Impian saya

February 24, 2013 0Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum uolls. Good morning. Pagi ni rasa tergerak hati nak update entry. Sambil update entry sambil layan anak buah. sekarang ni pun sambil tekan-tekan keyboard dalam masa yg sama sedang pangku anak buah. haha :P . dia pun tengah pandang-pandang skrin laptop saya. dalam hati ank buah aku  ni, "ntah apa lah yg aunty aku tgh buat ni" .. wahaha. 


ni lah anak buah saya yang saya maksudkan tu, nama dia Qila.

Erhh, sekarang dha 24 February kan. Perghh tinggal beberapa minggu ja lagi nak 20 March. Tarikh 20 March ni adalah birthday saya dan ayah saya. ehee. ok ok saya tau orang tak tanya pun. ok fine :D .
Sebenarnya saya teringin nak pakai tudung labuh yang sempurna menutup aurat tu.. kikiki. *hmm, korang jangan lah ejek*

Memang susah sebenarnya nak terus Istiqamah nak jadi baik ni kan.. Lebih-lebih lagi if orang sekeliling kita tak sekepala dengan kita nak berubah jadi baik kan. huhu. seriously memang susah. saya ada seorang ja yang boleh saya ketegorikan sebagai best friend sebab saya kenal dia sejak saya berumur 7 tahun. family saya dan dia dha kenal sebab dulu time kami sekolah sama-sama, saya selalu pergi umah dia. umah dia tu dha macam umah kedua saya. saya ingat lagi waktu darjah 1, kami sama kelas. Then ada 1 hari tu, cikgu suru saya berdiri dan tarik semua telinga pelajar dalam kelas tu kuat-kuat. saya tak berani tapi cikgu tetap suru. so saya pun buat lah. Bila sampai giliran kawan baik saya ni, (Syazrina), saya sempat bisik dia dan kata, saya tarik telinga awak pelan-pelan. Tak tau lah cikgu perasan or tak saya bisik dia. haha. Syazrina pun tersenyum ja.

 Tapi bila saya pindah pergi kk, kami terpisah agak lama jugak lah. Saya sedih sangat. Tapi 2008 kami pernah jumpa, dan yang paling saya tak sangka dia dha berubah. Dia dha pakai tudung labuh dan sempurna sangat menutup aurat. Dia dapat 8A dalam PMR. Wahhh, dia hebat kan. hmm yaaa dia memang hebat. Dia pandai, dia aktif, dia jugak baik, dia mempunyai suara yang sangat sedapp dan unik bila menyanyi. Dia seorang yang positif. Saya bersyukur dapat kawan macam dia. Tapi lepas 2008, kami tak berhubung lagi. sampai lah sekarang 2013. Dia dha tukar number. Saya sempat tau dia tinggal kat ketiau. Tapi tak tau kampung apa.. sedihh ok sebab hilang jejak dengan kawan yang selalu support saya dalam apa jua keadaan.

Saya teringin nak jumpa dia sebab saya nak dia ada untuk saya dan saya ada untuk dia lebih-lebih lagi bila nak tetap Istiqamah ni. Selain family, kawan terdekat juga memainkan peranan dalam memberi kita semangat. Yeahh, saya perlu kawan yang sokong saya dalam perjalanan hidup saya mencari redha Allah. Bukan bermakna kawan-kawan yang saya ada sekarang ni tak baik. Diorang pun baik jugak :) . Tapi dalam hidup ni, kita perlukan orang yang faham kita dari dalaman. Orang yang sokong kita dalam mencari Redha Allah. Bukan senang nak dapat kawan macam ni zaman teknologi sekarang. Kadang-kadang, kita rebah dipertengahan jalan sebab kawan jugak. Kawan yang tak sekepala dengan kita kan?

Saya pernah berusaha cari dan jejak dia melalui Facebook. Saya type nama dia kat kotak Search tu. Memang banyak senarai nama yang sama dengan dia keluar. Tapi saya berusaha lihat satu persatu. Saya siap inbox lagi mereka-mereka tu. Tapi mlangnya saya silap orang, huhu.
Saya memang tak kuat nak jadi baik sorang-sorang. Lebih lebih lagi dengan sikap panas baran saya ni. Kadang kala ia diluar kawalan. Tapi tiadalah sampai nak bunuh orang. Saya cuma akan marah bila tension, barang-barang saya diguna tanpa kebenaran dan tidak dikembalikan serta pada waktu-waktu tertentu. Syazrinaaaaaaaaaaa where are you right now ?????????????????????? 

Memang banyak kawan yang sekepala dengan kita bila nak buat benda tak baik. Yeahh memang banyak. ehehe. Memang best sebenarnya jadi baik sorang sorang ni. Tak payah ambil peduli segala kutukan orang sekeliling. Niat kerana Allah ja. Tapi, kita takut nanti di alam sana, Allah tanya kenapa kita tak ajak orang sekeliling turut sama-sama jadi baik..

Ok lahh.. Jatuh bangun saya dalam hidup, Allah ja tau. Susah senang saya, tak mudah saya nak share dengan orang sekeliling sebab takut dikhianati. Saya tak mampu nak menutup atau mengawal mulut orang lain yang nak mengata saya dibelakang. Apa yang penting, niat kerana Allah. Be positive. In sha Allah.

Take care ..

mine

sincerily, fifiy

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.