CABARAN BERKAHWIN UNTUK ANAK MUDA ZAMAN MODEN.

November 01, 2013 5Komen disiniA+ a-

Anak muda sekarang antara cabaran nak berkahwin, nak berumahtangga ialah duit.

Sebab itu kadang-kadang, kita akan nampak ada yang berkempen fasal nikah khitbah, atau kempen majlis kahwin murah, atau kempen harga hantaran rendah.

Apa saya nak kongsi bab duit ini ialah sebenarnya pertama sekali kita kena belajar jimat cermat.

Kadang kita merungut harga hantaran mahal, tapi pada tangan kita ada handphone paling baru. Kadang kita sanggup gaduh dengan Ibu Ayah sebab kos majlis kahwin mahal, tapi baju seluar kita custom made, kita selalu pergi melancong, beli gajet-gajet dan sebagainya.

Bila kita dah set nak kahwin, kena faham yang kita dah set nak berkorban. Antara pengorbanannya ialah berjimat.

Kahwin kalau tak pandai berjimat, memang habis la kita. Kalau majlis kahwin, majlis akad nikah boleh kita murahkan, kehidupan pula belum tentu.

Kehidupan akan menuntut banyak wang daripada kita. Bil api air, bil internet, kereta, minyak, perabot, sewa/beli rumah, barang dapur, dan lain-lain lagi. Kita juga akan berhadapan dengan kenaikan barang, harga minyak dan sebagainya.

Kalau jenis boros, memang akan bawa masalah kepada rumahtangga.

Jadi nasihat saya untuk diri saya terutamanya, mari belajar berjimat.

Selain menjauhkan diri dari boros berbelanja apa yang tidak penting/tidak perlu, apa sahaja duit kita dapat, baik dari biasiswa atau ibu bapa atau kita niaga, pastikan ada peratus untuk simpanan.

Walaupun saya telah berumahtangga, saya masih amalkan berjimat ini.

Setiap wang yang saya perolehi, banyak atau sedikit, saya akan potong 50%. 50% untuk simpanan, dan tidak akan dikacau. 40% untuk urusan hidup. 10% infaq/sedekah.

Satu lagi yang saya amal sekarang, saya jumpa tips seronok - menyimpan duit kertas RM5. Setiap kali habis berbelanja, kumpulkan semua duit kertas RM5 yang ada.

Boleh guna masa emergency dan sebagainya.

Jimat cermat ni, kalau dah dibiasakan semenjak sebelum kahwin, semenjak muda belia, banyak manfaatnya kepada diri.

Jangan hanya pandai merungut dengan cabaran yang datang. Kita sendiri kena pandai mempersiapkan diri.

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.

5 Comments

Write Comments
Niesa
AUTHOR
November 1, 2013 at 4:06 PM delete

sekarang ni mmg kena mula berjimat kalau nak kawen..tambah2 lagi sekarang semua barang dh naik..jd cost2 lain semua nk naik..kalau x bjimat xkawen la niesa cm ni..hehe

Reply
avatar
ezyra taharin
AUTHOR
November 1, 2013 at 4:16 PM delete

btw akk kawen muda ke??
tips akk tu bagus jugak..macam kkak sye,dia suka selit duit rm1-2 ke dekat dlm kereta,tp dia je taw kat part mne haha,,

Reply
avatar
Teena Tna
AUTHOR
November 1, 2013 at 4:40 PM delete

Kita sebaya tapi awak dah kahwin. Tahniah saya ucapkan, ada juga rakan2 saya yang dah kahwin awal, ada anak dah pun. Bagi saya, kahwin muda ni perlu ada sifat tanggungjawab daripada kedua belah pihak.
Saya pun plan nak kahwin muda, tapi calon pun masih takde. Huhu

Reply
avatar
mommyfiqa
AUTHOR
November 1, 2013 at 5:05 PM delete

salah satu punca lambat kawin..huhu...Tengah menunggu detik bahagia..tik tok...tik..tok.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
November 1, 2013 at 6:52 PM delete

cik akak nie memang boros...huhu:...
lepas nie kena belajar berjimat

Reply
avatar