5 GAYA TUDUNG YANG POPULAR DI MALAYSIA

July 26, 2013 0Komen disiniA+ a-

5-Gaya-Tudung-Popular-di-Malaysia/

Dalam industri fesyen Muslimah, terutamanya gaya hijab, kita banyak lihat perubahan gaya bermula daripada tudung bawal segi tiga yang biasa kepada selendang yang dibentuk unik menutup kepala.
Mari kita lihat beberapa gadis Hijabi kesayangan dan bagaimana untuk menggayakan hijab anda seperti mereka!




 

Selendang
Selendang merupakan kegemaran ramai. Ia wajib dimiliki semua kerana berfungsi sebagai asas gaya seorang hijabi. Dengan selendang sahaja anda mampu membentuk pelbagai gaya elegan dan ayu. Anda boleh cuba lilit selendang gaya Arab seperti ini.


 



Katakanlah anda rasa lebih kreatif dan ingin cubakan kelainan. Fazrena Aziz daripada  Tudung People berkongsi tip menggayakan tudung Side Fringe.





Hendak menggunakan aksesori bersama tudung? Aishah Amin daripada Hijab Diaries menunjukkan cara memakai rantai leher bersama selendang!




Tudung Syria

Tudung Syria merupakan kegemaran kebanyakan pemakai tudung kerana ia mudah dipakai. Kebanyakan butik di luar sana turut menjual tudung Syria yang sudah siap dijahit. Si jelita Farah Adeeba turut minati gaya tudung Syria ini, tambahan pula ia tampak cantik dengan bentuk wajah si Farah yang persis wanita Arab.



 

Hana Tajima

Tampak agak kompleks dan ada kalanya saya rasakan hanya orang tertentu sahaja boleh memakai tudung seperti Hana Tajima ini dan nampak menarik. Walaubagaimanapun, gaya tudung Hana Tajima ini memberikan gaya moden kepada seorang hijabi.



Turban

AzuraAzwa memberikan nafas baru kepada penggayaan hijab dengan rekaan turban mereka. Saya suka cara turban ini memberikan gaya anggun terutamanya kerana material yang dipilih Azura dan Azwa. Biarpun tampak anggun, gaya turban ini sesuai untuk semua acara biar siang atau malam.


Tudung Bawal

Ingat lagi tudung bawal? Inilah tudung pertama yang digayakan setiap hijabi semasa mula belajar bertudung. Dan seperti yang dibuktikan si manis Norjuma Habib, gaya tudung ini biar simple namun tetap manis.



#Tapi apapun dinasihatkan bertudung bukan lah menutup kepala semata-mata tetapi biarlah ia sempurna menutup dada kita dan jugak sempurna menutup aurat. Bonggol tinggi macam bonggol unta itu adalah diharamkan dalam Islam. Nak carik tudung, jangan pilih yang nipis kerana menampakkan bahagian dalam kita. 

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.