NAK SAMBUNG DEGREE??

June 30, 2013 2Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Selamat Pagi. Sang Matahari baru menampakkan sinarnya. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Sebenarnya ada beberapa orang yang mencadangkan saya untuk sambung degree selepas tamat diploma nanti. Tapi tapi.... Saya tak sure lagi lah samada nak sambung degree or tak. Saya akan tengok pada situation and pointer nanti. 


Lagi pun rasanya, lepas tamat Diploma nanti saya perlu cari kerja dulu lah nak bayar PT tu. Nak sambung degree ni bukannya senangkan. Tapi jika ada rezeki saya pasti akan sambung jugak. Nak sambung dalam bidang apa? hmm. Banyak yang mencadangkan agar saya mengambil bahagian undang-undang tapi bila saya kaji semua setiap sisi bahagian peguam tu, ia sesuatu yang amat amat susah bagi saya lah. Nak jadi peguam ni bukan senang kan. Fikiran perlu cekap. Ya Allah, saya tak berkeyakinan dibidang itu.




Sekarang ni, saya rancang bila berpeluang sambung degree nanti, saya nak ambil course centre for languages. Kannnnn? Nak ambil English or Mandarin ?  Itu nanti belakang cerita k. Apa yang penting, sekarang ni saya kena fokuskan dulu dengan diploma saya dan akan usaha semaksima mungkin untuk fokus dengan pelajaran sekarang ni. Ada 1 semester lagi sebelum saya pergi praktikal. Tapi disebabkan final project, saya diarahkan oleh pihak kolej untuk tambah 1 semester lagi. Means ada 2 semester lagi lah baru saya pergi praktikal :( . so sad. Tapi takpa lah. Demi buat yang terbaik, saya redha ja. 

Yang penting hasilnya dikemudian hari nanti berbaloi bukan buat diri sendiri ja, tapi untuk family dan my lecturer jugak. hehe. Saya akan pastikan saya graduate sebelum Sir Ivan balik Australia. In sha Allah. Doakan saya k. :')
Semoga impian saya akan mnjadi kenyataan. In sha Allah. Aminnnn~

SPECIAL GIVEAWAY BY MYA FARISHA

June 30, 2013 1Komen disiniA+ a-

special giveaway by Mya Farisha


Special Giveaway by Mya Farisha bermula !
Bermula 29 Jun hingga 21 Julai 2013.
Klik banner untuk sertai.

MANA MAMA???? :(

June 29, 2013 0Komen disiniA+ a-


Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”


Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan
yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak
Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.



Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook.
Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di
mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan
hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari
sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka
di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat
nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah
apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua
anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .


Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak
kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana
sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari
jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum
berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak,
Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta
anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak
Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan
seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir
Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak
tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak
Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis
tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik
anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun
apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna
merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak
yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung
mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak
melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit
lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung
dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda
tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk
bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat
berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh
koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak
bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana
masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat
keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya
anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak
makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan
hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih
mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap
begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.


Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah
Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak
rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.


Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak
jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata
semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak
yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit
kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak
akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang
menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput
Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak
ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita
mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan
masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita.
Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau
kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat
bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar.
Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik
masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat
Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik
menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan
Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak
yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa
Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along,
Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along,
Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone
berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.


Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak
pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..


Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu
ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,


"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak
Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah
itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan
jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap
waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati
anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di
tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu
bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana
mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah
pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah
hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian.
Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan
Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu.
Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi
namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke
akhir usia.

#Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak.  Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua  dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah.  Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan  anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu  memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan  dari ibu tanpa berjawab? Samasama kita renungkan.

SAYA DIDENDA OLEH PIHAK MAXIS???

June 29, 2013 3Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum.  Selamat Petang saudara dan saudari semua. Cuaca petang ni ditempat saya agak mendung sebab baru ja lepas hujan lebat dan angin kencang sangat. Tapi Alhamdulillah ia merupakan suatu rahmat Allah untuk hambaNYA. hehe

Saya nak cerita tentang kejadian kelmarin. Lepas ja class habis dalam jam 3.30 petang macam tu, saya pun kol ayah saya untuk memastikan samada dia dapat ambil saya dikolej atau tak. Dan ayah kata tak dapat ambil dikolej dan dia akan ambil saya diterminal bas kk ja. So saya pun naik bas dengan Jessica. *menambang*

Bila sampai kat Terminal bas kk, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya dan angin sangat kuat masa tu. Kami pun berlari-lari anak untuk cari tempat berlindung. Jessica naik bas nak balik umah dia dan saya pulak tinggal sorang-sorang sebab ayah belum sampai. Dalam hati, terdetik jugak "macam mana lah saya nak pegi bayar bil postpaid saya kat Maxis ni" . Yelahh hujan kan sangat lebat dan jalan pulak sangat jemmmmmmmmmmm.. Tapi saya tetap jugak nak pegi bayar sebab dah lewat nak dekat seminggu kot.

Dan ayah pun kol dia dah sampai kat terminal. So kami pun p lah pasar malam. Dari pasar malam tu saya jalan kaki sorang-sorang ke MAXIS untuk membayar bil yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam bil. Redahh hujan dan akhirnya sampai jugak ke pusat Maxis.

Tapi bila tekan-tekan number fon pada mesin pembayaran tu, tak dapat pulak. "Nombor telefon yang dimasukkan tidak sah" kata mesin tu. Bila percubaan ketiga tetap gagal, saya terus ke kaunter pertanyaan. Dan miss tu suruh saya ambil nombor giliran. Tak sampai 10 minit menunggu, tiba giliran saya pulak ke kaunter.

Cek punya cek, saya ada dua akaun maxis iaitu Broadband dan jugak postpaid. Saya stopkan broadband tu dengan membuat bayaran dalam RM17+.__ mcm tu kot. Dan bila cek akaun postpaid saya pulak, saya agak terkejut bila dengar akaun yang perlu saya bayar. Perghhh menyirap darah dalam kepala saya masa tu. Miss tu bagitahu saya, total amount yang perlu saya bayar dalam RM1,6__  jugak lah. Saya tanya kenapa banyak macam tu? Dia kata, lewat bayar dari yang sepatutnya and maxis kenakan penalti RM1000. hamekkkkk kau ! Banyak tu. Then saya agak marah jugak lah sebab sepatutnya diorang bagitahu terus dalam surat. Ni tak.  Tulis dalam surat bagitahu total amount rendah tapi bila sampai maxis, lain pulak kejadiannya.

Kalau saya ni dah bekerja, may be amount tu tak menjadi masalah besar buat saya. Tapi ni saya still study. Dan yang paling tak best bila miss tu kata, kalau dalam masa 2 bulan you tak bayar habis, you akan kena suspend. hmm. Baiklah. Now saya kena fikir jalan penyelesaian masalah saya dan bukan fikir masalah saya. Apapa pun jadi, keep calm walaupun berat ^_^.

#saya dah taubat nak pakai maxis. sampai bila-bila pun tak akan pakai.

1st SEGMEN BY HAFIZ & FATIN DIANA

June 29, 2013 0Komen disiniA+ a-





jom join.. Tamat 30hb Jun 2013

SEGMEN MENANG WANG TUNAI RM100

June 29, 2013 0Komen disiniA+ a-






Assalamualaikum. $_$ nak duit ? Join lah saya. haha. klik banner k. $_$

KENAPA MENYEPI??

June 29, 2013 1Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Selamat tengah hari. Semoga semuanya dalam keadaan baik dan dalam lindungan Allah SWT. In sha Allah. Dah lama tak update entry kat blo ni. Jenguk blog pun dah jarang sejak beberapa minggu ni disebabkan kesihatan yang drop sikit dan broadband saya dah off kan. So sekarang guna prepaid aje lah. Kalau rajin den topup ye. Kalau nak jimat, tak payah nak topup and tak payah nak langgan internet. Tak gituuuu? haha.

Tapi rindu jugak dengan blog ni :( . Walaupun saya bukanlah blogger femes, tapi saya tetap sayang dengan blog ni. Terima kasih untuk sesiapa yang sudi datang berkunjung ke blog simple saya ni ye. kikiki :')

Hari tu family saya ada buat kenduri dekat umah. Ramai jugak lah cousin yang datang. Kawan-kawan takdak yang datang sebab buat kenduri dah jam 10 malam. Orang lain dah tidur kitorang baru nak makan. Penat weii.. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lanjar. Masa buat persiapan kenduri tu pulak, saya dah memang tak sihat nasib baiklah ada cousin dan makcik yang datang membantu mama saya masak and saya tolong jugak apa yang termampu tapi lepas jam 7.30 malam, saya dah tidur disebabkan dah tak larat. Lemas ja rasa. Apapa pun, saya nak ucapkan Terima kasih untuk my makcik and cousins yang sudi membantu. sayang kalian :)

Hari ni rehatkan diri dekat umah sebab masih tak berapa sihat. Hopefully esok atau lusa, im gonna be alright. In sha Allah. Doakan saya ye :') . Kamu semua jaga diri jaga kesihatan sebab keadaan masih berjerebu kat semenanjung dan Alhamdulillah dah semakin baik. tatatititutu~~~

TAHNIAH ZAHIRIL ADZIM DAN SHERA

June 22, 2013 1Komen disiniA+ a-







KUALA LUMPUR, 21 JUN 2013: Dalam kesibukan menghabiskan penggambaran filem Rentap The Movie, Zahiril Adzim atau Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 29, telah disambut berita gembira yang datang dua minggu lebih awal daripada jangkaannya dan isteri, Shera Aiyob.
Kehadiran putera sulung dalam hidup pasangan bahagia ini pada 19 Jun lalu telah melengkapkan kehidupan mereka yang mendirikan rumah tangga pada November 2011. Zahiril ketika dihubungi berkata, dia sangat teruja dengan kelahiran itu dan tidak menjangkakan Shera akan melahirkan bayi mereka lebih awal daripada tarikh sebenar.

                    "Syukur Alhamdulillah atas anugerah yang Allah SWT berikan ini. Semuanya berada dalam keadaan yang sempurna dan baik. Shera telah pun discaj daripada hospital dan kini berada dirumah dan dijaga oleh ibunya.

"Saya hari ini telah kembali bekerja setelah bercuti dua hari lalu kerana menguruskan isteri dan anak kami yang baru lahir itu. Semuanya bermula pada pagi hari Rabu lepas. Seawal jam 4.30 pagi dia mengadu kesakitan dan selepas itu sekitar jam 7.30 pagi saya hubungi doktor.

         "Dia memberikan saya panduan untuk mengenali kesakitan yang dialami Shera, samada ia adalah kesakitan biasa atau sudah tiba masa untuk dia melahirkan. Satu jam yang diberi doktor supaya saya memantau Shera dan selepas itu doktor mengesahkan dia akan melahirkan bayi hari ini.
"Selepas itu kami bergegas ke Hospital Ampang Puteri sehinggalah jam 3 petang, Shera dimasukkan ke labor room dan pada jam 3.47 petang dia selamat melahirkan bayi lelaki secara normal. Tetapi saya terlupa beratnya tetapi semua berada dalam keadaan sihat sahaja,"cerita Zahiril mengenai cahaya mata pertamanya yang belum diberikan nama lagi.

               Mengenai nama, Zahiril dan Shera belum lagi menamakan anak mereka itu, tetapi sudah mempunyai beberapa di dalam pilihan. Dia juga belum bersedia untuk mengumumkan pilihan nama anaknya tersebut dan akan berbuat demikian apabila tiba masanya nanti.

                       "Saya dan Shera memang dah tahu jantina anak kami sebelum dilahirkan dan saya ada beberapa nama dalam pilihan. Tetapi saya belum menentukan yang mana satu nak diberikan untuk anak saya itu. Bila sampai masa nanti saya akan umumkan kepada semua,"ucapnya bila ditanyakan nama putera sulungnya itu.

Bergelar seorang bapa buat pertama kalinya, Zahiril mengakui ia sedikit sebanyak memberi impak kepada perjalanan hidupnya. Kini dia mengaku agak malas untuk keluar bekerja kerana mahu sentiasa bersama anaknya itu.

"Sekarang saya macam malas nak keluar daripada rumah sebab seronok untuk ada bersama-sama dia(bayi). Macam hari ini saya kembali ke set penggambaran asyik teringatkan dia. Kalau rindu sangat saya tengoklah gambar dan video yang ada di dalam telefon.

"Suasana di dalam rumah juga sudah berbeza sebab ada tangisan bayi, ia sebuah perasaan yang mengujakan dan kalau boleh nak cepat-cepat pulang bersamanya,"tambahnya lagi.

Pelakon Lelaki Terbaik di FFM 25 lalu itu kini sedang menghabiskan penggambaran untuk filem Rentap dan bakal kembali sibuk dengan projeknya akan datang itu untuk filem Juvana The Movie. Filem itu bakal menjalani penggambaran untuk dua filem serentak iaitu Juvana The Movie 2 dan 3.


Teks oleh Kheme Rosly

PART 3 - HARGAI SI DIA YANG MENYAYANGI KITA

June 21, 2013 0Komen disiniA+ a-

--------------------------------------------------------------------------------

Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.
"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya Zikri.
"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau", tolak Nura.
 
Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.
"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri.
"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura. 

 "Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan.
 
Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.
"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.
 
Nura menangis semahunya di bahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.
 
Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.
 
"Ya, betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi.
 
Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa. 

 Hilmi masih menanti di luar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.
"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat", terang doktor pada Hilmi.
"Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi.
 
"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.
 
"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura, kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura.
"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi.
"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.
 
"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi.
 
Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam di halaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hospital, dan mujur jugak Nura pengsan di halaman, dapat dilihat orang. 

"Mama, kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja di rumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.
 
"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah." balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.
Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat di hospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.  

 Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar.
 
Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.
"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor.
"Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.
 
"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.
"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat." 

 ------------------------------------------------------------------------
BERSAMBUNG DISINI

PART 1 - HARGAI SI DIA YANG MENYAYANGI KITA

June 21, 2013 0Komen disiniA+ a-

Ini sebuah cerita. Tentang suami isteri. Boleh dijadikan pengajaran walaupun hanya sebuah rekaan  tapi ada teladan di sebaliknya. Khas untuk kawan-kawan yang dah dah kawin, akan kawin tak lama lagi dan kepada sesiapa sahaja.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 




Nura memerhatikan jam di dinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh ... dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.
2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.
"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "
"Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". jawapan yang cukup mengecewakan Nura.
"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati.
 
"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu". pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur.
 
Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.
"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya. Aargghh rindunya Nura pada abang.
" Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".
 
Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan khusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.
 
"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat. "Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Nura pada abang.
-------------------------------------------------------------------- 

"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.
"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh.
"Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaatler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal.
"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi.
"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.
"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah". terang Hilmi.
"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri.
"Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.
---------------------------------------------------------  

bersambung disini

PART TERAKHIR - HARGAI SI DIA YANG MENYAYANGI KITA

June 21, 2013 0Komen disiniA+ a-

"Ermmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi.
 
"Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira". pujuk Hilmi menenangkan Nura.
"Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.  "Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur.
"Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah. 

"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.
Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya.
Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.  

 Abang yang Nura rindui,
Abang, maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang. 

Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setiap katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa setiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang.
 
Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha.
Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika.
 
Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.
 
Abang yang Nura rindui...
Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang...
Nura rindukan abang... ... Nura rindu sangat dengan abang... ..rindu bang... rindu sangat... .
Sekian, 

Ikhlas dari nurani isterimu
Nura Ain Bt. Abdullah

SAMBUNGAN PART 2 - HARGAI SI DIA YANG MENYAYANGI KITA

June 21, 2013 0Komen disiniA+ a-

 --------------------------------------------------------------------------------------------------

Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.
"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas. "Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,". Janji Hilmi.
"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi.
"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.
 
Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.
-------------------------------------------------------------------------
"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi... " ayat Hilmi terhenti disitu.
"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" Celah Zikri.
"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.
 
"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkas Zikri.
"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan " Jelas Hilmi.
 
"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"
"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup". Ujar Hilmi.
---------------------------------------------------------- 


                  Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi di kampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.
          
                     Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang. 

                  Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada abang.
--------------------------------------------------------------------

"So you dah tahu I dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.
"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?
--------------------------------------------------------------------
 

"Abang,Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.
"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrgg rindunya Nura pada abang. Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.
Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.
 
Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada di depan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.
 
Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.
"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.
"Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.
 

"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.
"Eh..dah pandai menjawab,"perli Hilmi.
Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan.
"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura.
"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.
Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.
 
"Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? " dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan.
 
"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul... "
Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.
 
Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.
 
Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.
--------------------------------------------------------------------
 


BERSAMBUNG DISINI 

RENUNGAN DI PAGI HARI JUMAAT - SPEECHLESS

June 21, 2013 0Komen disiniA+ a-









#PENGAJARAN :




Peringatan untuk diri saya sendiri jugak. Semoga bermanfaat untuk kita semua ya.

ALHAMDULILLAH ~

June 21, 2013 1Komen disiniA+ a-



Assalamualaikum. Perasaan gembira menyelubungi hati ni bila Login ja Nuffnang terus tengok pada status Glitterati. Dan Alhamdulillah I got it back. Hari tu ada tulis entry tentang status Glitterati Nuffnang saya yang ditarik balik disebabkan saya memasang Iklan weeclicks di blog saya. Dan tunggu punya tunggu, finally you're here. Tq Nuffnang. Saya sangat-sangat menghargai kesudia pihak anda mengembalikan status glitterati tu. ehee. Setia hanya untukmu. Aissehhhhhhhhhhhh ! Alhamdulillah. Terima Kasih sekali lagi. 







RENUNGAN JIKA ESOK TIADA LAGI !

June 21, 2013 0Komen disiniA+ a-


Jika Esok Tak Pernah Datang

Bila kutahu ini akan menjadi terakhir kalinya kulihat dirimu terlelap tidur, Aku akan menyelimutimu dengan lebih rapat dan berdoa kepada Tuhan agar menjaga jiwamu.

Bila kutahu ini akan menjadi terakhir kalinya kulihat dirimu melangkah keluar pintu, Aku akan memelukmu erat dan menciummu dan memanggilmu kembali untuk melakukannya sekali lagi.

Bila kutahu ini akan menjadi terakhir kalinya kudengar suaramu memuji, Aku akan merekam setiap kata dan tindakan dan memutarnya lagi sepanjang sisa hariku.

Bila kutahu ini akan menjadi terakhir kalinya, aku akan meluangkan waktu ekstra satu atau dua menit, Untuk berhenti dan mengatakan “Aku mencintaimu” dan bukannya menganggap kau sudah tahu.

Jadi untuk berjaga-jaga seandainya esok tak pernah datang dan hanya hari inilah yang kupunya,  Aku ingin mengatakan betapa aku sangat mencintaimu dan kuharap kita takkan pernah lupa.

Esok tak dijanjikan kepada siapa pun, baik tua maupun muda. Dan hari ini mungkin kesempatan terakhirmu untuk memeluk erat orang tersayangmu.

Jadi, bila kau sedang menantikan esok, mengapa tidak melakukannya sekarang?
Karena bila esok tak pernah datang, kau pasti akan menyesali hari.

Saat kau tidak meluangkan waktu untuk memberikan sebuah senyuman, pelukan atau ciuman. Dan saat kau terlalu sibuk untuk memberi seorang yang ternyata merupakan permintaan terakhir mereka.

Jadi, dekap erat orang-orang tersayangmu hari ini dan bisikkan di telinga mereka, bahwa kau sangat mencintai mereka dan kau akan selalu menyayangi mereka.

Luangkan waktu untuk mengatakan “Aku menyesal”, “Maafkan aku”, Terima kasih”, atau “aku tidak apa-apa”
Dan bila esok tak pernah datang, kau takkan menyesali hari ini.

Hargai masa dan ruang yang telah Allah pinjamkan untuk kita dimuka bumi ini.

"SEGMEN TOPUP 3 HARI BERSAMA AKUBAHRAIN"

June 21, 2013 2Komen disiniA+ a-



http://www.akubahrain.com/2013/06/segmen-topup-3-hari-bersama-akubahrain.html


Jom join Segmen Topup dari akubahrain.com kali ke-2
Segmen ini akan berlangsung selama 3 hari sahaja mulai pada jam ini.
TAMAT pada pukul 11.59 malam bertarikh 22 Jun 2013.

SYARAT-SYARAT :
(SILA BACA DENGAN TELITI!)

(1) Follow blog akubahrain.com termasuk Google +
(2) Buat entry bertajuk "Segmen Topup 3 Hari Bersama akubahrain"
(3) Wajib Copy dan paste Code html Yang telah disediakan Oleh akubahrain.com pada entry korang

Tutorial Copy paste kod html




(4) Wajib klik di sini [jujur] --> SINI, SINI dan SINI
(5) Letakkan url entry korang di blog ini --> akubahrain.com


HADIAH :
Cabutan Bertuah
RM5 x 6

SELAMAT MENYERTAI SEGMEN!

2ND GIVEAWAYS BELOG IZYAN SHAMBA

June 19, 2013 1Komen disiniA+ a-



Joined !! hehehe. yg nak join klik pada banner ye.

TOPUP GIVEAWAY ! BY NABILA MEDAN

June 19, 2013 0Komen disiniA+ a-


CERITA CINTA SAMPAI MATI

June 19, 2013 4Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Cerita ni saya copy dari blog kak Uzu. Cerita ni menyentuh hati kecil saya. Memang sedih sangat !!

 
"Cerita ni aku jumpa masa tengah blogwalking tadi
gilaa sedih cerita kakak ni.
korang baca sendiri" - kak uzu-

Sume harapan n impian aku musnah..
aku meneruskan life aku sbgai sorang student..
tapi aku sunyi..dia ambik 2thn life aku..
n now aku dah x pk boy..kapel jaoh skali..
pengalaman lepas bnyak mngajar aku..dia ada sms aku selepas beberapa hari aku balik dari utm..
dia mntak maaf n mntak aku lupa dia..sengal..ingat mudah ke??dia xde prasaan ke??
dia nak aku mula kan hidup baru n wish gud luck utk aku..
sakit hati aku dgn sms tu..
aku cuma reply thanx a lot n mntak jgn ganggu aku lg..aku gak wish dia bahagia dgn tunang dia..
lepas tu dah xde berita dari dia..


1 april 2010..

3bulan berlalu..bulan ini adalah bulan utk bday dia..aku xdpt lupa bday dia..namun aku dah ok sket dari dulu..
juz pk nk tumpu pada study n dpt kje elok2...n prinsip aku, no boys no cry..
lagi seminggu bday dia..adui la..nape bday dia sgt kacau aku..bila ingat bulan 4, msti ingat bday dia..
hari ni aku cuma ada klas ptg..nasib baek..xde mood nak blaja pg ni..huhu..nak study pn xde mood..so, juz bermalas kt katil la..huhu..
dan aku terlelap..dalam tidur, dia hadir dalam mimpiku..hmm...wajah yg sangat aku rndu muncul d dpn aku..dia senyum dan dia ckp nak jumpa aku..
aku nampak dia nangis...
jam yg aku set pada pukul12tghr brbunyi...aku tjaga dan mematikan jam...hmm...nape ngn dia??tdo siang, mainan tdo je tu...
aku trus bangun dah brsiap utk ke kelas pada jam 2ptg..aku mandi, lunch n solat zohor..dlm doaku, aku pohon kebahagiaan dan keselamatan dia..
air mata aku menitis lagi..

sewaktu kelas dijalankan, handfon aku bergetar..ada call dari 1 nombor yg x dikenali..aku abaikan..kalau penting, orang tu akan call aku lagi..
namun, panggilan itu berlanjutan sehingga 5kali x djawab...aku mula rasa x sedap hati..
selepas klas, aku call nombor tadi...

"assalamualaikum.."
"waalaikummussalam..sape ni??"
"erk..saya tasya, gurl yg bf awk ckp tunang dia hr tu..."
"so??awak nak ape???"
"sabar jap..dgr dlu pe saya nak gtau...sbnarnya, saya bukan tunang dia..saya sepupu dia..n saya tau awak gf dia sejak awal hubungan korang..
n hari tu saya xsangka dia knalkan saya sbgai tunang dia..saya tkejut jugak..awak..dia sakit..dia buat cmtu sbb dia nak putus ngn awak..
dia xnk awak tengok dia sakit..n dia xnk awak merana nnt..dia nk rhsiakan pnyakit dia dr awak.."
"what???dia sakit pe??awak jgn nak wat cerita laa..."tanpa aku sedar, air mata aku laju mengalir d pipi..
"kanser...kanser otak..n skarang pluang dia tipis sgt..doc pun xdpt buat pape dah..dia degil..xnk operate..awak...he's dying..
doc ckp dia mgkin ada masa dlm 3mgu je lagi..skarang, bnyak bnda dia xingat..kanser tu dah serang bhgian ingatan dia.."
aku terduduk, xmampu nak cakap pe ag..
"awak...dia kt mane??"tanya aku dlm esak tangis yg cuba d kawal..
"sabah..saya rsa baik awak dtg..jmpa dia sbelum trlambat.."

teringat balik kata2nya beberapa bulan lps sbelum kitorang putus..

"makcik, nnt dah kwen, n dh tua nnt, kalau saya nyanyuk, awak nk jaga saya x??"
"tapi kalau x salah saya, pratus nyanyuk lg cepat kna kt pmpuan kan..."
"ala...tu kajian laa...jwb laa.."
"mesti la jaga..everythg pasal awak saya jaga punya laa.."
"even saya xkenal awak??"
"yup..insyaAllah."
"kalau saya nyanyuk masa muda ag??maksud saya, b4 kita kawen.."
"ada ke??"
"ada laa...tapi jarang sgt la kot.."
"pakcik betul la dia ni.."
"jwb laaa...."
"hmmm...jap..awak save saya kt mane sbnarnya?? kat otak awak or hati awak??"
"hati laa..npe??"
"ne de org nyanyuk kt hati..ish..so, xde alasan awak nk lupa saya..hehe.."
"hmm..org tnya serious laa..."
"hmmm...camne ek?? ha!! saya akan brkenalan semula ngn awak..dan buat memori baru ngn awak..hehe.."
"awak x tinggal saya n cari org lain??"
"saya sayang awak la...u r the 1 n only kan.."

rupa2nya dari awal prkenalan kami dia dah tau tentang pnyakitnya..patut la dia prnah gtau yg dia sakit kpala..
bila tnya nape, dia ckp sbb stay up buat assignment..tp jarang sgt la dia mengadu..
n dia decide nk putus lepas dia dapat tau ingatan dia akan hilang..sebenarnya dah banyak tanda dia tunjuk kt aku..
tapi aku xpnah nampak..n patut la dia suka ckp pasal mati..n pada masa tu,segala kekuatan aku hilang..

camne aku nak g sabah??tket mahal..bila check tket, plg kurang pn rm400 utk air asia..tu pun utk nex week..
k..aku book yg tu..tpaksa la tunggu lagi seminggu n kebetulan ada cuti khas seminggu masa tu..
tiap2 hari aku doakan kesihatan dia dalam tangisan..terasa lambat masa berlalu..


8 april 2010..

aku menaiki bas utk ke kl..n menaiki teksi utk ke airport..penat pjalanan yg tpaksa aku tempuh langsung x terasa..
demi dia yg aku sayang, cinta..


9 april 2010..day 1

akhirnya, aku tiba di kota kinabalu, sabah..d sana, tasya telah menunggu ketibaan aku..
dan kami terus menuju ke hospital..

sampai d hospital, perasaan aku bercampur baur..
tasya dah gtau aku supaya tabah n sabar bila tengok dia nnt sbb dia bukan lagi org yg sama aku knal beberapa bulan lalu..
pintu ward03 aku tolak perlahan dan aku nmpak sekujur tubuh terbaring lesu, lena d katil..tasya mengekori aku dari blakang..
d sebelahnya seorang perempuan yg agak berusia..aku yakin itu adalah ibunya walaupun kami x pernah bertemu..
aku salami ibunya..kami berpelukan dalam tangisan..ternyata ibunya mengenali aku..dia meminta aku memanggilnya ibu..
ibu memberi laluan dan membiarkan aku dgn si dia...

hampir x ku kenal insan yg amat ku sayang..badannya kurus melidi..mukanya pucat dan kepalanya botak..
sebak...npe sampai macam ni keadaan dia??aku tenggelam dlm tangisan..badan ku sangat lemah..dan aku rebah d tepi katil dia..

awak...sampai hati awak tanggung sakit ni sorang2..awak..siapa saya kt hati awak??
bukan kita dah jnji nk susah senang brsama??n saya dah jnji nk jaga awak..

aku terjaga dan memandang sekeliling..aku mncari kelibat dia..aku nmpak tasya mghampiri ku..

"tasya..dia.."
"sabar wak..awak pengsan..dia dah sedar..pergi la jumpa dia..kt bilik sebelah.."
perlahan2 aku bangun dan memasuki bilik nya..
aku nmpak dia bersandar lesu d katil sambil memegang handfon..bila dia sedar kdatangan aku, dia berpaling padaku, memandangku..
namun, pandangannya kosong..keningnya berkerut tnda x mngenali aku..
dlu, matanya tersenyum setiap kali memandang ku..dugaan apakah ini??

"assalamualaikum.."sapa ku..terasa hangat d mata..namun tepaksa aku tahan..xnak dia nmpak aku nangis..aku duduk atas kerusi d sebelah dia..
dia cuma senyum padaku..
"kita kenal ke??"
aku mengangguk..terasa suara tersekat d kerongkong..
"awak sape??"
"kawan...kawan yg sangat rapat.." x ku sangka itu yg terkeluar dari bibirku..
"oo...sayang??"
aku terkejut..adakah dia memanggil aku sayang??
"erk..sebenarnya tadi saya tgk gambar2 kat handfon..saya rasa ni awak kn??n saya save dlm folder sayang"
dia menunjukkan beberapa gambar yg dsimpan d dalam handfon dia..
"ye saya.."
"nape kita rapat sgt??ni gambar bila??nape saya save awak sbgai sayang??"
tembok air mataku musnah lagi..aku xtau camne nk jwb setiap ptanyaan dia..
"sebenarnya, dulu kita 1 matrix..dh hampir 3 thn kita kenal.."
"oo..sori wak..xtau.."
"awak x ingat saya???"
"maaf..tp knape sayang??"
"sebab awk slalu ckp awk sayang saya.."

tapi..doc ada gtau yg ada kemungkinan ingatan dia akan kembali..tp mgkin skjap je la sbb kanser dia dh besar..
lps tu x ingat balik..tu pn, peratus utk ingatan dia ok sket sgt..
tp, ibu ckp, stakat ni, dia xpernah ag dpt ingat pape n hope kehadiran aku blh tolong pulihkan ingatan dia wlaupn skejap..
shari suntuk aku dgn dia..kami mcm baru kenal balik..tp cpat msra..dia mcm sedaya upaya menyembunyikan sakit yg dia tanggung..


12 april 2010..day 4

3hari berlalu..n hari ni hari ke 4..keadaannya masih x berubah..aku selalu berada disisi mnemaninya..slalu aku ceritakan kisah2 kami dahulu..
tapi aku xgtau dia ape yg aku ceritakan itu trjadi antara kami..aku gtau tu cte yg aku bca dlm sebuah novel..
n dia cuma sbgai pndengar setia..tiap2 hari aku berdoa supaya ingatannya pulih..awak...saya rindu nak dgr awk pnggil saya makcik..
lagi 4 hari bday nya akan tiba..mgkin aku akan sediakan sebiji kek utk dia d hospital..ibu stuju dgn cdngan aku..


13 april 2010..day 5

seperti biasa, aku bangun pada jam 6pg..mmg dah 4mlm aku tdo kt hspital..aku xnk tinggal dia sorang..
lgpun xkn nk bia ibu yg jaga..ayahnya pula uzur..tp xseperti hari2 lain, pagi ini dia bangun awal dr aku..biasanya dia akan dikejutkan pada
pukul7pg utk makan ubat..aku nmpak dia duduk brsandar d katil dan leka dgn handfonnya..

"awak..awal bangun..xleh tdo ea??"
dia memandangku dgn pndangan yg redup..ya!!pandangan yg sama dgn masa matrix dlu!!matanya tersenyum..
"makcik.."berderau darahku mndengar panggilan itu..
"a..awak ingat???"
dia mengangguk...mengalir air mataku..aku memanggil nurse memandangkan doc xde awal pg cmni..
tapi aku dberitahu lagi sjam doc akn tiba..

"makcik.."dgn senyuman dia memandangku..
aku hnya mampu mengangguk..sebak sgt..aku telah memaklumkan pada ibu tentang pkmbangan dia..
"saya rindu awak...dh lama awak kt sni??"
"awak langsung x ingat??"
dia menggeleng..
"4hari.."
"awak jgn tinggal saya k..saya mntak maaf sbb tpu awak..saya xbtunang pn..dia kzen saya..saya syg awk.."
aku sebak..
"xpe wak..xpe..jgn pk smua tu lg..saya pn sayang awak..saya dh tau smua.."
"tapi saya lg sayang awak..haha"
ye...dia dah kmbali..som1 yg xprnah kering idea utk sakat aku..aku tersenyum..dia nmpak agak aktif hari ni..
syukur padamu ya Allah..lg 3 hari bday dia...

14 april 2010..day 6

hari ini doc dah benarkan dia pulang..ingatan dia masih ok..tp, doc ckp jgn menaruh harapan yg tinggi..
walaupun ingatannya dah pulih, tapi ia mungkin utk seketika je..keadaannya yg sebenar adalah sgt kritikal..
pmbedahan dah x brguna lg..kanser dia sgt cepat merebak..dan doc pn pesan gk supaya cpt2 hntar dia ke hospital jika berlaku pape..
aku terpaksa tabah dgn sebarang kemungkinan..tapi hari ni dia mcm sgt shat..
mlm tu aku tdo d rumah dia..n lusa bday dia..


15 april 2010..day 7
d rumah dia..

"hmm..awak.."
"ye.." dia mghampiriku..
"saya nak awak ambil ni balik blh??"
dia mghulurkan 1 kotak kecil padaku..aku mnyambut kotak tsebut dan membukanya..
cincin silver dgn 1 permata..the 1 n only..cincin yg aku pnah pulangkan padanya 1 masa dhulu..
aku mngangguk dan senyum..
"thanx..tau x, sebelum saya kasi cncin ni kt awak hari tu, saya pakai n xpnah bukak tau.."
dia tsenyum..
"ek???"
"ye..."
"awak..saya rasa kn bday saya tahun ni plg bmakna kot.."
"ek??nape??"
"sbb 1st bday sy clbrate ngn awak kn.."
"yup..so??"
"mcm xde prasaan btol mkcik ni.."
"haha..xde la..k..pakcik..awk nk hdiah pe??"
"saya nak makcik saya..."
"ek??makcik shida??nnt saya gi panggil dia.." makcik shida adalah adik kpada ayahnya..
"bukan la.."
"hbs tu??"
"three..hehe.."
"tengok..main2 lak.."
"xdela..k..sesious..saya nak awak.."
"haha..ngade..dah mmg i'm yours kan.."aku ketawa..namun tiada segaris senyuman pada wajahnya..
"saya serious wak..masa saya dh xlama..doc ckp saya ada lg sminggu kan.."
"nape ni..jgn la ckp cmtu.."
"saya dh xde masa utk sembuh.."
"kita kawen.." dia tersentak dan merenung mataku..tajam.
"haha..jgn nk mngarut la..nk jadi janda awal ke??"dia ketawa..
"saya nk kawen ngn awak walaupun skejap..at least kita blh hidup bsama.."
"ntah esok, ntah lusa saya mati.."
"saya nak kawen ngn awak even utk 1jam.."
"kalau saya mati sebelum tu??"
"saya nk jadi wife awak even utk beberapa minit.."
"jgn nk ngarot laa..tolong jgn ckp bnda xlogic blh x??saya xnk kawen dgn awak.."dia terus tinggalkan aku kt stu sorang2..
seriously aku nk kwen ngn dia..even utk beberapa minit atau lg skejap dari tu..
aku merenung cincin d jari manisku..sayu..
besok bday dia..

16 april 2010..

HAPPY BIRTHDAY SAYANG..
aku sibuk d dapur brsama ibu mnyiapkan kek..hari ni kami buat mkn2 sket n jemput gak semua sedara n kwn2 dia..
malam pulak buat doa selamat n solat hajat utk dia..moga Tuhan panjangkan umo dia..

"bu..aku mau kluar kjap.." dia mnggunakan dialek sabah bcakap dgn ibunya..
"ish..kamu ndak shat bah..d rumah jak laa..."
"shat jak bah..kjap jak..awak...boleh la...pujuk ibu..kjap je..jnji.."dia meminta smpatiku..
"ala..saya setuju ngn ibu..tp nak kuar ngn sape??"
"sorang..drive.."
"ndak boleh.."ibunya xmemberi keizinan..
"hmm..ibu..saya temankan??" aku cuba meredakan suasana..
"klu mcm tu, ok jak.." ibunya senyum..setuju..
"erk..xpyh la..awak tolong ibu kat dapur..ala bu..aku boleh drive..aku shat jak..dkat jak..kdai depan sana..mau ambil barang.."
"barang pa??"
"ada laa..."jwbnya sambil memandangku..
"ya la..ya la..balik cepat.."
"baek madam.." terus dia mncium pp ibu..ibu mcm tkejut tapi membiarkan je..
mmg slalu klu nak pergi jauh, contoh klu nak balik uni, dia akan mncium pp ibu..dah trbiasa kot..
"makcik syg..saya gi dlu k..tengok2 ibu tau..bu..aku pegi dlu.."
"ya la..hati2 drive.." ibunya sempat berpesan..

setengah jam kemudian..telefon rumahnya berbunyi..ibu minta aku jawabkan panggilan tu..

"assalamualaikum.."
"waalaikummussalam..ni rumah en. aliff aizam ke??"
"ya..saya kawan dia.."
"cik, en. izam kmalangan..dia d hospital skrang..mnta tolong maklumkan kluarga dia k.."bagai nak luruh jantung aku mndengar brita itu..
"kmalangan??bgaimana keadaan dia encik??"
"dia xsedarkan diri..dia trbabas dan memasuki lorong sebelah..maaf cik..sila ke hospital skrang.."
"baek la..treima kasih encik.."sebak d dada xdpt ku kawal..

aku memaklumkan keluarganya brita trsebut dan kami brgegas ke hospital..

d hospital..belum sempat kami brjumpa dgnnya,
"maaf..ni kluarga en. aliff aizam ke??"
"ye..keadaan dia cmne doc??"
"cik..maaf..kecederaan dia sgt serious dan phak kami dh cuba sedaya upaya..Tuhan lebih mnyayangi dia.."
aku terduduk..ibu memelukku..kami hanyut dlm tangisan..aku cuba tabahkan hati..ya..Tuhan lbh mnyayanginya..
tp knapa begitu awal dia prgi??
doc ckp dia ada lg sminggu kn??

aku dan keluarganya terus mnuju ke bilik d mana dia dtempatkan..mnggigil tanganku memulas tombol pntu...
prlahan2 pntu dbuka..skujur tubuh kaku berselimut kain putih..itu lah yg prtama singgah dmataku..
aku mghampirinya..prlahan2 aku membuka kain yg mnutupi wajahnya...kepalanya berbalut..berderai air mataku..
menurut doc, dia trhantuk pada stereng..n hantukan yg kuat juga dah beri kesan yg bahaya pada kanser yg dihidapinya..

"selamat hari jadi yg ke 21, sayang.."sebak aku menutur ucapan itu..

"awak cik alyaa maisara ke??" satu suara menyapaku dari blakang..aku brpaling, mnyapu air mata..
"ya saya.."
"barang ni saya jumpa di dlm kereta mangsa..saya rasa ia kepunyaan awak.."
aku mnyamput sebuah kotak baldu kecil dan sekeping sampul surat..
"terima kasih.."
kubuka kotak baldu comel tersebut..sebentuk cincin emas dgn sebutir berlian..the 1 n only..sebak..
rupa2nya dia kluar utk membeli cncin ni d kdai..
dan perlahan2 aku mengoyak sampul tersebut dan mengeluarkan sehelai kertas biru dari dlmnya..
biru..warna kgemarannya..

"sayang..
my 1 n only..
saya tau hari ni bday saya..tapi xsalah kan kalau saya nak kasi hadiah utk awak..
kan saya x sempat kasi hadiah bday utk awak hari tu..so, terima la cincin ni..
saya buat keje part time masa blaja, kumpul duit nak beli cincin..
nak tunggu kje takot xsempat..kan dah janji ngn awak nak tuka yg silver kpda emas..
anggap la cincin ni cuma hadiah dari saya..
saya xberani nak lamar awak..masa saya xlama lg dah..
tp prcaya la..saya sayang awak..
awak..
saya mnta maaf sbb pnh kecewakan awak..
sebenarnya saya sendiri pn merana dgn apa yg saya buat..
awak xnk saya ganggu awak kn..kita jauh, x contact n xde berita dari awak mmg buat saya lg sakit..
n kesakitan tu lg menyiksakan dr penyakit yg saya tpaksa tanggung..
saya sayang awak..sbb tu saya buat camtu dgn harapan awak blh cari pengganti saya..
awak..
masa prmohonan ipta dlu, last minit saya tukar prmohonan saya..
saya xnk dekat ngn awak..saya xnk awak tau saya sakit n xnak awak tengok betapa teruknya saya..
awak kekuatan saya..maaf sbb tipu awak..saya x bermaksud..
awak..
kalau saya mati, brmakna saya cintakan awak smpai saya mati..
u r my 1st n last..
u r my everything..
saya doakan awak brbahagia hingga ke anak cucu..

alyaa maisara, aliff aizam tetap sayangkan awak selamanya..
the 1 n only is you"