TAHNIAH ZAHIRIL ADZIM DAN SHERA
KUALA LUMPUR, 21 JUN 2013: Dalam kesibukan menghabiskan penggambaran filem Rentap The Movie, Zahiril Adzim atau Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 29, telah disambut berita gembira yang datang dua minggu lebih awal daripada jangkaannya dan isteri, Shera Aiyob.
Kehadiran putera sulung dalam hidup pasangan bahagia ini pada 19 Jun lalu telah melengkapkan kehidupan mereka yang mendirikan rumah tangga pada November 2011. Zahiril ketika dihubungi berkata, dia sangat teruja dengan kelahiran itu dan tidak menjangkakan Shera akan melahirkan bayi mereka lebih awal daripada tarikh sebenar.
                    "Syukur Alhamdulillah atas anugerah yang Allah SWT berikan ini. 
Semuanya berada dalam keadaan yang sempurna dan baik. Shera telah pun 
discaj daripada hospital dan kini berada dirumah dan dijaga oleh ibunya.
"Saya hari ini telah kembali bekerja setelah bercuti dua hari lalu 
kerana menguruskan isteri dan anak kami yang baru lahir itu. Semuanya 
bermula pada pagi hari Rabu lepas. Seawal jam 4.30 pagi dia mengadu 
kesakitan dan selepas itu sekitar jam 7.30 pagi saya hubungi doktor.
         "Dia memberikan saya panduan untuk mengenali kesakitan yang dialami 
Shera, samada ia adalah kesakitan biasa atau sudah tiba masa untuk dia 
melahirkan. Satu jam yang diberi doktor supaya saya memantau Shera dan 
selepas itu doktor mengesahkan dia akan melahirkan bayi hari ini.
"Selepas itu kami bergegas ke Hospital Ampang Puteri sehinggalah jam 3 
petang, Shera dimasukkan ke labor room dan pada jam 3.47 petang dia 
selamat melahirkan bayi lelaki secara normal. Tetapi saya terlupa 
beratnya tetapi semua berada dalam keadaan sihat sahaja,"cerita Zahiril 
mengenai cahaya mata pertamanya yang belum diberikan nama lagi.
               Mengenai nama, Zahiril dan Shera belum lagi menamakan anak mereka itu, 
tetapi sudah mempunyai beberapa di dalam pilihan. Dia juga belum 
bersedia untuk mengumumkan pilihan nama anaknya tersebut dan akan 
berbuat demikian apabila tiba masanya nanti.
                       "Saya dan Shera memang dah tahu jantina anak kami sebelum dilahirkan 
dan saya ada beberapa nama dalam pilihan. Tetapi saya belum menentukan 
yang mana satu nak diberikan untuk anak saya itu. Bila sampai masa nanti
 saya akan umumkan kepada semua,"ucapnya bila ditanyakan nama putera 
sulungnya itu.
Bergelar seorang bapa buat pertama kalinya, Zahiril mengakui ia sedikit
 sebanyak memberi impak kepada perjalanan hidupnya. Kini dia mengaku 
agak malas untuk keluar bekerja kerana mahu sentiasa bersama anaknya 
itu.
"Sekarang saya macam malas nak keluar daripada rumah sebab seronok 
untuk ada bersama-sama dia(bayi). Macam hari ini saya kembali ke set 
penggambaran asyik teringatkan dia. Kalau rindu sangat saya tengoklah 
gambar dan video yang ada di dalam telefon.
"Suasana di dalam rumah juga sudah berbeza sebab ada tangisan bayi, ia 
sebuah perasaan yang mengujakan dan kalau boleh nak cepat-cepat pulang 
bersamanya,"tambahnya lagi.
Pelakon Lelaki Terbaik di FFM 25 lalu itu kini sedang menghabiskan 
penggambaran untuk filem Rentap dan bakal kembali sibuk dengan projeknya
 akan datang itu untuk filem Juvana The Movie. Filem itu bakal menjalani
 penggambaran untuk dua filem serentak iaitu Juvana The Movie 2 dan 3.
Teks oleh Kheme Rosly 
 


 NAK SAMBUNG DEGREE??
NAK SAMBUNG DEGREE?? 
 
 
 ✿Bila Jari Mula Menaip✿
✿Bila Jari Mula Menaip✿ Tentang Aku
Tentang Aku Blog Diyanahani
Blog Diyanahani
1 Comments:
Write Commentsalhamdulillah..dh selamat shera bersalin..comey je baby dye
Reply