Ayat Jiwang

June 22, 2012 0Komen disiniA+ a-

Masa silih berganti untuk aku menunggu pinangan mu.. Namun tiap kali aku bersuara, kau dan alasanmu kian menggoyahkan pendirianku.. Ku sedar matlamat mu adalah jernih..
Sedangkan aku bagai menunggu awan menyembah bumi, kali ini masa semakin suntuk untuk aku mengikat janjimu, mungkin bukanlah kuasa kita untuk menentukan jodoh ni.. Aku berserah, tawakkal akan ketentuan ini, kenangan cinta kita akan ku tanam jauh-jauh
Langit ku junjung meninggi bagai gunung tertinggi setingginya.. Setiaku hanya untuk dia yang aku cinta usahlah kau menagih kasih yang sudah hancur ! Pergilah kau mencari sidia yang sesuai untukmu ! Takdir memisahkan kita untuk Rahmat yang tersembunyi terbaik untuk kita berdua..

Jika anda menaruh perasaan terhadap seorang gadis dan menjanjikannya sebuah mahligai cinta dan janji, janganlah anda menyiksa si dia dengan lidahmu yang bercabang dengan pelbagai alasan !

#Saja nak letak pict ni.. takde kena mengena dengan sesiapa pun .. haha !

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.