SHAWL TERBAIK DIHATI~~

September 28, 2013 1Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Selamat pagi kepada pembaca-pembaca atau bloggers hebat semua ^_^. 

Tengok pada tajuk entry kali ini ada kaitan dengan shawl kan. hehe. Sebabnya, I ni sangat suka pakai shawl. Kalau tudung bawal tak berapa nak suka. Sebabnya adalah kebanyakan tudung bawal ni sangat-sangat kecil sizenya. bila saya pakai tudung bawal yg biasa tu, rasa pelik ja sebabnya I rasa agak gantung dan menampakkan bahagian dada. hahaha~ 

I ni bukanlah alim sangat tapi serius agak janggal bila memakai tudung yang menampakkan bahagian dada and bahagian belakang pulak agak pendek. So rasa tak selamat and tak bebas pun ada. 

Setakat ni, I suka pakai pashmina dan juga shawl yang oversized tu. Tapi tak suka beli kat luar. Lebih suka membeli secara online sebab lebih mudah and lebih fokus nak membeli. Kalau I beli kat luar, memanglah dapat tengok shawl or pashmina tu secara live gituwwww tapi yang tak bestnya I mesti nak beli ini nak beli itu. Kannn lari bajet tu. haha~ I ni bukannya berduit sangat pun so bila beli kat online tu boleh jugaklah I kira-kira bajet I. ngehngehngeh :P

Setakat ni, I dah pernah beli kat Fana Fans, Ayushawl, Hiaz Boutique, bisnes online kat instagram, dan beberapa lagi kedai online. Dah tak ingat dah. hehe. Lagipun I ni jenis tengok material shawl, harga yang sesuai dengan student macam I ni, size shawl tu, dan paling penting tengok feedback dari customers lain jugak untuk elakkan kita tertipu. 

Tapi ada 1 bisnes online yang jual shawl yang sangat-sangat menarik perhatian I tapi tak pernah lagi membeli kat diorang. Bisnes online yang I maksudkan adalah SISTERSHAWL .









Apa yang bestnya kat sistershawl ni adalah mereka hanya menjual shawls yang oversized, dan membantu wanita-wanita diluar sana untuk memakai tudung yang lebih menutup aurah kita. Shawl mereka pun sangat-sangat cantik dan menarik perhatian semua, harga juga berpatutan dan mampu milik In sha Allah. I bercadang nak membeli shawl dari sistershawl sebab sebelum ni asyik tengok gambar dalam album mereka saja. So apa kata, I beli pulak nanti. Kalau tak mampu beli 3,4 helai, beli aje lah sehelai dua dulu kan. Ikut kemampuan kita. 

Yang nak tengok album-album mereka bolehlah klik link tu. Nanti boleh shawl kat sana pulak ye. Agent berdaftar untuk sistershawl ni pun berada diseluruh negeri dalam Malaysia ni. Boleh tengok page mereka untuk lihat agent yang berdaftar tu. heeeeeeeee ;) excitednyaaaaaaaaaa nak membeli :P . 

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.

1 Comments:

Write Comments
PeRdU cINta
AUTHOR
September 28, 2013 at 9:43 PM delete

dalam berfesyen kita kena ambil kira fesyen yang telah Allah designkan..kerana pandangan Allah itu lebih penting daripada pandangan manusia..nice sharing..

Reply
avatar