Wajah baru Felda United 2014

January 11, 2014 0Komen disiniA+ a-







Satu piala musim ini dan slot ke Liga Super 2015 menjadi matlamat Felda United yang berwajah baru musim ini.
Kemampuan itu disuarakan Pengarah Sukan Felda United, Datuk Haji Ahmad Fuad Daud yang ditemui semasa majlis penajaan pasukan itu kerana beliau yakin dengan kemampuan barisan pemain musim ini, sasaran itu dianggap realistik berdasarkan pemain berpengalaman dan tonggak muda selain dibantu tiga tonggak import yang dianggapnya cukup berkualiti.

Dalam majlis itu, Puma mengumumkan penajaan dengan Felda United selama tiga tahun.

Skuad peneroka membawa masuk barisan pemain yang mempunyai pengalaman luas antaranya Shukor Adan, Farizal Harun yang beraksi untuk Tentera musim lalu, Indraputra Mahayuddin dan Haris Safwan Mohd Kamal dari Kelantan, Shahrulnizam Mustapa (Perak), Nasriq Baharom dan Solihin Kardasian (Selangor), Shahurain Abu Samah (Negeri Sembilan), K. Thanaraj (Johor Darul Takzim).

Beliau menganggap kombinasi dua import dari Liberia iaitu bekas penjaring terbanyak Semen Padang dalam kancah Liga Premier Indonesia, Edward Junior Wilson dan Zah Rahan Krangar di bahagian tengah serta pemain pertahanan Uzbekistan, Yaroslav Krushelnitskiy sudah dapat menjalinkan kesefahaman dengan pemain tempatan dengan baik.

Menurut Ahmad Fuad lagi, beliau tidak menganggap 'Skuad Peneroka' sebagai pilihan utama untuk menjadi juara disebalik harapan untuk menang setiap perlawanan.

"Berdasarkan pemain sedia ada, saya yakin ini bebanan ini tidak berat kepada mereka.

"Berdasarkan prestasi, mereka telah berjaya menemui keserasian," katanya lagi. Beliau turut lega kerana pemain kelab itu bebas daripada sebarang kecederaan menjelang sepak mula minggu depan.

Mereka baru pulang menjalani tiga perlawanan persahabatan di Singapura dengan kelab Hougang United, Tampines Rovers dan Young Lions.



 

SUMBER

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.