KITA BUKAN TUHAN !!

September 20, 2013 0Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Good Morning Malaysian. Alhamdulillah pagi ni dapat jugak menaip kat blog ini setelah busy dengan study and kerja part time. Yes sangat sangat busy sebab kerja and study. Bila dah habis class, I akan terus balik ke rumah mandi and bersiap untuk pergi kerja pulak. See, no time for my blog oredy. huhuhu. Sampaikan ranking blog ni pun dah drop. But nevermind as long as I still can update , saya dah sangat bersyukur. 

Bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah berikan untuk saya. Mungkin bagi orang lain sedikit tetapi bagi I, ia sangat sangat berguna and bermakna, Rezeki bukan hanya pada duit. tapi juga pada nikmat kesihatan yang semakin hari semakin membaik, rezeki berbisnes dengan produk produk Hai-O, nikmat kebahagiaan, rezeki dapat meneruskan pelajaran di semester akhir ni, rezeki dapat pergi bekerja and pengalaman pengalaman serta motivasi yang sangat sangat membantu dalam mematangkan lagi pemikiran anak muda  macam saya ni. haha. Serius muda.

I sangat sangat tak sangka dapat melakukan semua ni dalam usia yang masih muda. Sampaikan my dad tegur, "nanti terganggu pelajaran tu". Then I said, " dont worry lah pa. I can do it and so far so gud". My dad sangat sangat risau sebab katanya, I ni sikit-sikit jatuh sakit. Kerja sikit pun sakit, hahaha. Lembik sangat. Orang lain yg tengok I pun tak yakin I boleh buat semua ni. But Alhamdulillah. Allah yang tentukan selagi mana kita terus berusaha dan berusaha. As we know, everything at the beginning always hard. But dont give up. Try and error, try and error semua tu buat kita lagi nak berusaha. Kekuatan bukan hanya datang dari kekuatan badan kita saja, tapi juga dari kekuatan hati kita. 

  Orang yang gagal adalah orang yang berputus asa sebelum mencuba. Semua orang ada 24 hours. U ada 24 hours and I pun ada 24 hours. Isnt it? Bukannya I ada 26jam u ada 22 jam. Allah beri kita semua sama rata cuma kita ja yang tak sedar. Mungkin sedar tapi kita tak manfaatkan benda tu dengan perkara perkara yang bermanfaat. Sekarang ni terpulang dari sendiri saja apa yang anda lakukan dalam masa 24 jam tu. Kalau asyik nak makan, tidur, mandi, enjoy berjoli, tekan tekan handphone, tengok tv, menghadap facebook, so 24 hours tu memang sia-sia lah. 

Masa mula mula I nak bekerja sambil study and masa mula mula I nak mulakan bisnes produk Hai-O ni, banyak yang pertikaikan begini dan begitu. Tapi, saya malas ja nak layan. I ignore, and I never ever ever give up and keep trying, go for it and fight for it. If u making mistakes, it is proof that u are trying ! Yakin Allah akan membantu kita. Yakin yakin yakin !! Dan Alhamdulillah semuanya mendatangkan hasil tanpa I sangka. So siapa siapa pun boleh berjaya. Terpulang dari diri sendiri saja sama ada nak berusaha atau nak tunggu duit jatuh dari langit.

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.