SAHABATKU HAMIL?!?

November 24, 2020 0Komen disiniA+ a-

2 hari lepas, salah seorang sahabat aku ada kirim pesanan melalui aplikasi WhatsApp.

Dalam whatsapp tu, dia bagitau yang dia hamil. Omg 😳! Aku terkejut..

Aku terkejut sikit ja sebenarnya. Haha. Dan dalam masa yang sama aku bersyukur dan happy sangat-sangat untuk dia. Dia dah nikah. Tapi aku pun lupa dah berapa tahun. Rasanya 2 tahun dah. Aku lupa. Sorry.

Dan memang impian orang bernikah ni nak zuriat kan. Dia memang ada bagitau beberapa minggu sebelum tu, yang dia cek air kencing pakai test kehamilan tu. Dan ada 2 Line tapi Line tu masih kabur-kabur lagi macam jodoh aku. Hahaha.

Then 2 hari lepas dia whatsapp semula. Dia dah pergi scan. Dan dia siap send dekat group whatsapp 🤩. I am so happy for you ara sayang. Alhamdulillah rezeki ara dan suami.


Ni antara chat dekat whatsapp. Aku saja letak emoji dekat gambar scan baby tu. Bagi menjaga sahabat aku dan juga baby dalam kandungan. Ni anak pertama dia dan suami. In Sha Allah semoga sihat terus ya mom to be.

Kami dah lebih 2 tahun tidak berjumpa. Sebab stay berbeza negeri kan. Dia kat Selangor & aku di Sabah.

Dengan keadaan pandemik seperti ini lagi. Rindu dan kadang tu mengalir airmata sendiri bila tengok videos and gambar kenangan kami travel sama. Hehe.

Dan untuk sahabatku seorang lagi, Ika..
Terus positif dan doa. In Sha Allah soon pasti turn Ika dan suami pulak dapat rasa nikmat macam ni. Dapat zuriat Soleh dan solehah, soft spoken, cantik, handsome, sejuk mata memandang, penyejuk hati orang tua dan orang sekeliling. Aku titip doa buat kamu berdua.

Sahabat aku dua-dua dah kawin. Tinggal lah aku yang masih jomblo. Masih berjuang disini. Wakaka. Kalau tidak dapat orang Malaysia, orang Indonesia pun jadilah. Ada yang berani maju? Ok jangan serius guyssss.

Untuk ara & baby, semoga sihat sihat terus ya. Semoga dipermudahkan proses kehamilan ara ni. Sampai melahirkan nanti.

Aku tulis kat sini, sebagai memori saja. In Sha Allah suatu hari nanti kalau aku dapat jodoh nikah, anak ara dah keluar. Hahahhaa. Aunty fifiy kat sini masih berjuang. Harap baby nantii boleh doakan aunty fifiy segera diberikan jodoh sehidup semati..haha

Love,
Sahabatmu.💕

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.