LUAHAN SYAHDU ISTERI PRESIDEN MURSI TENTANG SUAMINYA

July 05, 2013 1Komen disiniA+ a-

Luahan Syahdu Isteri Presiden Morsi Tentang Suaminya | Rentetan dari berita yang menggemparkan dunia Islam di mana pihak tentera telah menggulingkan Presiden Morsi (LINK), berikut merupakan kata-kata Dr. Najlaa , isteri kepada Presiden Mesir , Dr. Muhammad Mursi berkaitan suaminya :


MorsiWife-1


” Dihari-hari yang penuh dengan ujian , tatkala aku masuk ke dalam bilik , kelihatan beliau sedang sujud memohon pertolongan kepada ALLAH dalam keadaan menangis mengadu halnya dan negaranya . Apabila dia hendak tidur , tangisan itu masih kedengaran walaupun beliau berada di atas katilnya , sehingga basahnya umpama mandi . 

Demi ALLAH wahai Dr Mursi, nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu terus bersedih dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan daripada-NYA disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu yang bersih . Maralah wahai Sang Presiden , Demi ALLAH , jika DIA menggoncangkan Sungai Nil dan laut , nescaya digoncangkan mereka bersamamu ! “

Sungguh syahdu dan amat menyedihkan apabila pemimpin Islam yang sangat hebat ini digulingkan. Semoga Allah merahmati beliau dan seluruh umat Islam di muka bumi ini. Semoga keadilan tertegak. Takbir, ” Allahuakbar wa lillah il hamd “


Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.