HAKIKAT SEBUAH REZEKI~

January 02, 2014 1Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum semua ^_^.  Mari saya kongsikan sedikit hakikat sebuah rezeki. Maksud saya disini, saya nak kongsikan apakah yang saya maksudkan dengan rezeki? Adakah ianya hanya pada duit atau harta sahaja? Adakah hanya duit atau harta sahaja yang boleh membuatkan kita hidup di bumi Allah ini? Ada duit ada segalanya. Adakah pandangan kawan-kawan seperti itu?

Sebenarnya, hakikat REZEKI itu bukan hanya pada duit, gaji atau income ye sayang. Tetapi ia juga merangkumi beberapa perkara. Antaranya, adalah:
Sihat itu rezeki
Bahagia itu rezeki
Banyak masa juga rezeki
Disayangi juga rezeki
Tak putus duit itu rezeki
Dapat (apa-apa) pun rezeki

Erti rezeki itu ialah apa yg kita NIKMATI. Kenapa namanya rezeki? Kerana disaat kita merasai REZEKI itu, ramai org diluar sana yg tak berpeluang merasainya. Ya Allah, beruntungnya kita. Ingat, yg selalu kata TAK CUKUP itu ialah nafsu. Yg mengatakan CUKUP itu pula ialah iman. Maka, bersyukurlah kita..


Sekadar perkongsian untuk diri ini bermuhasabah mengingati dan mensyukuri setiap nikmat dari Allah..

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.

1 Comments:

Write Comments
Mime MF
AUTHOR
January 2, 2014 at 1:37 PM delete

rezeki tu dtg dlm pelbagai bentuk...bkn hny wang @ harta..syukur..:)

Reply
avatar