STATUS GLITTERATI BERTUKAR NON-GLITTERATI

May 31, 2013 0Komen disiniA+ a-


 Assalamualaikum. Selamat petang everyone. Sedih ok sedih ! Status Glitterati Nuffnang kite dah kena tarik balik. Apa hal? Saya pun tak tahu lah. huahuahua. Please lah uncle nuffnang bagi balik status glitterati tu pada saya :( .heheheehehe. Amboii sedih kemain lagi ko kan ! hahaha. Of course lah sedih. Bila dapat status glitterati tu, saya dah bersyukur sangat ~

Ok lah. ini ja yang termampu nak tulis. haha. undur diri~

TUTUP AURAT ! PERLU TUNGGU IKHLAS KE?

May 31, 2013 0Komen disiniA+ a-

Indeed, this is for myself and also for everybody.

Assalamualaikum everyone.


Selalu kita dengar, Apabila dinasihatkan supaya tutup aurat dengan baik, pakai tudung dengan elok. Berpakaian dengan elok, Bertutup aurat. Tetapi masih lagi dengan alasan yang biasa2 kita dengar..

“Nak buat apa tutup aurat jika hati belum ikhlas”
“Saya tak mo jadi hipokrit”
“Aku belum dapat hidayah lagi nih”
“nanti2lah.. aku belum dapat seru lagi”

Sebenarnya, Allah SWT dan RasulNya telah mengarahkan semua wanita Islam untuk menutup aurat. awak mengaku awak Islam? Adakah awak mengaku yang awak seorang Islam? Atau awak menganut agama lain? Jika mengaku diri Islam, maka kena ikutlah…

Justeru,
sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, nak rasa hipokrit atau pun tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hati sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban tersebut.

Analogi :
Kita warga Malaysia. Suatu saat kita perlu menetap di Singapore. Alkisah kita di Malaysia, sangat laju bawa kereta, drift la katakan. Sangat tak berhemah. Bila menetap di Singapore, secara automatik kita kena ikut peraturan Singapore. Tak boleh bawak kereta laju dan perlu berhemah. Suka atau tak suka, kamu kena ikut peraturan Singapore. Kalau tak ikut, pihak berkuasa Singapore akan saman. haaaa, tau tak tau tak??

Atas sebab itu, Pemandu yang tadinya “brutal” di Malaysia TERPAKSA berubah bila menetap di Singapore. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa atau paksa rela. Tidak ikhlas atau apa jua sebab luaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah peraturannya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain. Memandu tidak berhemah kalau eksiden, orang lain terlibat sama. Sebab diri sendiri tak berhemah. Maka menyusahkan orang lain sama. Betul tak kawan-kawan? haha.

Sama juga seperti tutup aurat dan bertudung. Itu adalah peraturan dalam agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain.. Mengapakah saya berkata begitu? Kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut. Bukankah itu akan mendatangkan mudarat dan kesusahan kepada orang lain dan diri sendiri? Kan, kan, kan !
 


Maka sebab itu. Hipokrit, terpaksa, belum sampai seru, belum dapat hidayah dan lain-lain  alasan yang tak logik, tidak boleh sama sekali menjadi penghalang untuk mengerjakan semua KEWAJIPAN Agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya. Menutup aurat tu bukan Perintah Imam, bukan Perintah Ustaz, bukan jua perintah orang tua. Tapi Perintah ALLAH, wahai Ukhty. Menutup aurat bukan pernyataan diri kita sudah cukup baik, tapi ia merupakan pernyataan ketaatan kita sebagai hamba Allah kepadaNya dan  peribadi yang menutup aurat sudah berusaha untuk lebih taat kepada ALLAH. *Semoga Istiqamah ye kawan-kawan*.

Sama juga seperti solat membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kita kena buat kerana itu adalah arahan Allah.


p/s : Wake Up fifiy !! performed your duty to Allah.. Doakan saya :)

RENUNGKAN LAH !!

May 31, 2013 0Komen disiniA+ a-




Sebelum malaikat Izrail diperintah Allah SWT untuk mencabut nyawa Nabi Muhammad SAW, Allah SWT
berpesan kepada malaikat Jibril. “Hai Jibril, jika kekasih-Ku menolaknya, laranglah Izrail melakukan tugasnya!” Sungguh berharganya manusia yang satu ini yang tidak lain adalah Nabi Muhammad SAW. Di rumah Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. 

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk sambil berkata, “Maafkanlah, ayahku sedang demam” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian Fatimah kembali menemani Nabi Muhammad SAW yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu
wahai anakku?”. Fatimah menjawab, “Tak tahulah ayahku, sepertinya orang baru, karena baru sekali ini aku melihatnya” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya dengan pandangan yang menggetarkan seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah wahai anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. 

Malaikat maut pun datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah SWT dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hak ku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu  angit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu” kata malaikat Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuat Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jmalaikat ibril lagi. “Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar bahwa Allah berfirman kepadaku:
 
Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya” kata malaikat Jibril. 
Detik-detik semakin dekat, saatnya malaikat Izrail melakukan tugasnya. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah
pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
 
“Ya Allah, dahsyat sekali maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu)”. Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii! (Umatku, umatku, umatku)”. 

Dan, berakhirlah hidup manusia yang paling mulia yang memberi sinaran itu. Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa’alaihi wasahbihi wasallim. Ya Allah, Berikanlah untuk Muhammad “al wasilah” (derajat) dan keutamaan. Dan tempatkanlah ia di tempat terpuji sebagaimana yang telah Engkau janjikan”. Betapa mendalam cinta Rasulullah kepada kita ummatnya, bahkan diakhir kehidupannya hanya kita yang ada dalam fikirannya.Tetapi sedikit sekali kita mengingat Rasulullah bahkan untuk sekedar menyebut namanya juga jarang sangat. 

#Ya Allah, sampaikan lah salam serta junjungan kepada Rasulullah, keluarga dan para sahabat Baginda. Sebak membayangkan kekuatan dan kasih sayang Rasulullah ketika malaikat maut datang menjemput baginda :'(

YASMIN HANI HAMIL FIRST BABY ?

May 28, 2013 0Komen disiniA+ a-




Tahniah diucapakan kepada pelakon dan pengacara popular, Yasmin Hani yang baru sahaja mengumumkan yang dia kini hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan Shaarin Blackrose.

            Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial Instagram milik Yasmin sendiri. Menerusi status di Instagram miliknya, Yasmin, 33, memberitahu dia kini telah hamil 16 minggu dan meminta semua peminat dan orang yang mengenalinya supaya mendoakan segala kebaikan buat bayi yang bakal yang lahir dan juga kesejahteraan mereka suami isteri.

Berikut adalah status yang dimuat naik Yasmin di Instagram miliknya:
@yasminhani Hello everyone!! Today is a special day coz we decided its time to share this great news with all of u. Syukur Alhamdulillah we r blessed as we will welcoming a new member to our family!! I am now 16 weeks (Picture was taken way before) Please doakan yg baik2 utk bakal baby yg akan lahir dan kami juga, Amin. Much love from us.
Yasmin Hani atau nama sebenarnya, Yasmin Hani Richardson selamat diijabkabulkan dengan Sha'arin Mohammed Razali Wong dalam satu majlis akad nikah pada 21 Oktober 2011. Majlis resepsi kemudiannya diadakan di Duchess Place Jalan Ampang pada hari yang sama.

Alhamdulillah. Tahniah kak Yamin Hani.heee. Saya tumpang gembira ^^..

APABILA BOSAN~~ EXCHANGE LINKS

May 28, 2013 1Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Selamat tengah hari. Bosan pulak. Actually saya tak tahu nak update apa, so rasanya lebih baik kot bila kita bertukar links.Siapa setuju, boleh lah tinggalkan links anda di ruangan komen. Nanti saya akan click links anda dengan syarat anda kena klik links saya dulu ok. Click sehingga betul-betul  habis loading. ok darlings ;)

Limit links 4 sahaja ! Dibawah ni adalah links saya, so siapa sudi boleh lah tolong click. hehe. Saya pasti akan clicks kesemua links anda. Don't worry.  Apa-apa pun, KEJUJURAN LEBIH BERNILAI DARI KEKAYAAN HASIL PENIPUAN.









Hopefully cara ni tidak dianggap sebagai cara yang salah oleh pihak berwajib.


AJIEB MURAI BUAT PEMBEDAHAN PLASTIK???

May 28, 2013 0Komen disiniA+ a-


Assalamualaikum semua~ fifiy nak share story tentang Ajieb. Ajieb Murai Batu tuuuuuuu~


 

Bagi semua yang belum mengetahui, Ajieb telah ke Seoul, Korea setelah diterima masuk sebagai pelajar di M Academy, sebuah institusi yang telah melahirkan ramai bintang K-Pop. Kemasukan Ajieb di sana adalah untuk mengikuti kursus Special K-Pop Artist Training Program (SKATP).
Hai, apa khabarlah dia di sana ye? Khabar terbaru yang Murai Batu terima dari Ajieb ialah dia tengah berbahas dengan Blake Shin, seorang produser terkenal di sana tentang pembedahan plastik. Ya betul, negara Korea memang terkenal dengan pembedahan plastik yang menjadi isu utama kenapa kebanyakan bintang-bintang K-Pop di sana kelihatan cantik dan tampan.
Jadi dari perkhabaran Ajieb ini, mungkinkah Ajieb akan melakukan pembedahan plastik? Kata Ajieb lagi, semuanya belum diputuskan. Ajieb pernah memberitahu pihak di sana yang dia seorang yang beragama Islam dan pembedahan plastik ini dilarang sama sekali.
Pun begitu, ia masih belum mempunyai kata putus lagi. Bagaimanapun, imej Ajieb yang anda lihat sekarang bakal diubah oleh pihak di sana.

P/s from Murai Batu untuk rakan kerja mereka iaitu Ajib :

Apa-apapun Murai Batu ingin pesan kepada Ajieb, buatlah keputusan terbaik. Jangan lupa asal-usul kita sebagai anak Melayu dan cuba yang terbaik untuk harumkan nama negara. Murai Batu dan semua warga Murai di sini doakan yang terbaik buat Ajieb di sana.

5 RESTORAN BERTEMAKAN UNIK !

May 28, 2013 1Komen disiniA+ a-

5-Restoran-Bertema-Unik/
Cuti sekolah panjang merupakan masa yang paling disukai oleh pelajar-pelajar sekolah. Jika anda tidak melancong ke luar negara, mungkin anda boleh melawat restoran-restoran unik ini ketika cuti sekolah.

Kelima-lima restoran ini mempunyai tema-tema yang berlainan; dari tema kartun ke tema kereta. Bagi mereka yang tidak pernah mengunjungi restoran bertema, anda boleh melawat restoran-restoran tersebut.

Sweety House Café




Sesiapa yang meminati Hello Kitty, pasti akan jatuh hati dengan kafe ini yang terletak di Muar, Johor. Hello Kitty Sweetie Kafe ini juga terdapat di negara lain seperti Taiwan dan Jepun. Kesemua perabot dan perhiasan kafe ini adalah mengikut tema Hello Kitty. Anak-anak pasti akan teruja apabila melihat makanan berbentuk Hello Kitty yang comel.

9, Jalan Perniagaan 2, Pusat Perniagaan Kenanga, 84000 Muar, Johor (06-951 3387)

Tenshi no Cafe




Kafe ini merupakan sebuah kafe khas untuk mereka yang menyukai kartun anime Jepun. Ini adalah kerana kesemua pelayan-pelayan kafe ini memakai pakaian cosplay dan bersolek seperti kartun anime Jepun yang dianggap comel. Dari jauh, anda dapat melihat Tenshi no Café yang berwarna merah jambu dan mempunyai dekorasi kerusi meja putih.  Menu makanan di kafe ini adalah makanan Jepun moden seperti spaghetti kari, set bento dan banyak lagi.

LG18, North Side, e@Curve, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Malaysia (03-7732 9813)

TBowl Concept



Jika anda berada di Pulau Pinang, anda haruslah mengunjungi restoran TBowl yang berada di Queensbay Mall. Restoran TBowl mempunyai konsep yang mungkin tidak dapat diterima oleh semua orang, kerana ia menggunakan konsep tandas sebagai perkakas makanan. Namun begitu, restoran ini mendapat sambutan hangat dan masih lagi dikunjungi orang ramai. Makanan yang dihidangkan di restoran ini adalah makanan jenis fusion Asia.

3F-43/43A/45, 100 Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas,Pulau Pinang (016-488 1346)

V1 Concept Bar & Restoran



Kepada kaum Adam, inilah restoran yang menggunakan tema kereta sukan. Kerusi kereta tidak lagi berada di dalam kereta, tetapi muncul di meja makan restoran ini. Selain itu, lantai restoran tersebut juga dihias seperti jalan raya. Sebuah kereta replika terletak didalam restoran dan anda boleh memesan makanan menggunakan teknologi terbaru, iaitu iPad. Kepada mereka yang ingin menyambut hari jadi, restoran ini memberi anda suasana yang istimewa dan baru.

No. 66 & 68, Jln Puteri 2/4, 47100 Puchong (03-8063 8775 & 03-8063 8079)

Charlie Brown Café



Adakah anda masih ingat kepada kartun ‘Snoopy’? Charlie Brown merupakan tuan kepada Snoopy, seekor anjing yang nakal dan kelakar. Kafe ini terletak di Straits Quay Mall, Pulau Pinang. Seperti kafe Hello Kitty tadi, setiap inci kafe ini bertemakan kartun tersebut. Apa yang menarik adalah kopi Charlie Brown yang kelihatan comel dan juga disyorkan oleh pelayan kafe tersebut.

3A-1-17 & 3A-1-18, Straits Quay Marina Mall, Jalan Seri Tanjung Pinang 3, 10470 Tanjong Bungah, Penang (04-899 8602) ‎

Setiap restoran/kafe ini mempunyai tema tersendiri dan merupakan tempat-tempat untuk anda lawat ketika berasa bosan dengan restoran lain yang biasa. Jangan lupa untuk membawa kamera anda bersama dan mengambil gambar buat kenangan.

DR FADZILAH KAMSAH NASIHAT AFIQ MUIZ??

May 26, 2013 3Komen disiniA+ a-

Pakar Motivasi terkenal, Prof. Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah menyatakan sebagai seorang anak, Afiq Muiz tidak boleh memaksa ibunya untuk tampil meminta maaf kepadanya.
Ini berikutan kenyataan Afiq yang mahu ibunya, Hasliza Mohd menarik balik kenyataan yang mengatakan dia adalah anak derhaka sebelum dirinya tampil meminta maaf kepada ibu kandungnya itu..

“Afiq Muiz tak boleh memaksa ibunya untuk meminta maaf, dia tiada hak..pujuk, rayu dan doakan ibunya boleh.
“Orang yang hebat, dia akan memaafkan orang tanpa dipinta dan meminta maaf walaupun tidak berbuat salah,” kata Dr Fadzilah dalam program hiburan Galaksi, semalam.
Selain itu, Dr Fadzilah menyarankan Afiq supaya pergi meminta maaf kepada ibunya kerana dikhuatiri hidupnya akan sengsara dunia dan akhirat jika dia tidak sempat berbuat demikian kelak.

“Apa yang boleh saya sarankan kepada Afiq, dia boleh pergi sembah kaki mak dia, minta ampun dan maaf. Selagi dia tidak diampunkan oleh maknya, jangan beredar.
“Takut maknya meninggal dunia sebelum memaafkannya, syurga anak memang di bawah tapak kaki ibu, itu adalah hadis sahih,” pesannya lagi.

Dr Fadzilah turut menambah, hati ibu adalah sangat lembut walau sekerasnya mana pun hatinya, kalau anak bersungguh-sungguh meminta maaf, seseorang ibu itu pasti jua akan memaafkan keterlanjuran seseorang anak itu.

Itu adalah sedikit sebanyak pesanan yang boleh diberikan oleh pakar motivasi ini berhubung kemelut keluarga yang melanda Afiq dan ibunya itu.
Diharapkan Afiq dapat mengambil serba sedikit nasihat ini dan renung-renungkan untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya kelak.


Oleh :Audrey Lee

HARGAI AYAH KITA..

May 26, 2013 1Komen disiniA+ a-


Sekadar kongsi cerita.

Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorg pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public cik..

Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.

Duit dmasukkan utk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dlm mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega tlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.

RM400 utk 2org anak.
Sikit utk dirinya memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk ABAH yg selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita..


#copylekat dari

DARI KUBUR HINGGA DIHIMPUN..

May 25, 2013 1Komen disiniA+ a-



Rasulullah SAW berabda:
"Bagaimana aku merasa nimat jika tanduk sangka kala telah berada dimulut Israfil. Dia mengerutkan keningnya dan menutup telinga, lalu dia meniup."
Baginda bersabda:
"Manakala sekali dia meniup sangkakala itu,  matilah seluruh makhluk dan bumi, kecuali yang dikehendaki Allah. Iaitu Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail. Kemudian Allah memerintahkan Izrail agar mencabut nyawa Jibril, kemudian nyawa Mikail, nyawa Israfil dan akhirnya nyawa Izrail sendiri. Setelah tiupan pertama itu, semua mati dan dialam berzah selama 40 tahun. Kemudian Allah enghidupkan Israfil kembali dan dia diperintahkan untuk meniup tiupan kedua."

 Inilah yang dimksudkan dengan firman Allah SWT:
"....Kemudian ditiup sekali lagi, lalu mereka berdiri (bangkit dari dalam kuburnya) sambil menanti (hukuman Allah)."                                                              (Q.S Az Zumar: 68).
Dan Rasulullah SAW bersabda lagi:
"Ketika dibangkitkan, datanglah Israfil kembali membenarkan tanduk sangkakala ke mulutnya. Sebelah kakinya melangkah kedepan dan sebelah lagi ke kiri, menantikan perintah meniup. Takutlah akan tiupan itu. Fikirlah wahai manusia, betapa kehinaan dan kepedihannya ketika dibangkitkan, kerana takut akan tiupan itu, serta menantikan keputusan apa yang akan mereka terima itu, bahagia atau celaka dan kau adalah diantara mereka juga akan merasa sedih dan bingung sebagaimana kesedihan serta kebingungan mereka. Bahkan jika didunia kau suka berbuat dosa atau kaya namun bakhil, maka raja-raja dunia dihari itu adalah orang yang paling hina, kakinya melangkah longlai dan ketika itu pula berdepan dengan binatang liar mana gunung akan hancur dan tidak boleh mengelak dari itu semua."
Kemudian mereka berjumpa pula dengan syaitan-syaitan dan orang-orang murtad dalam ketakutan kerana haibah Allah dan membenarkan firmannya : 
“Demi Tuhanmu, sesungguhnya Kami akan menghimpunkan mereka bersama-sama syaita. Kemudian kami hadirkan mereka dikeliling neraka dengan berlutut.” (Q.S. Maryam : 68)

Cuba bayangkan, bagaimana keadaanmu dan keadaan hatimu ketika itu? Cube renungkan apabila telah dibangkitkan mereka dibawa ke tempat perhimpunan dengan gondol dan telanjang. Tempat perhimpunan itu adalah bumi yang putih, datar, tidak ada jurang atau bukit tempat manusia bersembunyi. Mereka di bawa kesitu beramai-ramai. Maha suci zat yang mengumpulkan semua manusia dengan barisan yang berbeza dari segala penjuru bumi. Tentu saja ketika itu hati berdebar ketakutan dan mata bermuram sahaja.

Allah S.W.T berfirman : 
“Pada hari (Kiamat) ditukar bumi dengan bumi yang lain, begitupun langit."  (Q.S. Ibrahim : 48)
Ibnu Abas mengatakan, di situ segala pohon, gunung dan apa saja yang ada di situ dan ditambahkan bumi yang putih bagai emas. Tidak ada darah tertumpah di situ dan tidak pernah pula kesalahan dilakukan disitu. Adapun langitnya tidak ada matahari, bulan dan bintang. Renugkan wahai manusia, betapa kedahsyatan hari itu. Sungguh jika manusia telah berkumpul, bintang-bintang dilangit berguguran, matahari dan bulan terbenam dan bumi gelap kehilangan lampunya. Di saat demikian langit berputar di atas kepala mereka dan pecah dengan dahsyatnya selama lima ratus tahun. Wahai betapa ngerinya suara pecahnya langit itu di telingamu, kemudian langit mencair dan mengalir bagai bubur baja kekuningan. Lalu seperti kuah dan akhirnya jadi nanah dan gunung-gunung bagai bulu yang diputar dan manusia bagaikan kupu-kupu bertebaran.

Rasulullah S.A.W bersabda : 
“Manusia dibangkitkan telanjang tidak bersunat dan tenggelam dalam air keringat sampai ke telinganya.”

Berkata Saudah, Isteri Nabi SAW:
“Aku bertanya: Apakah sebahagian kita melihat akan kemaluan yang lain?” Rasulullah menjawab, “Manusia sibuk akan hal masing-masing.”

“Bagi tiap-tiap orang di antara mereka pada hari itu ada urusan yang mencukupinya.” (Q.S. Abasa : 37)

Betapa kedahsyatan hari di mana tidak sedar aurat sampai terbuka, namun tidak sempat juga menoleh atau memandang. Bagaimana mungkin sedang setengah mereka ada yang berjalan dengan perutnya, ada yang dengan mukanya hingga tidak boleh menoleh pada yang lain. 
Telah berkata Abu Hurairah r.a :
"Rasulullah S.A.W bersabda : “Pada hari kiamat manusia dikumpulkan jadi tiga golongan. Ada yang menunggang, ada yang berjalan, dan ada yang berjalan dengan mukanya.”
Seorang lelaki berkata, “Bagaimana boleh berjalan dengan mukanya?" Rasulullah S.A.W menjawab, “Zat yang menjalankan mereka dengan kakinya berkuasa pula untuk menjalankan mereka dengan mukanya.”

Watak manusia selalu mengingkari hal yang belum dibuktikannya. Kalau orang belum melihat ular boleh berjalan tanpa kaki tentu ia mengingkari ada binatang tanpa kaki boleh berjalan. Bahkan yang berjalan dengan kaki pun akan dianggap aneh kalau ia belum pernah melihatnya. Maka jangan mengingkari keajaiban-keajaiban pada hari kiamat. Andaikan diceritakan kepadamu keajaiban dunia ini sebelum engkau menyaksikannya, kau akan ingkar juga. Camkan dihatimu, bagaimana rupamu kelak. Kau berdiri telanjang, hina dan bimbang bukan kepalang menanti keputusan Syurga atau Neraka.

Lalu fikirkan juga bagaimana seluruh makhluk langit dan bumi, malaikat, jin, manusia, syaitan dan segala bintang dan burung, berkumpul berhimpit-himpitan di satu tempat di bawah pancaran matahari yang digandakan panasnya. Tidak ada lagi naungan selain Arasy Tuhan yang hanya boleh dinaungi oleh mereka yang mendekatkan diri kepadanya. Satu sama lain saling bergelut oleh kerana panasnya dan malu terbongkar keburukannya dihadapan Allah. Panahan matahari, panasnya nafas dan terbakarnya hati oleh api kemaluan dan ketakutan berkumpul menjadi satu hingga keringat bercucuran hingga hujung rambut mengalir ke hamparan kiamat. Kemudian tubuh mereka diangkat sesuai dengan darjatnya dan di hadapan Allah. Ada yang mengalir keringat hingga sampai paras lutut, ada yang paras dada, ada yang paras telinga dan ada pula yang hampir tenggelam.

Ibnu Umar berkata, 
“Telah bersabda Rasulullah S.A.W : “Di hari manusia menghadap tuhannya ada setengah mereka yang tenggelam sampai keparas telinganya.”

Dari Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda : 
“Di hari kiamat nanti peluh manusia akan meleleh hingga sampai ke paras telinga.”

Dalam Hadis lain : 
“Sambil berdiri, mata mereka memandang ke langit selama empat puluh tahun dan merasa sangat sedih, peluh menggenangi mereka.”

Dari Uqbah bin Amir, Rasulullah S.A.W bersabda : 
“Pada hari kiamat, matahari berada sejengkal di atas kepala. Tahulah manusia, ada orang yang peluhnya sampai ke tumit, ada yang sampai betis, ada yang sampai lutut, ada yang sampai ke paha, ada yang sampai ke lambung, ada yang sampai ke mulut,” Sambil Nabi mengisyaratkan tangannya ke mulutnya. “ Ada pula yang tenggelam dalam peluhnya.” Sambil Nabi S.A.W memukulkan tangan ke kepalanya demikian.
Cuba renungkan peluh manusia waktu di kumpulkan dan betapa kepedihan mereka. Sampai setengah mereka berkata, “Ya Tuhan, hindarkan aku dari kepedihan dan penantian ini, biarlah cepat ke neraka sahaja.” Tapi mereka tidak dilemparkan sebelum dihisab dan diseksa. Kau adalah salah seorang dari mereka. Kau tidak tahu sampai di mana peluhmu akan menggenangimu. 
 
 Ketahuilah, keringat yang tidak keluar oleh kesusahan dalam mengerjakan perintah samada haji, perang, puasa, qiamullail, sibuk melayani keperluan soerang muslim, menanggung masyaqat dalam amar makruf nahi mungkar atau ibadah lainnya akan terkurus pula oleh kerana malu dan ketakutan. Amat panjang kedukaan disitu. Jika tidak bodoh, tentu orang akan tahu bahawa kesusahan ibadah itu hanya sebentar sahaja daripada kepedihan dan penantian pada hari kiamat. Hari yang amat dahsyat dan dalam waktu yang lama.
 
#BUKU PENENANG JIWA : Pengubatan dan Rawatan Jiwa. -Imam Al-Ghazali-#

KU SANGKA ORANG GILA. RUPANYA...........

May 24, 2013 2Komen disiniA+ a-


Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

PENCARIAN MODEL MUSLIMAH MODEST CULTURE

May 24, 2013 5Komen disiniA+ a-



Assalamualaikum. Selamat malam. Sesiapa yang berada dikawasan Taman Pura Kajang Selangor, dan berminat nak jadi model muslimah boleh lah pergi ke ujibakat pencarian model Muslimah Modest Culture ni.
Tinggi 160cm minimum ok. Good Luck darlings semua ^_^ . Pertanyaa lanjut sila pm sini atau disini

3rd Annivesarry GA Blog by Emas Putih

May 24, 2013 5Komen disiniA+ a-

As-Salam


22 MAY 2013 - 05 MAY 2013


"WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER"

May 24, 2013 0Komen disiniA+ a-


Assalamualaikum. Wahh bestnya. Wang tunai RM 5000 tu. Jom join. Sebelum tu baca ni dulu:

Khas untuk semua blogger Malaysia tanpa mengira Wanita mahupun Lelaki.

Tidak mengira status Pagerank atau Alexarank blog anda.

Rakan blogger juga perlu LIKE Facebook BloggerWanita.com atau Follow Twitter BloggerWanita.com atau daftar email di Feedburner BloggerWanita.com sebagai syarat untuk menerima wang tunai nanti.

Syarat selebihnya, klik banner tu ok darlings. Jika rezeki, tak kemana. Support, join dan menang. In sha Allah...

KENAPA YAHUDI MENGGALI DIBAWAH MASJID AL-AQSA?

May 24, 2013 0Komen disiniA+ a-

Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa sedang dijalankan

Luangkanlah masa untuk membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang. Anda mestilah benar-benar mengetahui apa yang berlaku di Palestin pada hari ini. Ketahuilah apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa.

Pertama. Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.


Penggalian yang merosakkan asas binaan masjid Al-Aqsa

Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk "membangkitkan semula "Temple of Solomon." iaitu Kuil Sulaiman.

Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman" terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.

Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.

Mereka begitu bangga dengan hasil kerja mereka (gambar di bawah masjid)

Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung "Dome Of The Rock. Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid " Dome of the rock" sebagai Masjidil Al-Aqsa. Sehingga orang ramai tidak mengetahui yang mana satu Masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

Dome Of The Rock *sorry tak dapat tengok*

Ini merupakan cara Zionis. Mungkin sehinggakan Masjidil Al-Aqsa dihancurkan, umat Islam tidak mengetahui akan kehancurannya. Menjadi kewajipan umat Islam untuk tahu yang mana satu masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

Artikel Bangunan Masjid Al-Aqsa yang Sebenarnya, mengungkap penipuan Zionis

masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya

Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!

Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa

Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman". Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.

Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.

Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin "baik" atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai "Knights of the temple of Solomon" (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.

Lambang Knight Templar yang digunakan (sorry, tiada gambar)

Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu. 

Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa 'kuasa' itu adalah Allah yang nyata.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai "Free Mason". Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.

Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat "all seeing eye" yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.

Tuhan Ra

Tuhan Osiris (gambar duduk)

Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan "harta rahsia" ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?

Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu "Dajjal".

Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal.
1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.
2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.
3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.
4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak "bermata satu". Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar "kedatangan" Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah "Master of Deception".
Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya "tanah yang dijanjikan". Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?

Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.

Gambaran Temple of Solomon oleh pelukis

Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa. 

Replika Solomon's Temple

Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.

Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.