jelas pelakon berusia 28 tahun itu, keputusan yang diambil itu adalah  kerana memikirkan masa depannya dan bukan disebabkan kontroversi yang melanda.

Tambah Puteri Sarah lagi yang kini tampil dengan imej berhijab, hatinya sudah ditawan oleh seseorang namun enggan mendedahkan identiti jejaka yang berjaya mencuri hatinya
kerana menunggu waktu yang sesuai. 

"Cukuplah saya katakan hati saya sudah dimiliki. Setiap pasangan kekasih memang berharap dapat bersama dalam ikatan yang sah, tidak terkecuali kami, doakan saja hajat kami dipermudahkan," ujarnya seperti dipetik dari Berita Harian.

"Kalau saya sebutkan siapa orangnya, tentu saja tidak manis kerana saya ini wanita. Antara kami juga belum ada apa-apa ikatan. Tunggulah apabila tiba harinya nanti, tentu saja saya perkenalkan."

Pada masa masa, walaupun sudah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan, bekas kekasih Ammar Alfian ini masih lagi terlibat dengan tugasan belakang tabir.

"Apa pun, saya masih terbabit di bidang belakang tabir termasuk menjadi model peragaan butik Muslimah, itu pun hanya pada hujung minggu, Antara lain, saya turut membekalkan persalinan ini untuk sesi fotografi atau penggambaran."

Sementara itu, pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memohon agar peminat tidak keliru dan faham dengan situasinya jika menonton lakonannya  di kaca TV ketika beliau masih belum bertudung.

"Memang ada penonton yang tertanya-tanya melihat saya tidak bertudung di kaca TV. Saya jelaskan, itu dulu ketika saya belum berhijab. Mujur mereka faham dengan situasi berkenaan."



SEDIH !!!

November 08, 2013 2Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Selamat pagi. Dah beberapa hari saya tak update entry dalam blog ni. Nak jenguk blog pun dah tak best. Bukan sebab bosan tapi sebab line internet Celcom ni gedik sangat !!! huaaaaaaaa~

Mencik lah macam ni. Nak bukak email pun tak dapat. APTB ! Line internet please lah laju seperti sedia kala. I cukup setia dengan you tau. hmm *haha*..

Ok malas nak bebel panjang line slow. Out~

KEYWORDS 3 NOVEMBER !

November 03, 2013 4Komen disiniA+ a-

keywords 3 Nivember 2013.

Assalamualaikum. Sehari ni tak online blog. Malam ni baru sempat jenguk blog tersayang ni. haha. Then tiba-tiba tergerak hati nak login Nuffnang. Bila login tengok pada keywords, tergelak seketika tengok keywords kat atas tu. haahhahaha !

Cer tengok pada keywords number 2 dan 3. haha. Rasanya budak sekolah yang search keywords ni. Nak buat karangan SPM kot. hehe. Kalau tak pun, kucing dia hilang. kesian kesian kesian. Saya pun pernah jugak merasa kehilangan kucing ni 2 kali dah. huhu. Memang sedih. *erhhh ! tak tanya pun*.
haha kejam lah korang kalau dalam hati ada macam tu. ehee ;)

Tapi Alhamdulillah ada jugak orang search Cozuma and Mineral Coffee. Dan ada yang PM tadi, kata dia ada baca blog I tentang mineral coffee ni and nak order Mineral coffee. Syukur ^_^. Kawan-kawan bloggers yang nak order pun boleh PM jugak k. hehe. Barang baik punya. Hanya RM26.50 sekotak (Semenanjung) tak termasuk postage. RM27.50 (SS) juga tak termasuk pos RM9.

Ekeke. Ok lah itu ja nak bagitahu dalam entry ni. Apa-apa pertanyaan, direct email fitrianieefifiy@yahoo.com.  Dadaaaaaa~ Out.

FOOD YUMMY !!

November 02, 2013 1Komen disiniA+ a-












tamat..

NOVEMBER GIVEAWAY BY CIK YAYA.

November 02, 2013 2Komen disiniA+ a-


Nak Join? Meh Klik Banner.

GIVEAWAY SMALL STAR.

November 02, 2013 1Komen disiniA+ a-

http://isyahsazalee.blogspot.com/2013/11/giveaway-small-star.html

APA DAH JADI ??!

November 01, 2013 2Komen disiniA+ a-


Assalamualaikum. Selamat malam kawan-kawan bloggers. Pening kepala den nak memikirkan ayat sesuai untuk membuat berita ni. Dari tadi asyik menunggu internet ni laju ja untuk download rakaman interview hari tu. 

Memandangkan deadline nya adalah 1st oktober nak kena submit menggunakan email kepada lecturer ku so terpaksa jugaklah dengan sabar menunggu internet ni laju. Kemonn lah 2gb ni takkan lah tak laju lagi kan. haihh !  hekhekhek. Sebenarnya dah ok dah internet sekarang ni dan Alhamdulillah dah dapat download rakaman tu. So now nak kena dengar semula rakaman hasil interview saya dengan mereka itu dan tulis semula ke dalam microsoft word :P . ishk3 ! Banyak keja. 

Tadi awal pagi nak buat tapi memandangkan kena hantar adik pergi konvo dia dan balik dari konvo adik tadi, terlupa pulak I nak buat. ahaha ! Kerlasss kau fifiy. Siap lupa lagi. Sir Ivan dah marah tak habis-habis dengan kau :( ! huahuahua. Malam ni baru teringat yang assignment ni nak kena siapkan dan hantar pada 1st November. grrrr -,-

gambar boglist ni dari google.
Ok lah kejap lagi I buatlah assignment tu. Sekarang ni nak hapdet entry untuk cerita tentang mereka-mereka yang berada dalam bloglist tu. Saja masukkan diorang dalam bloglist tu sebab dari blog diorang tu lah saya belajar benda baru dalam dunia blogging ni. Saya suka baca entry dari penulisan mereka walaupun berbentuk peribadi, dan ada diantara mereka itu adalah blogger yang femes dan otai macam Abang Ben, Kak Lyssa, Emas Putih aka Kak Uzu, FizGraphic.Com, Cik Fie, Cik akak, Ana Ahmad, Hanis Zalikha, dll.

Ada juga diantara mereka yang berada dalam bloglist saya tu merupakan tempat saya merujuk tutorial yang berkaitan dengan blog ataupun kecantikan. Selain tu, ada juga blog yang berbentuk keagamaan yang saya masukkan dalam bloglist saya tu. hehe. Best baca !

Tapi apa dah jadi bila saya cek bloglist saya beberapa minit yang lalu, saya perhatikan ada yang sampai berbulan tak hapdet. Hahahaha. Paling lama 9 bulan. Dan paling latest hapdet dari beberapa orang daripada mereka adalah beberapa minit yang lalu. Alhamdulillah. Nanti boleh baca entry mereka. hehe

Nanti kalau berkesempatan, In sha Allah nak update bloglist saya yang sudah berkurun abad tu. hahaha *over*. Tapi In sha Allah yang rajin hapdet tu akan dikekalkan. otai tak otai, femes tak femes kalau hapdet 3 bulan sekali pun payah jugak kan. hehe. Sebab nak baca nanti dah macam tak feel dah. Ya dok? 

Ok lah.. setakat ni saja coretan ku untuk malam ni. Nak sambung buat assignment. Best of luck untuk semua kawan-kawan bloggers yang dihormati dan dikasihi. Night ! 

Jangan jadi macam kat bawah ni dah lah ye. hahaha.


CABARAN BERKAHWIN UNTUK ANAK MUDA ZAMAN MODEN.

November 01, 2013 5Komen disiniA+ a-

Anak muda sekarang antara cabaran nak berkahwin, nak berumahtangga ialah duit.

Sebab itu kadang-kadang, kita akan nampak ada yang berkempen fasal nikah khitbah, atau kempen majlis kahwin murah, atau kempen harga hantaran rendah.

Apa saya nak kongsi bab duit ini ialah sebenarnya pertama sekali kita kena belajar jimat cermat.

Kadang kita merungut harga hantaran mahal, tapi pada tangan kita ada handphone paling baru. Kadang kita sanggup gaduh dengan Ibu Ayah sebab kos majlis kahwin mahal, tapi baju seluar kita custom made, kita selalu pergi melancong, beli gajet-gajet dan sebagainya.

Bila kita dah set nak kahwin, kena faham yang kita dah set nak berkorban. Antara pengorbanannya ialah berjimat.

Kahwin kalau tak pandai berjimat, memang habis la kita. Kalau majlis kahwin, majlis akad nikah boleh kita murahkan, kehidupan pula belum tentu.

Kehidupan akan menuntut banyak wang daripada kita. Bil api air, bil internet, kereta, minyak, perabot, sewa/beli rumah, barang dapur, dan lain-lain lagi. Kita juga akan berhadapan dengan kenaikan barang, harga minyak dan sebagainya.

Kalau jenis boros, memang akan bawa masalah kepada rumahtangga.

Jadi nasihat saya untuk diri saya terutamanya, mari belajar berjimat.

Selain menjauhkan diri dari boros berbelanja apa yang tidak penting/tidak perlu, apa sahaja duit kita dapat, baik dari biasiswa atau ibu bapa atau kita niaga, pastikan ada peratus untuk simpanan.

Walaupun saya telah berumahtangga, saya masih amalkan berjimat ini.

Setiap wang yang saya perolehi, banyak atau sedikit, saya akan potong 50%. 50% untuk simpanan, dan tidak akan dikacau. 40% untuk urusan hidup. 10% infaq/sedekah.

Satu lagi yang saya amal sekarang, saya jumpa tips seronok - menyimpan duit kertas RM5. Setiap kali habis berbelanja, kumpulkan semua duit kertas RM5 yang ada.

Boleh guna masa emergency dan sebagainya.

Jimat cermat ni, kalau dah dibiasakan semenjak sebelum kahwin, semenjak muda belia, banyak manfaatnya kepada diri.

Jangan hanya pandai merungut dengan cabaran yang datang. Kita sendiri kena pandai mempersiapkan diri.

10 SEBAB KENAPA ANDA PERLU KAWIN MUDA.

November 01, 2013 0Komen disiniA+ a-

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :

#1 Tuntutan agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?
KELEBIHAN NIKAH
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.

#2 Mengelak daripada zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight,  bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

#3 Menjadi lebih bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja @ belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.

#4 Menimbulkan ketenangan jiwa
Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina :)

#5 Fikiran lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

#6 Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.

#7 Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan :P

#8 Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

#9 Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kebutuhan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

#10 Jangan tunggu lama-lama
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah.
*  *  *
Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya,
yang bersama anda di kala panas atau hujan,
yang sudi melengkapi kekurangan anda,
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda,
yang akan melahirkan zuriat anda
yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya…
Apa ditunggu lagi??
Hantarkan rombongan meminang! Besok juga!


sumber 

CPUV & KEYWORD NUFFNANG 1ST NOVEMBER.

November 01, 2013 2Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Selamat tengah hari. Pergh ! Alhamdulillah now dah kat rumah. Baru balik dari konvo adik kat Wisma Muis. Sampai ja umah terus hadap laptop nak jenguk blog kesayangan ni. hehe. 
Then login Nuffnang. Tengok ke keyword then keluar pulak yang ni. Ada jugak ke orang search benda ni? ehehehe.

sila klik untuk melihat dengan lebih jelas
Dan lepas ja lihat pada keywords, terus arahkan cursor saya ke earning. Bila tengok pada earning ni, tak perasan pulak ada CPUV untuk hari ini. Tapi yang pelik ni I dapat dua pulak. Alhamdulillah walaupun blur kejap tapi bersyukur jugak. Nak tengok CPUV apa yang I dapat, meh kita lihat sama-sama ok ;).

Terima Kasih Encik Nuffnang. hehe.